Burung Tikus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Tikus
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Order: Passeriformes
Famili: Sylviidae
Genus: Locustella
Spesies: L. lanceolata
Nama binomial
Locustella lanceolata
(Temminck, 1840)

Burung Tikus (bahasa Inggeris: Lanceolated Warbler ) ialah burung siul Dunia Lama yang tergolong dalam genus Locustella. Ia membiak dari Rusia Eropah timur laut merentasi Asia utara ke Hokkaidō utara, Jepun dan sebagai unggas hijrah, menghabiskan musim sejuknya di Asia Tenggara. Nama saintifiknya Locustella lanceolata.


Rupa[sunting | sunting sumber]

Bahagian belakang Burung Tikus dewasa mempunyai jalur-jalur perang, manakala bahagian bawahnya berwarna kelabu keputih-putihan, dengan jalur-jalur mata tombak yang kecil yang juga didapati di bahagian bawah ekornya. Sebagaimana dengan kebanyakan burung siul, rupa kedua-dua jantina adalah sama, tetapi warna anak burung adalah lebih kuning pada bahagian bawahnya.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Burung Tikus adalah antara spesies berkelana Eropah barat yang jarang ditemukan. Ia menyusup di kawasan rumput dan dedaun rendah, dan adalah amat sukar dilihat kecuali ketika kekadang menyanyi pada waktu senja. Nada lagunya sama dan membosankan seolah-olah serangga dan seperti Burung Siul Belalang. Salah satu tempat yang terbaik untuk melihat spesies terhendap-hendap ini sebagai burung berkelana ialah di Pulau Fair, Shetland.

Burung siul yang kecil ini biasanya didapati di padang rumput yang mengandungi pokok atau pokok renek, seringnya dekat air baik rawa mahupun cerang yang lembap. Seperti dengan kebanyakan burung siul, Burung Tikus makan serangga. Burung ini menetaskan lima biji telur setiap kali di dalam sarang yang dibina di atas rumpun rumput.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]