Burung kenari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Burung kenari
Serinus canaria -Parque Rural del Nublo, Gran Canaria, Spain -male-8a.jpg
Seekor kenari jantan di Gran Canaria, Sepanyol
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. canaria
Nama binomial
Serinus canaria
(Linnaeus, 1758)

Kenari (Serinus canaria) pertama kali dijumpai oleh seorang pelaut Perancis yang bernama Jean de Berthan Cout di Kepulauan Canary pada abad ke-15. Terpesona dengan keindahan bulu dan kemerduan suaranya. Kepelbagaian spesis burung kenari yang ada pada hari ini merupakan perkembangan dari keturunan kenari liar Serinus Canarius. Burung ini juga dikenali dengan nama-nama seperti "kenari pulau", "kenarai" dan "kenari biasa". Kenari liar kebanyakannya berwarna kuning kehijauan, dengan jalur keperangan di bahagian belakang. Spesis yang dibela dalam kurungan yang mempunyai beberapa jenis warna telah dibiakkan.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Burung kenari liar mempunyai panjang lebih kurang 12.5 sm, dengan bukaan sayap 20–23 sm dan berat 15–20 g. Kenari jantan mempunyai kepala berwarna kuning kehijauan dan sedikit kuning pada bahagian dahi serta hadapan muka. Dada yang lebih rendah dan sedikit keputihan di bulu ekor serta terdapat beberapa jalur-jalur gelap di sisi. Kenari betina hampir sama dengan jantan tetapi mempunyai kepala dan dada berwarna kelabu serta kurang kberwarna kuning di bahagian ke bawah.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Burung ini dinamakan bersempena Kepulauan Canary, dengan warna kuning pada burung kenari muncul hasil dari mutasi burung kenari liar.