Cacar ayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Cacar ayam atau cacar unggas merupakan penyakit berjangkit pada unggas yang disebabkan oleh virus familia poxviridae dan genus Avipoxvirus. Penyakit ini dapat menyerang ayam, ayam belanda, burung kenari, burung puyuh, dan burung merpati. Penyebaran virus ini lambat dengan pertumbuhan plotiteratif pada bahagian tidak berbulu dan tompok perkejuan di selaput lendir mulut. Meskipun demikian, daging ayam boleh digunakan, asalkan mulut, kerongkong, dan esofagus ayam terbabit dibuang.

Penyakit ini dapat disebarkan secara langsung melalui sentuhan dengan luka pada kulit, dan secara tidak langsung melalui udara, melalui dedak tercemar virus, atau vektor gigitan serangga seperti nyamuk.

Gejala[sunting | sunting sumber]

Unggas yang terdedah penyakit ini memperlihatkan gejala papul kecil berwarna kelabu, pada kulit tidak berbulu, radang, keruping, dan berdarah, apalagi tompok kuning pada selaput lendir mulut dan larinks, penyumbatan pada hidung, lalu ayam mati kerana sesak nafas.