Cakera but

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cakera but ialah sebuah bahantara storan data digital boleh alih yang daripadanya sesebuah komputer boleh memuat dan menjalankan sesebuah sistem pengendalian atau perisian utiliti. Komputer tersebut mesti mempunyai sebuah atur cara terbina dalam (tersedia semasa pengeluaran dan berasingan dengan sistem pengendalian) yang akan memuat dan melaksanakan sesebuah atur cara daripada cakera but yang memenuhi beberapa piawaian.

Cakera but digunakan untuk:

  • Pemasangan sistem pengendalian
  • Pemulihan data
  • Pencaharan data
  • Pencarisilapan perkakasan dan perisian
  • Mengubahsuai persekitaran pengendalian
  • Demonstrasi perisian
  • Membolehkan kata laluan diperoleh semula melalui capaian pentadbiran dengan cakera but yang sesuai pada sesetengah sistem pengendalian.

Walaupun kebanyakan komputer boleh but daripada cakera keras yang mengandungi sistem pengendalian dan perisian lain, mereka selalunya tidak digelar cakera but. Cakera liut dan CD-ROM merupakan bentuk media yang paling sering digunakan, pun begitu, media lain seperti pita magnetik atau kertas, pemacu pita, pemacu zip, dan yang terkini pemacu flash USB boleh digunakan. BIOS komputer harusnya menyokong but daripada peranti yang berkenaan.

Fail-fail yang diperlukan[sunting | sunting sumber]

Sistem pengendalian yang berbeza menggunakan kandungan cakera but yang berbeza. Semua cakera but perlu serasi dengan komputer yang untuknya mereka direkakan.

MS-DOS/PC-DOS[sunting | sunting sumber]

Kesemua fail mestilah dalam versi yang sama; walaupun MS-DOS 5 dan 6 menggunakan sebuah fail yang digelar COMMAND.COM, mereka tidak boleh ditukargantikan. Cakera but yang lengkap boleh disediakan dalam sekali buat oleh sesebuah sistem pengendalian yang telah dipasang; butiran berbeza-beza.

FreeDOS[sunting | sunting sumber]

  • Sebuah sektor but yang sah pada cakera tersebut
  • COMMAND.COM
  • KERNEL.SYS

Linux[sunting | sunting sumber]

  • Sebuah pemuat but contohnya SYSLINUX atau GRUB
  • Inti Linux
  • Cakera ram permulaan (initrd)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Semua adalah berbahasa Inggeris: