Cak Lempong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Caklempong)
Lompat ke: pandu arah, cari
Persembahan Cak Lempong.

Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional yang berasal Minangkabau yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan yang berasal dari Minangkabau atau Sumatera Barat, Indonesia. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.

Cak Lempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong bagi mengiringi Pencak Silat, Tarian Lilin, Randai dan Tarian Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian dan juga nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah 'Pacik' sering digunakan oleh masyarakat tempatan untuk menggambarkan kumpulannya. Dalam permainan ini alat-alat Cak Lempong dipegang oleh pemain itu sendiri di mana setiap pemain akan memegang dua buah Cak Lempong dan dimainkan secara meningkah untuk mencipta satu rangkap melodi pendek. Lazimnya dalam permainan 'Pacik' akan dianggotai oleh tiga orang pemain.

Dalam situasi tertentu alat Cak Lempong boleh dijadikan sebagai alat pengganti atau pengganti kepada Canang seperti dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang kulit Kelantan. Namun dalam keadaan sedemikian nama sifatnya hendaklah dijelaskan sebagai alat 'Canang'. lni berdasarkan kepada kontekstual persembahannya yang amat berkait dengan tuntutan disiplin berkenaan.

Dalam amalan persembahan masakini (performance practice), kumpulan Cak Lempong telah dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsinya, iaitu bahagian 'Gereteh" yang memainkan melodi, manakala 'Tingkah' dan 'Saua' akan memainkan rithme secara berhomofoni (in Homophony) sebagai unsur pelengkap kepada irama sesebuah lagu tersebut.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]