Caltex

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stesen minyak Caltex.

Caltex adalah nama jenama petroleum Chevron Corporation yang digunakan di lebih daripada 60 buah negara di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah, dan Afrika Selatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Caltex bermula pada tahun 1936 sebagai Syarikat Minyak Texas California, usaha sama antara Syarikat Texas (kemudian dinamakan Texaco) dan Standard Oil of California (kemudian dinamakan Chevron Corp.) untuk memasarkan minyak dari konsesi yang baru diperoleh di Arab Saudi. Ia dinamakan semula Caltex Petroleum Corp. pada tahun 1968. Kedua-dua syarikat induk bergabung pada tahun 2001 untuk membentuk ChevronTexaco (dinamakan semula Chevron pada tahun 2005) dan Caltex kekal sebagai salah satu daripada nama-nama jenama utamanya.

Caltex di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Terdapat kira-kira 420 stesen Caltex di seluruh Semenanjung Malaysia dan tiga 3 terminal di Pulau Indah, Prai dan usaha sama di Pasir Gudang.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Caltex in Malaysia". Caltex Malaysia. Dicapai 16 October 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]