Caslon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Caslon
کاسلون
Umum
KategoriSerif
JenisTypeface family Sunting ini di Wikidata
SistemAbjad Rumi Sunting ini di Wikidata
Pengelasan Vox-ATypI
Peralihan klasik Sunting ini di Wikidata
Sejarah
FaundriFaundri Taip Caslon
PenciptaWilliam Caslon Sunting ini di Wikidata
Tarikh dicipta
1734 Sunting ini di Wikidata
Sampel
Lihat semua aksara
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Caslon adalah nama kepada satu keluarga luas potongan fon serif (ditukulkan dalam pembentuk keluli) oleh William Caslon dan pertama kali dilihat pada tahun 1734 dalam satu spesimen sisi lebar sekarang bernilai tinggi di kalangan pengumpul. Caslon dipetik sbeagai rupa taip pertama yang berasal daripada England; penggunaan yang sebelumnya di sana kebanyakan diimport daripada Belanda.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Caslon adalah satu rekaan cara lama akhiran yang menggabungkan ciri-ciri antik bentuk huruf Venetian dengan sifat lain daripada fon true modern romans yang timbul selepasnya. Caslon dicirikan oleh pendakap serif, modulasi tulisan yang sederhana, dan rupa yang seakan sama bentuk huruf antik Venetian. Caslon dan cucu cicitnya termasuk satu kumpulan ligatur dan desau yang cukup banyak.

Spesimen halaman oleh William Caslon pada tahun 1734

Pengunaan dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

Secara asalnya dikeluarkan secara eksklusif oleh H.W. Caslon & Company, inilah jenis yang telah disebarkan melalui koloni-koloni penjajahan British, termasuk yang di Amerika Utara. Penglihatan kasar pencetakan Amerika yang awal boleh diatribusikan sedikit sebanyak pada kesan-kesan pengoksidaan pada besi cetakan oleh air laut semasa layaran yang lama.

Peminat taip mungkin mengenali rupa taip ini sebagai yang digunakan untuk mencetak Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat. Dengan kemunculan kepingan-kepingan berukir berbanding potongan kayu atau kikisan kayu sebagai kaedah tetap ilustrasi, Caslon menjadi tidak popular, dan memberi laluan kepada fon-fon baru lebih moden seperti Bodoni. Semasa abad ke-19, rupa cara lama Caslon hampir lenyap, juga di syarikat pemangku H.W. Caslon & Company, Stephenson, Blake & Company, di mana ia dikaburi oleh katalog penuh dengan reka-reka bentuk baru yang moden.

Dengan Gerakan Kesenian dan Kraftangan pada lewat kurun ke-19, Caslon mula muncul kembali. Kepopularitiannya naik semula secara mendadak, dan faundri-faundri terus bergegar membuat salinan: American Type Founders, Monotype, dan Linotype membuat pelbagai versi rupa taip berkenaan untuk memuaskan permintaan. Satu kata para pencetak yang sering kedengaran adalah "Apabila tidak pasti, gunakanlah Caslon."

Di mana kepopularitiannya kini telah menurun semula, Caslon masuk digunakan untuk tipografi buku dan lebih kini dalam reka bentuk grafik artistik. Versi digital boleh didapati dari Adobe dan syarikat H.W. Caslon & Company bary yang Pengasasnya Caslon cuba mengikuti reka bentuk asal sedekat yang mungkin.