Catullus 16

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Catullus 16 atau Carmen 16 ialah puisi oleh Gaius Valerius Catullus (s. 84 SM – s. 54 SM). Puisi ini ditulis dalam matra sebelas suku kata dan sangat lucah sehinggakan selepas ia ditemui semula selepas berabad-abad, ia tidak pernah diterjemahkan secara penuh ke bahasa Inggeris sehinggalah abad ke-20.[1] Baris pertamanya, Pēdīcābo ego vōs et irrumābō ("Aku akan meliwat dan merodok mukamu"), yang kadangkala digunakan sebagai tajuknya, telah dianggap "antara ungkapan paling kotor yang pernah ditulis dalam bahasa Latin—atau mana-mana bahasa juga".[2]

Carmen 16 adalah penting dalam bidang sejarah susastera kerana ia ditapis disebabkan kelucahannya, tetapi juga kerana puisi ini mempersoalkan sekiranya hidup peribadi seorang penyair berkait dengan seninya.[3] Penyair-penyair Latin selepas beliau merujuk puisi ini bukan kerana bahasa cabulnya tetapi sebagai karya penting tentang kebebasan bersuara dan perbincangan perkara-perkara tabu yang mencabar norma tatasusila budaya atau moral pada zaman itu. Ovid,[4] Pliny yang Muda,[5] Martial[6] dan Apuleius[7] semuanya menggunakan Catullus sebagai contoh untuk menegaskan bahawa walaupun penyair patut menjaga maruah diri, puisi-puisinya tidak patut dikekang.[8]

 

Konteks sosial dan sastera[sunting | sunting sumber]

Catullus (kiri tengah) oleh Alma-Tadema

Puisi ini menimbulkan persoalan tentang apakah hubungan sebenar penyair, atau hidupnya, dengan karyanya. [3] [9] Catullus menyampaikan puisi ini kepada dua lelaki, Furius dan Aurelius. Furius merujuk kepada Marcus Furius Bibaculus, seorang penyair abad pertama SM yang ada hubungan sulit dengan Juventius, yang Catullus cintai tanpa berbalas. Aurelius merujuk kepada Marcus Aurelius Cotta Maximus Messalinus, seorang konsul atau senator abad pertama SM, semasa dinasti Julius-Claudius.[10][11][12]

Kedua-dua lelaki muncul dalam "kitaran" Furius dan Aurelius Catullus, dalam puisi 11, 15, 21, 23, 24 dan 26. Kitaran ini merenungkan tema-tema seksual kecuali Catullus 11 yang menggunakan bahasa kesat terhadap mereka berdua.[13] Furius dan Aurelius juga dikatakan antara kawan rapat Catullus, kumpulan yang mereka namakan comites Catulli.[9] Menurut Catullus 16, Furius dan Aurelius berasa puisi-puisi Catullus molliculi ("lembut" atau "halus"), mengatakan yang Catullus seorang penyair pondan.[13] Menurut T.P. Wiseman, Catullus bercakap tentang dirinya dengan bahasa feminin termasuklah dalam puisi-puisi cinta beliau. Sikap lembut Catullus ini menyebabkan beliau mudah dibuli dalam dunia elit Rom.[14] Kritikan Furius dan Aurelius ditujukan pada Catullus 5, berdasarkan baris 13 yang menyebut tentang "beribu-ribu ciuman". Kenneth Quinn mengatakan:

16.12 amat mirip kata-kata Puisi 5, terutamanya pada 5.10. Membandingkan kedua-dua baris ini sahaja membuatkannya mudah untuk berkata bahawa ia merujuk Puisi 5 semata-mata, terutamanya kerana andaian ini teliti menerangkan tuduhan, pembelaan, dan tuduhan balas Puisi 16.[8]

Catullus menghina mereka berdua dan mengancam akan merogol mereka.[9] Menurut TP Wiseman, Catullus menggunakan bahasa lucah untuk menunjukkan bahawa puisi "lembut" lebih mengghairahkan daripada bercakap tentangnya secara terus-terang kepada orang yang tidak berbudaya.[14] Menurut Thomas Nelson Winter, Catullus juga mungkin mengatakan yang beliau boleh hidup bermoral (79.16), walaupun mengamalkan pederasti (puisi 14, 109) dan mencintai seorang wanita yang sudah berkahwin bernama Lesbia (puisi 83).

Catullus dan rakan seangkatannya percaya seorang lelaki boleh membuat pelbagai perkara seksual dan tetap dihormati, asalkan dia hanya berperanan maskulin. Sebab itulah Catullus menekankan ketertiban dan kejantanan dirinya—Catullus pandang dirinya sebagai seorang lelaki sebenar.[8]

Craig Arthur Williams berkata Catullus 16 menunjukkan bahawa nilai maskuliniti (vir) dalam pandangan orang Rom tidak terjejas jika dia meliwat lelaki lain, malah dia lebih bersifat jantan.[15] Mary Beard pula berasa puisi ini ironik:[3]

Anda tidak boleh menilai seseorang berdasarkan puisinya. Dan 'pedicabo ego vos et irrumabo' jika anda kata anda boleh. Namun lawaknya ialah (ataupun salah satu jenaka dalam puisi yang kecil dan rumit ini) kalau anda tidak boleh menyimpulkan daripada puisi-puisi kucupan Catullus bahawa beliau bersifat keperempuanan, maka anda juga tidak boleh menyimpulkan daripada ugutan rogol puitisnya yang beliau mampu berbuat begitu.

Teks Latin dan terjemahan[sunting | sunting sumber]

Bacaan Catullus 16 dalam Latin
Baris Teks Latin Terjemahan[16][17][18][19]
1 Pēdīcābō ego vōs et irrumābō, Aku akan meliwat dan merodok mukamu,
2 Aurēlī pathice et cinaede Fūrī, Aurelius si betina dan Furius si burit,
3 quī mē ex versiculīs meīs putāstis, kamu yang fikir, disebabkan puisi-puisiku
4 quod sunt molliculī, parum pudīcum. bersifat lucah, aku tidak tahu malu.
5 Nam castum esse decet pium poētam Bagi penyair yang komited, dia patut menjaga moral
6 ipsum, versiculōs nihil necesse est; diri sendiri, [tetapi] puisi mereka tidak perlu bermoral.
7 quī tum dēnique habent salem ac lepōrem, Malahan, ia pintar dan memukau,
8 sī sint molliculī ac parum pudīcī jika ia lucah dan tidak tahu malu sedikit,
9 et quod prūriat incitāre possunt, dan dapat menimbulkan kegatalan,
10 nōn dīcō puerīs, sed hīs pilōsīs dan bukan dalam budak-budak, tetapi maksudku dalam lelaki-lelaki tua berbulu
11 quī dūrōs nequeunt movēre lumbōs. yang ia tidak dapat bangkit.[20]
12 Vōs, quod mīlia multa bāsiōrum Kerana kau sudah baca kucupanku yang tidak terkira banyaknya,[21]
13 lēgistis male mē marem putātis? kaufikir aku tidak cukup lelaki?
14 Pēdīcābō ego vōs et irrumābō. Aku akan meliwat dan merodok mukamu.

Perkataan-perkataan seksual[sunting | sunting sumber]

Latin ialah bahasa yang amat sesuai untuk menceritakan perbuatan seksual, seperti pedicabo dan irrumabo, yang hadir dalam baris pertama dan terakhir puisi ini. Perkataan pedicare ialah kata kerja transitif, yang bermaksud "memasukkan zakar diri sendiri ke dalam dubur orang lain".[22] Perkataan pathicus dalam baris 2 merujuk kepada orang yang di posisi menerima, yakni orang yang diliwati.[23] Perkataan irrumare juga kata kerja transitif, yang bermaksud "memasukkan zakar seseorang ke dalam mulut orang lain untuk menyusu",[24] dan berasal daripada perkataan Latin rūma, yang bermaksud "ambing" (konotasi "memberi sesuatu untuk dihisap"). Seorang lelaki yang menghisap zakar dipanggil seorang fellator atau pathicus (baris 2).[25] Catullus tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan Aurelius dan Furius bahawa dirinya "bukan lelaki", kerana walaupun perkataan "irrumare" dan "pedicare" ada makna harfiah perbuatan seksual (yakni menerima dilulur dan diliwat), dua perkataan ini juga mungkin digunakan hanya untuk mengatakan "pergi jahanam".[26]

Pedagogi[sunting | sunting sumber]

Paul Allen Miller, Profesor Kesusasteraan Perbandingan dan Klasik di Universiti Carolina Selatan, mencadangkan bahawa Catullus 16 mengandungi maklumat mengenai:

  1. kebolehubahan sejarah tentang kelakuan apa yang boleh diterima dalam masyarakat
  2. identiti seksual adalah direka
  3. peranan dan tujuan jantina
  4. betapa kuasa dan rintangan sentiasa ada di sekeliling kita
  5. betapa menegur dan mengilhamkannya puisi[27]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Catullus Purified: A Brief History of Carmen 16". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2007. Dicapai pada 2006-08-18.
  2. ^ Harry Mount, "Mark Lowe is right: The Romans said it better," Telegraph 25 Nov 2009, online. Diarkibkan 14 April 2018 di Wayback Machine
  3. ^ a b c Mary Beard (25 November 2009). "Pedicabo ego vos et irrumabo: what was Catullus on about?". The Times Literary Supplement. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-09. Dicapai pada 25 Julai 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Mary Beard" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Ovid, Tristia 2.353–354.
  5. ^ Pliny yang Muda, Epistulæ 4.14.
  6. ^ Martial, Epigrams 1.36.10–11.
  7. ^ Apuleius, Apologia 11.3.
  8. ^ a b c Winter, Thomas Nelson (1973). "Catullus Purified: A Brief History of Carmen 16". Arethusa. 6: 257–265. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2007. Dicapai pada 12 Oktober 2006.
  9. ^ a b c Ralph J. Hexter; Daniel L. Selden (10 November 1992). Innovations of Antiquity (PDF). Routledge. m/s. 478. ISBN 978-0-415-90129-1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Mac 2012. Dicapai pada 22 Jun 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "HexterSelden1992" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ Arnold, Bruce; Aronson, Andrew; Lawall, Gilbert, Teri. (2000). Love and Betrayal: A Catullus Reader. Edited to clarify Furius and Aurelius 11-29-2009 by Teri.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: postscript (link)
  11. ^ "list of poems that Furius is in". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2006. Dicapai pada 2006-08-18.
  12. ^ "list of poems that Aurelius is in". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2006. Dicapai pada 2006-08-18.
  13. ^ a b Phyllis Young Forsyth; Classical Association of the Atlantic States (1986). The Poems of Catullus: A Teaching Text. University Press of America. m/s. 144, 162. ISBN 978-0-8191-5151-3.
  14. ^ a b T. P. Wiseman (26 September 1986). Catullus and his World: A Reappraisal. Cambridge University Press. m/s. 122–123. ISBN 978-0-521-31968-3. Dicapai pada 3 November 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Wiseman1986" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  15. ^ Craig Arthur Williams (1 February 2010). Roman Homosexuality. Oxford University Press. m/s. 181. ISBN 978-0-19-538874-9. Dicapai pada 16 Julai 2012.
  16. ^ "Dictionary". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2006. Dicapai pada 2006-08-18.
  17. ^ "Translation #1". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2006. Dicapai pada 2006-08-18.
  18. ^ "Translation #2". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2006. Dicapai pada 2006-08-18.
  19. ^ John C. Traupman (1994). The New College Latin & English Dictionary. Bantam Books. ISBN 9780553573015.
  20. ^ Terjemahan terus ialah "orang yang tidak dapat menggerakkan pinggul yang tidak fleksibel mereka." Akan tetapi J. N. Adams menyatakan bahawa lumbus, mufrad, kadangkala digunakan sebagai kata halus untuk zakar, dan dalam bahasa Latin klasik yang Catullus gunakan, bentuk jamaknya "dalam konteks seksual … kebanyakannya hanya digunakan dalam huraian tentang pergerakan sensual atau persetubuhan" (The Latin Sexual Vocabulary, 1982, m/s 48). Beliau juga menyebutkan pelbagai contoh, antaranya baris ini, "di mana perkataan ini patut difahami dalam sensa asalnya," iaitu pinggul. Oleh itu, durus 'keras' bercakap tentang ketidakfleksibelan badan orang yang semakin tua, bukan tentang ketegaran zakar. Walau bagaimanapun, sesetengah penterjemah berpendapat ia bercakap tentang orang lelaki tua yang zakarnya sukar menegang.
  21. ^ Terjemahan terus, "beribu-ribu kucupan," biasanya dikatakan merujuk Carmina 5, Vivamus mea Lesbia atque amemus, dan 7, Quaeris quot mihi basiationes.
  22. ^ Forberg 1824
  23. ^ Forberg 1824
  24. ^ Forberg 1824
  25. ^ Forberg 1824
  26. ^ Micaela Wakil Janan (1994). When the Lamp Is Shattered: Desire and Narrative in Catullus. SIU Press. m/s 45. ISBN 978-0-8093-1765-3. Diarkibkan daripada asal pada 12 Januari 2014.
  27. ^ Ronnie Ancona (2007). A Concise Guide to Teaching Latin Literature. University of Oklahoma Press. m/s. 17. ISBN 978-0-8061-3797-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2016. Dicapai pada 27 September 2016.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Forberg, Friedrich Karl (1824). De figuris Veneris (ed. diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Manual of Classical Erotology oleh Viscount Julian Smithson, MA dan dicetak secara persendirian pada tahun 1884 di Manchester, England. Dicetak semula pada tahun 1966). New York: Grove Press. LCCN 66024913.
  • MacLeod CM (November 1973). "Parody and Personalities in Catullus". The Classical Quarterly. New Series. 23 (2): 294–303. doi:10.1017/S000983880003679X. JSTOR 638185.
  • Richlin A (1981). "The Meaning of Irrumare in Catullus and Martial". Classical Philology. 76 (1): 40–46. doi:10.1086/366597. JSTOR 269544.
  • Adams, JN (1990). The Latin Sexual Vocabulary. The Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-4106-4.
  • Hallett JP, Skinner MB (1997). Roman Sexualities. Princeton, NJ: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-01178-3.
  • Selden, D. L. (2007), "Ceveat lector: Catullus and the Rhetoric of Performance" in Catullus (Oxford Readings in Classical Studies), ed. J. Gaisser. Oxford: Oxford University Press: 490-559. ISBN 0199280355

Pautan luar[sunting | sunting sumber]