Ambing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ambing lembu.

Ambing merupakan organ yang terbentuk daripada kelenjar mama mamalia betina berkaki empat, khususnya ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri dan rusa.[1] Ambing merupakan satu anggota yang tergantung di bahagian perut haiwan dan terdiri daripada kelenjar mama berpasang-pasang. Lembu biasanya ada dua pasang, kambing, biri-biri dan rusa ada sepasang, malah sesetengah haiwan seperti babi ada banyak pasang. Bagi haiwan berambing, kelenjar mama tumbuh pada garis susu berdekatan groin, sementara kelenjar mama yang tumbuh di atas dada (seperti manusia dan kera) biasanya dipanggil payudara.[1]


Penjagaan dan kebersihan ambing adalah penting bagi lembu demi penghasilan susu yang lancar dan tidak tercemar, serta mencegah penyakit mastitis. Terdapat produk-produk yang melegakan kulit ambing yang pecah-pecah untuk mencegah jangkitan bakteria serta mengurangkan kerengsaan sewaktu diperah susu ke dalam sungkup, bahkan supaya lembu kurang berkemungkinan menyepak sungkup itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Rowen D. Frandson; W. Lee Wilke; Anna Dee Fails (1 April 2013), Anatomy and Physiology of Farm Animals, John Wiley & Sons, m/s. 449–451, ISBN 978-1-118-68601-0 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Udder di Wikimedia Commons