Cecair mentega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Cecair mentega atau mentega jernih merupakan mentega yang telah ditukar melalui proses pengasingan pepejal susu dan air dari lemak mentega. Secara amnya, mentega tanpa garam yang digunakan akan dicair dan akan menghasilkan bahan-bahan yang lain dipecah dan diasingkan berdasarkan kepadatannya. Buih-buih putih akan timbul dan ditapis atau dikaut buang; air dan mendakan susu atau lepa susu mendak akan dibiarkan bila lelemak mentaga dituangkan. Komponen bukan lelemak pula akan diletakkan di tepi.

Cecair mentega mempunyai titik asap yang lebih tinggi dari mentega biasa, sebab itu ia digunakan dalam masakan.

Nama dan kegunaan di negara berbeza[sunting | sunting sumber]

Di England ia digunakan untuk memeram udang dan arnab dalam periuk yang dalam.

Di Brazil, ia dikenali sebagai (mentega botol) manteiga de garrafa dan ditonjolkan dalam kebanyakan masakan dari Timur Laut.

Di Iran, ia dikenali sebagai "minyak kuning" dan adalah digunakan sebagai pengganti minyak lain.

Di negara Arab, ia dikenali sebagai "samnah".Ia menggantikan minyak dalam menggoreng dan sauté kerana rasanya lebih nikmat.

Di India pula ia dikenali sebagai "ghee" dan adalah digunakan sebagai pengganti minyak lain.

Di Mongolia, ia dikenali sebagai "shar tos".

Di Rusia, ia dipanggil топлёное масло (toplenoe maslo, secara harfiah "mentega cair").

Di Nepal, dikenali sebagai "घीउ". Dalam bahasa Nepal dikenali sebagai "घ्य".

Cara pembuatan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]