Dunia Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Liga Arab negara yang diwarnakan dengan hijau tua, kawasan bukan Arab dalam warna hijau muda, Somalia, Mauritania dan Djibouti dalam berjalur hijau adalah anggota Liga Arab bukan populasi orang Arab

Dunia Arab (bahasa Arab: العالم العربي) (al-`alam al-`arabi) merangkumi dari Lautan Atlantik hingga ke barat Teluk Parsi yang berada di timur, dan dari Laut Mediterranean yang berada di utara hingga ke Afrika Tengah dan hingga Lautan Hindi yang berada di selatan. Gabungan 23 buah negara dengan gabungan populasi penduduk, yang berjumlah 325 juta orang dan keluasan kepada dua bahagian, dan merupakan unit lingustik bumi yang terbesar di dunia selepas Rusia.

Bahasa, Politik dan Agama[sunting | sunting sumber]

Penggunaan bahasa Arab telah menyatukan Dunia Arab. Walaupun terdapat beberapa bahagian yang menggunakan dialek yang berlainan mengikut kawasan masing-masing.

Liga Arab merupakan satu organisasi berunsur politik dan meliputi Dunia Arab. Organisasi ini mentafsirkan orang Arab sebagai

seorang yang berbahasa Arab, yang tinggal di negara Arab yang bercakap Arab, yang bersimpati dengan impian orang Arab yang bertutur dalam bahasa Arab

Matlamat Liga Arab ialah menyatupadukan populasi Arab secara politik. Ibupejabat tetapnya berpusat di Kaherah, Mesir. Walaubagaimanapun, ia telah dipindahkan sementara ke Tunis, Tunisia semasa tahun 1980-an,selepas Mesir diusir disebabkan Kem David Accords (1978).

Negara Anggota[sunting | sunting sumber]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk mukabumi dunia Arab meliputi seluas 12.9 juta kilometer persegi (5 juta batu persegi) yang merangkumi Afrika Utara dan sebahagian Asia Barat yang juga dikenali sebagai Timur Tengah. Negara-negara Arab di benua Asia dipanggil Mashreq. Manakala, negara Arab di Afrika Utara pula dikenali sebagai Maghreb, ini tidak termasuk negara Mesir dan Sudan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]