Cecilia Cheung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cecilia Cheung
CeciliaCheung.jpg
Cecilia Cheung
Kelahiran24 Mei 1980

Cecilia Cheung (Tulisan Cina Mudah: 张柏芝, Tulisan Cina Tradisional: 張栢芝, pinyin: Zhãng Băi Zhī, Bahasa Kantonis: Cheung Pak Zhi, lahir 24 Mei 1980) ialah seorang pelakon dan penyanyi dari Hong Kong.

Cheung dilahirkan di Hong Kong kepada ayah berketurunan Cina dan ibu berketurunan campuran Cina dan Inggeris. Ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil yang mana selepas itu dia dihantar ke Australia untuk tinggal bersama dengan ibu saudaranya ketika berumur 14 tahun.

Pada tahun 1998, semasa menolong kawannya menguruskan kedai rambut, seorang ejen menawarkan dia untuk berlakon iklan teh limau. Kemudian, Cheung ditawarkan untuk berlakon filem pertamanya dengan memegang watak pelayan kelab malam dalam filem lakonan Stephen Chow, The King of Comedy (1999), diikuti dengan Fly Me to Polaris (1999). Peranannya dalam filem kedua lakonannya itu membolehkan dia menerima anugerah bagi Pelakon Baru Terbaik dalam Anugerah Filem Hong Kong. Dalam tahun yang sama, Cheung melancarkan album pertamanya iaitu Any Weather (1999).

Bagi filem romantik arahan Derek Yee, Lost in Time (2003), Cheung memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong.

Cheung mahir bertutur dalam Bahasa Kantonis, Mandarin and Bahasa Inggeris.

Cheung dan Nicholas Tse berkahwin dalam bulan September 2006 di Filipina.[1][2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • 11th Day and One Night (2015)
  • Dangerous Liaisons (2012)
  • The Lion Roars 2 (2012)
  • Repeat I Love You (2012)
  • Speed Angels (2011)
  • Legendary Amazons (2011)
  • Treasure Hunt (2011)
  • All's Well, Ends Well 2011 (2011)
  • The 601st Phone Call (2006)
  • My Kungfu Sweetheart (2006)
  • The Shopaholics (2006)
  • The Promise (2005)
  • Himalaya Singh (2005)
  • The White Dragon (2004)
  • One Night in Mongkok (2004)
  • Papa Loves You (2004) [cameo]
  • Sex and the Beauties (2004)
  • Fantasia (2004)
  • Lost in Time (2003)
  • Running on Karma (2003)
  • Cat and Mouse (2003)
  • Honesty (2003)
  • Mighty Baby (2002)
  • Second Time Around (2002)
  • The Lion Roars (2002)
  • The Legend of Zu (2001)
  • Para Para Sakura (2001)
  • [[Shaolin Soccer0] (2001) [cameo]
  • Failan (2001)
  • Everyday Is Valentine (2001)
  • Master Q 2001 (2001)
  • Wu Yen (2001)
  • Twelve Nights (2000)
  • Tokyo Raiders (2000)
  • Help!!! (2000)
  • The Legend of Speed (1999)
  • Fly Me to Polaris (1999)
  • The King of Comedy (1999)

Album[sunting | sunting sumber]

  • C1 (2005)
  • Colour of Lip (2002)
  • Party All the Time (2001)
  • New and Best Collection (2001)
  • Cecilia Cheung (2000)
  • A Brand New Me (2000)
  • 903 California Red Concert (2000)
  • Destination (1999)
  • Any Weather (1999)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]