Cegar Sunda (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cegar Sunda
Cegar Sunda betina
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Muscicapidae
Genus: Enicurus
Spesies:
E. velatus
Nama binomial
Enicurus velatus
Temminck, 1822

Cegar Sunda (Enicurus velatus) ialah spesies burung dalam keluarga Muscicapidae. Ia adalah endemik di Indonesia, di mana ia terhad di pulau Jawa dan Sumatera. Habitat semulajadinya ialah sungai berbatu di hutan pergunungan lembap tropika dari ketinggian 600–2000 m. Kadang-kadang spesies tersebut hidup di kawasan lebih dekat dengan paras laut. Spesies tersebut biasa ditemui di Sumatera, tetapi lebih jarang ditemui di Jawa, di mana cegar belukar lebih biasa ditemui.[2]

Betina dengan juvenil

Cegar Sunda berpanjang 16 cm (6.3 in) dengan ekor bercabang. Jantannya mempunyai dada, perut, dan punggung putih, serta sayap hitam, dan belakang dan kepala kelabu gelap. Terdapat garis putih kecil di antara matanya. Ekornya hitam dengan sorotan putih. Betinanya mirip jantan tetapi mempunyai gombak dan tengkuk perang. Terdapat dua subspesies yang diperihalkan, subspesies penama ditemui di Jawa. Subspesies Sumatera, sumatranus, berbeza daripada yang penama kerana betina lebih berwarna merah keperangan. Seruan spesiesnya ialah "cii" atau "hi-ti-ti" yang kasar.[2]

Cegar Sunda memakan serangga akuatik dan larvanya, serta siput. Sarang spesies tersebut berbentuk terangkup besar diperbuat daripada lumut tenunan, daun rumput, dan gentian kayu. Dua telur keputihan dengan tompok merah dihasilkan setiap sangkak.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2016). "Enicurus velatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22710126A94235417. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22710126A94235417.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  2. ^ a b c Collar, Nigel (2005), "Family Turdidae (Thrushes)", dalam del Hoyo, Josep; Elliott, Andrew; Christie, David (penyunting), Handbook of the Birds of the World. Volume 10, Cuckoo-shrikes to Thrushes, Barcelona: Lynx Edicions, m/s. 806, ISBN 84-87334-72-5 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "HBW" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza