Pergi ke kandungan

Champs-Élysées

48°52′11″U 2°18′27″T / 48.86972°U 2.30750°T / 48.86972; 2.30750

8e Arrt.
AVENUE
des
CHAMPS ÉLYSÉES
ArrondissementVIIIe
QuarterChamps Élysées. Faubourg du Roule.
Bermula di Place de la Concorde
Tamat di Place Charles de Gaulle
Panjang1910 m
Lebar70 m
Wujud1670
Denominasi2 Mac, 1864
Champs-Élysées dilihat dari Arc de Triomphe

Avenue des Champs-Élysées (Sebutan Perancis: [ʃɑ̃zeliˈze]  ( dengar)) adalah sebuah lebuh berprestij yang terletak di Paris, Perancis. Dengan dihiasi dengan panggung, kafé, kedai-kedai khas mewah dan pokok berangan, Avenue des Champs-Élysées menjadi salah satu jalan yang paling terkenal di dunia, dengan kadar sewanya setinggi AS$1.5 juta bagi setiap 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) ruang. Ia kekal menjadi jalur hartanah paling mahaldi Eropah.[1][2] Namanya yang bermaksud padang Elysion di dalam bahasa Perancis, adalah sebuah tempat kematian bertuah dalam mitologi Yunani.

Avenue des Champs-Élysées juga dikenali dalam bahasa Perancis sebagai La plus belle avenue du monde ("Lebuh paling cantik di dunia").[3] Ketibaan rangkaian kedai berjenama global sejak beberapa tahun lepas sedikit sebanyak mengubah karekternya, dan dalam usaha pertama bagi menahan perubahan-perubahan ini, Kota Paris (yang mana memanggil trend ini sebagai "banalisation") pada tahun 2007 telah memutuskan untuk menghalang rangkaian pakaian dari Sweden, H&M dari membukakedai di lebuh ini.[2] Bagaimanapun pada tahun 2008, rangkaian pakaian dari Amerika Syarikat, Abercrombie & Fitch telah diberi kebenaran untuk membuka kedai di sini.[4]

Paksi bersejarah, melihat ke barat.
  1. Stretches of New York City's Fifth Avenue contain the world's most expensive real estate.
  2. 1 2 Elaine Sciolino, "Megastores March Up Avenue, and Paris Takes to Barricades", New York Times, 21 Januari 2007.
  3. http://www.paris-architecture.info/TEN/TEN-Parks.htm
  4. "Paris next stop on A&F's expansion trail". 25 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-25. Dicapai pada 4 Disember 2008.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]