Charlie Savage (penulis)
Charlie Savage | |
---|---|
Kelahiran | 1975 (umur 48–49) |
Pusat pendidikan | Harvard University Yale University |
Pekerjaan | Wartawan |
Pasangan | Luiza Savage |
Anugerah | Pulitzer Prize untuk National Reporting |
Charlie Savage ialah seorang penulis dan wartawan akhbar The New York Times dari Amerika Syarikat. Pada tahun 2007, sewaktu bekerja di The Boston Globe , beliau telah memenangi Hadiah Pulitzer. Beliau banyak menulis mengenai dasar undang-undang keselamatan negara, termasuk kuasa presiden, pengawasan, serangan dron, penyeksaan, kerahsiaan, kebocoran hasil penyiasatan, suruhanjaya tentera, kuasa perang, dan perang Amerika Syarikat terhadap penjara keganasan di Teluk Guantanamo, Cuba. [1]
Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Fort Wayne, Indiana, pada tahun 1975. Savage memperoleh ijazah sarjana muda dalam kesusasteraan Amerika Syarikat dan bahasa Inggeris dari Kolej Harvard pada tahun 1998 dan Sarjana Pengajian Undang-undang (MSL) pada tahun 2003 dari Sekolah Undang-undang Yale, di mana beliau merupakan felo kewartawanan untuk Yayasan Knight.
Savage dipercayai telah menulis cerita media arus perdana pertama mengenai album Dark Side of the Rainbow, amalan mendengar album Pink Floyd The Dark Side of the Moon semasa menonton filem The Wizard of Oz, pada Ogos tahun 1995 semasa beliau bekerja sebagai seorang pelatih di The Journal Gazette di Fort Wayne. [2] Pada tahun 1999, dia bekerja sebagai penulis untuk Miami Herald di mana dengan nama pena "Charles Savage", dia membuat liputan kerajaan tempatan dan negeri [3] dan kadang-kala mengulas filem. [4] Dia menukar nama penanya kepada "Charlie Savage" apabila dia berpindah ke Akhbar The Boston Globe untuk cawangan Washington pada tahun 2003 dan nama penanya kekal sehingga dia berpindah ke Biro Times Washington pada Mei 2008. [5]
Dia berkahwin dengan Luiza Chwialkowska Savage, [6] seorang pengarah editorial untuk Politico [2] dan pengulas program berita politik Kanada. Beliau juga pernah mengajar seminar mengenai keselamatan negara dan Perlembagaan di Universiti Georgetown. [7]
Savage telah memenangi Hadiah Pulitzer untuk Pelaporan Nasional untuk sebuah siri artikel pada tahun 2006 di Globe mengenai Kenyataan Menandatangani Presiden dan penggunaannya oleh pentadbiran Bush sebagai sebuah usaha oleh President Bush untuk mengembangkan kuasa eksekutif presiden. [8] Artikel-artikel tersebut juga telah memenangi Hadiah Yayasan Gerald R. Ford untuk Pelaporan Terbilang mengenai Presidensi [9] dan Anugerah Silver Gavel dari Persatuan Bar Amerika. [10]
Pada tahun 2007, Savage telah menerbitkan buku mengenai usaha perluasan kuasa eksekutif sewaktu pentadbiran Bush yang bertajuk Takeover: The Return of the Imperial Presidency & the Subversion of American Democracy. Projek Perlembagaan telah menganugerahkan buku itu sebagai Anugerah yang pertama untuk kategori Ulasan Perlembagaan. [11] Buku tersebut juga memenangi Anugerah Buku Helen Bernstein dari Perpustakaan Awam New York untuk Kecemerlangan dalam Kewartawanan [12] dan Anugerah George Orwell dari Majlis Kebangsaan Guru Bahasa Inggeris untuk Sumbangan Terbilang kepada Kejujuran dan Penjelasan dalam Bahasa Awam. [13]
Pada tahun 2015, Savage telah menerbitkan buku kedua, sejarah penyiasatan dasar undang-undang keselamatan negara sewaktu pentadbiran Obama, yang dipanggil Power Wars: Inside Obama's Post-9/11 Presidency. Semasa beliau menulis buku tersebut, beliau merupakan Felo untuk Dasar Awam di Woodrow Wilson Center . [14]
Kerja yang diterbitkan
[sunting | sunting sumber]- Savage, Charlie (2007-09-05). Takeover: The Return of the Imperial Presidency & the Subversion of American Democracy. Little Brown and Company. ISBN 978-0-316-11804-0.
- Power Wars: Inside Obama's Post-9/11 Presidency, Little, Brown, 2015, ISBN 9780316286602
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Glenn Greenwald (April 16, 2007), "Profiles in Journalism", Salon
- ^ Phillips, Casey (November 22, 2012). "'Dark Side' synchs with 'Wizard'". Chattanooga Times Free-Press.
- ^ "Miami Herald articles by Savage".
- ^ "Charles Savage". Metacritic.
- ^ Media Log – Charlie Savage to NYT Diarkibkan Mei 11, 2008, di Wayback Machine
- ^ "Charlie Savage". The New York Times. Dicapai pada February 7, 2014.
- ^ "GOVT-418 Dept Sem: National Security and the Constitution".
- ^ 2007 Pulitzer Prize: Charlie Savage, National Reporting The Boston Globe
- ^ "Gerald R. Ford Foundation Journalism Prizes" (PDF).
- ^ "ABA Silver Gavel Awards 2007".
- ^ "Constitution Project 2007 Constitutional Commentary Award".
- ^ "Helen Bernstein Award Past Winners".
- ^ "George Orwell Award recipients" (PDF).
- ^ "Woodrow Wilson Center: Charlie Savage".
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi
- Appearances on C-SPAN
- Book review: "Charlie Savage's Power Wars", by Gideon Rose, The New York Times (December 20, 2015)
- Book review: "The Case that the President's Reach Exceeds His Grasp", by Michiko Kakutani, The New York Times (September 25, 2007)
- Articles that won the Pulitzer Prize