Che Wan Abdul Ghani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Haji

Che Wan Abdul Ghani

DPMT (Terengganu)
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Kemaman Utara
Dalam jawatan
1955–1974
Butiran peribadi
LahirChe Wan Abdul Ghani bin Zainal
Meninggal dunia9 November 1995
Sebab kematianSerangan jantung
Parti politikUMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Perikatan
Pasangan
  • To' Puan Hajah Habibah Yusof
  • Hajah Normah Rahayan Abdul Jalil
Anak-anak
  • Che Wan Zulkifli
  • Che Wan Zuhaini
  • Che Wan Mazlina
  • Che Wan Marohana
  • Che Wan Mariani
  • Che Wan Zusaimi
  • Che Wan Mazura

Dato' Haji Che Wan Abdul Ghani Zainal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kemaman Utara bagi negeri Terengganu dari tahun 1955 hingga 1974. Beliau pernah menjadi seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu (EXCO) yang memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatakuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah serta pernah memegang jawatan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Beliau merupakan ketua UMNO Bahagian Kemaman dari tahun-1963 hingga 1978. Beliau juga merupakan bekas ketua Semangat 46 Kawasan Kemaman dan pernah menjadi Setiausaha Perhubungan Luar Malaysia.

Beliau telah berkahwin dengan To' Puan Hajah Habibah binti Yusof dan Puan Hajjah Normah Rahayan Bt Abdul Jalil serta telah dikurniakan tujuh orang anak iaitu Che Wan Zulkifli (Komposer Wan Zul), Che Wan Zuhaini, Che Wan Mazlina, Che Wan Marohana, Che Wan Mariani, Che Wan Zusaimi dan Che Wan Mazura. Beliau meninggal dunia pada 9 November 1995 akibat serangan jantung.