Chen Qiushi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Chen Qiushi (Bahasa Cina: 陈秋实pinyin: Chén Qiūshí; lahir 19 September 1985) ialah seorang peguam dari China, aktivis, dan wartawan rakyat yang terkenal kerana menyediahkan liputan secara langsung tunjuk perasaan 2019–20 Hong Kong dan wabak koronavirus Wuhan 2019–20.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Chen Qiushi dilahirkan di Wilayah Daxing'anling, Heilongjiang, China, dan mengkaji undang-undang di Universiti Heilongjiang. Selepas graduasi, beliau mengikuti sebuah firma undang-undang di Beijing.[1]

Tunjuk perasaan Hong Kong[sunting | sunting sumber]

Chen memuat naik video secara talian melaporkan tunjuk perassan di Hong Kong terhadap bil ekstradisi 2019, mengutuk kerajaan kerana menganggap penunjuk perasaan sebagai perusuh ganas. Sehari selepas video dimuat naik, Chen ditahan oleh pihak berkuasa Beijing, yang membuang akaun dan video Weibo beliau.[2]

Koronavirus Wuhan[sunting | sunting sumber]

Selepas dihalang menggunakan media sosial China, Chen menggunakan Youtube dan Twitter untuk meneruskan laporannya. Selepas terdengar mengenai wabak koronavirus, beliau berkunjung Hankou, Wuhan, pada 24 Januari 2020, di mana beliau menemu ramah penduduk tempatan dan melawat pelbagai hospital termasuk Hospital Huoshenshan, yang masih dalam pembinaan pada masa itu. Menurut Chen, doktor terlalu banyak bekerja dan terdapat bekalan perubatan yang tidak mencukupi, tetapi harga barangan sebaliknya stabil.[3] Beliau kemudiannya dilaporkan hilang, apabila rakan-rakannya gagal menghubunginya sejak jam 7 malam pada 6 Februari.[4] Pada 7 Februari, keluarga dan rakan-rakan Chen melaporkan bahawa Chen secara paksa dikuarantin.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""我是演说家"东北小伙陈秋实讲《大东北》解密"你瞅啥"". 辽沈晚报 (dalam bahasa Cina). 22 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-04. Dicapai pada 8 February 2020.
  2. ^ Gan, Nectar (16 October 2019). "Chinese lawyer Chen Qiushi, censured over Hong Kong social media posts, vows to keep speaking out". South China Morning Post. Dicapai pada 8 February 2020.
  3. ^ Li, Jane (6 February 2020). "Wuhan virus: Chinese citizen journalist reports from quarantine zone". Quartz. Dicapai pada 8 February 2020.
  4. ^ Chen, Lulu Yilun (7 February 2020). "Citizen Journalist Covering Virus Outbreak From Wuhan Goes Missing". Bloomberg. Dicapai pada 8 February 2020.
  5. ^ CNN, By Natalie Thomas and David Culver (2020-02-08). "Citizen journalist covering coronavirus forcibly quarantined by government in Wuhan, say friends". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-09.