Daibutsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Daibutsu merupakan satu patung gangsa bersepuh Buddha, yang ditempah oleh maharaja Jepun Shomu pada tahun 743 C.E. Patung ini tersergam dalam bangunan kayu terbesar di dunia.

Maharaja Shomu telah melaksanakan polisi menubuhkan Buddha sebagai agama utama Jepun pada tempoh Negeri Nara, ketika Hwijo-Kyo merupakan ibu negara. Pada tahun 741 Shomu memerintah agar kuil Buddha dibina di semua province, dengan kuil paling besar dan cantik di Bandar ibu kota. Bagaimanapun terdapat pemberontakan terhadap maharaja, yang pada mulanya memindahkan istana Kuni, kemudian ke Shigaraki.

Pada tahun 745 C.E. dia kembali ke Heijo-kyo, dan tugasan menuang patung Buddha dalam bentuk Vairocana, sumber penciptaan termasuk semua Buddha yang lain bermula. Ia kini terletak dalam kuil Todaiji di pinggir timur Heijo-kyo. Bentuk akhirnya adalah setinggi 10.82 meter (sekitar 36 kaki.) dan memerlukan 400 tan tembaga yang dituang selama dua tahun.

Sebuah dewan kemudiannya dibina diatas patung pada tahun 752 C.E., dan pentasbihan dilakukan. Dewan ini memiliki kompleks sami besar di tengah yang termasuk dua pagoda, setiap satu pada ketinggian 100 meter (330 kaki).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Encyclopedia of Ancient Asian Civilizations, © 2004 by Charles F. W. Higham, VB Hermitage