Pergi ke kandungan

Darwin, Wilayah Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darwin
Garramilla
Wilayah Utara
Pemandangan Darwin dari Bayview (2015)
Koordinat12°26′17″S 130°50′28″E / 12.43806°S 130.84111°E / -12.43806; 130.84111Koordinat: 12°26′17″S 130°50′28″E / 12.43806°S 130.84111°E / -12.43806; 130.84111
Penduduk139,902 (2021)[1] (ke-17)
 • Kepadatan44.2196/km2 (114.5283/sq mi)
Ditubuhkan1869
Kawasan3,163.8 km2 (1,221.6 sq mi)[2] (2011 urban)
Zon masaACST (UTC+9:30)
Lokasi
Purata suhu maks Purata suhu min Hujan tahunan
32.2 °C
90 °F
23.4 °C
74 °F
1,811.7 mm
71.3 in

Darwin (/ˈdɑːrwn/ ( dengar) DAR-win; bahasa Laragiya [en]: Garramilla)[8] adalah ibu kota Wilayah Utara di Australia. Dengan seramai 139,902 penduduk mengikut bancian 2021, Darwin mengandungi majoriti penduduk Wilayah Utara yang sedikit sahaja penduduknya.[1]

Darwin merupakan ibu negeri Australia yang paling kecil, paling lembap dan paling di utara. Ia terletak dekat sekali dengan Asia Tenggara, maka ia menjadi penghubung utama antara Australia dan negara-negara seperti Indonesia dan Timor Leste. Lebuh Raya Stuart [en] bermula di Darwin, menjangkau ke arah selatan merentasi pusat Australia melalui Tennant Creek [en] dan Alice Springs [en], dan berakhir di Port Augusta, Australia Selatan [en]. Bandarnya terbina pada cenderung pamah yang memandang ke arah Darwin Harbour [en]. Kawasan subbandar Darwin bermula di Lee Point [en] dan menjangkau ke Berrimah di timur. Lebuh Raya Stuart menjangkau ke bandar satelit Darwin di sebelah timur iaitu Palmerston [en] dan subbandarnya.

Kawasan Darwin mengalami iklim tropika yang terdiri daripada musim tengkujuh dan kemarau. Tempoh menjelang musim tengkujuh yang digelar "the build up" oleh penduduk tempatan menyaksikan peningkatan suhu dan kelembapan. Musim tengkujuh Darwin biasanya tiba dalam akhir November hingga awal Disember dan membawa curahan monsun lebat, pancaran kilat yang hebat dan peningkatan aktiviti siklon (taufan).[9] Pada musim kemarau pula, Darwin menikmati langit cerah dan angin laut sepoi-sepoi dari pelabuhan.

Suku peribumi Larrakia [en] merupakan pemilik tradisional kawasan Darwin, malah sejumlah besar penduduk Darwin terdiri daripada suku peribumi (Aboriginal). Pada 9 September 1839, kapal HMS Beagle tiba di Darwin Harbour sewaktu menjalankan tinjauan di kawasan terbabit. John Clements Wickham [en] menamakan kawasan berkenaan "Port Darwin" sempena bekas rakan sekapalnya Charles Darwin yang menaiki Beagle dalam pelayaran yang sejurus sebelum ini. Penempatan di situ menjadi pekan Palmerston pada tahun 1869, kemudian ditukar kepada Darwin pada 1911.[10] Bandarnya telah dibina semula sepenuhnya sebanyak empat kali ekoran kemusnahan akibat bencana taufan pada tahun-tahun 1897 [en], 1937 [en], serangan udara Jepun ketika Perang Dunia Kedua [en], dan Siklon Tracy pada tahun 1974.[11][12]


Bandar kembar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Australian Bureau of Statistics (28 Jun 2022). "Greater Darwin". 2021 Census QuickStats. Dicapai pada 24 April 2023. Sunting ini di Wikidata
  2. ^ "2011 Census Community Profiles: Greater Darwin". ABS Census. Australian Bureau of Statistics. Dicapai pada 15 September 2016.
  3. ^ "Great Circle Distance between Darwin and Adelaide". Geoscience Australia. March 2004.
  4. ^ "Great Circle Distance between DARWIN and PERTH". Geoscience Australia. March 2004.
  5. ^ "Great Circle Distance between Darwin and Brisbane". Geoscience Australia. March 2004.
  6. ^ "Great Circle Distance between Canberra and Darwin". Geoscience Australia. March 2004.
  7. ^ "Great Circle Distance between Carins and Darwin". Geoscience Australia. Dicapai pada 27 January 2016.
  8. ^ "Larrakia Development Corporation". Larrakia Development Corporation. July 2017. Dicapai pada 4 July 2021.
  9. ^ "Lightning Storms in the Top End". Australian Broadcasting Corporation. 10 December 2002. Dicapai pada 27 July 2008.
  10. ^ "Darwin – Northern Territory – Australia – Travel – smh.com.au". The Sydney Morning Herald. 8 February 2004. Dicapai pada 22 May 2010.
  11. ^ "A brief history of Darwin". Darwin City Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2009. Dicapai pada 29 December 2008.
  12. ^ "Darwin (Northern Territory, Australia)". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 13 August 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]