Dataran Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kremlin dan Dataran Merah, Moscow
Pandangan Katedral St. Basil
Dataran Merah dilihat dari Katedral St. Basil
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Lokasi , Moscow , Rusia Sunting ini di Wikidata
Koordinat 55°45′15″N 37°37′12″E / 55.754166666667°N 37.62°E / 55.754166666667; 37.62
Kawasan
Termasuk
Kriteria i, ii, iv, vi
Rujukan 545
Inscription 1991 (ke-14 Session)
Laman web

Dataran Merah (Rusia: Красная площадь, tr. Krásnaya plóshchaď,IPA: [ˈkrasnəjə ˈploɕːətʲ]) adalah sebuah dataran kota (plaza) yang terletak di Moscow, Rusia. Ia memisahkan Kremlin, bekas kubu kota diraja yang kini menjadi kediaman rasmi Presiden Rusia dengan bekas kawasan pedagang yang dikenali sebagai Kitai-gorod. Dataran Merah seringkali dianggap sebagai medan pusat bandar Moscow, di sebabkan jalan-jalan utama di Moscow yang menghubungkan dengan lebuhraya-lebuhraya utama bermula dari dataran ini.

Asal dan nama[sunting | sunting sumber]

Nama Dataran Merah bukan merujuk akan warna batu-bata dan juga hubungan warna merah dengan kepercayaan komunis. Akan tetapi, ia merujuk kepada perkataan Rusia красная (krasnaya) yang boleh bermaksud sama ada "merah" atau "cantik". Perkataan ini dengan maksud "cantik" pada asalnya merujuk kepada Katedral Saint Basil dan kemudian merujuk pada dataran berdekatan. Dataran ini dipercayai mendapat namanya sekarang (menggantikan bekas Pozhar, atau "tempat terbakar") pada kurun ke-17. Beberapa bandar-bandar lama Rusia seperti Suzdal, Yelets, dan Pereslavl-Zalessky, juga mempunyai dataran utama yang dinamakan Krasnaya ploshchad.

Senarai Warisan Dunia[sunting | sunting sumber]

Kremlin dan dataran merah telah bersama diiktiraf sebagai satu Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1990, kerana kaitan kuat mereka kepada sejarah Rusia sejak abad ke-13.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Юрий Федосюк. Москва в кольце Садовых. М., Московский рабочий, 1991. ISBN 5-239-01139-7
  • П.В.Сытин. Из истории московских улиц (очерки). М.. Московский рабочий, 1958

Koordinat: 55°45′15″N 37°37′12″E / 55.75417°N 37.62000°E / 55.75417; 37.62000

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kremlin Templat:Moscow Victory Parade Templat:World Heritage Sites in Russia