Dato' Dr. Hassan Ahmad Cendekiawan Melayu Terulung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Dr. Hassan Ahmad Cendekiawan Melayu Terulung
Buku Dato' Dr.Hassan Ahmad Cendiakawan Melayu Terulung ialah sebuah buku yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia.
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreBukan Cereka
Penerbitan
PenerbitPenerbit Universiti Putra Malaysia
Tarikh penerbitan
2013
Jenis media
Bahan cetak
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN ISBN 9789673443307 (ISBN 978-967-344-330-7) Invalid ISBN

Buku Dato' Dr. Hassan Ahmad Cendekiawan Melayu Terulung ialah sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia pada 2013 dengan harga 120 (2013). Ia diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia dalam Bahasa Melayu dengan nombor ISBN 9789673443307.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Dato’ Dr. Hassan Ahmad merupakan tokoh tersohor dan berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, perancangan bahasa dan sastera, penyelidikan dan pengurusan sehingga beliau pernah digelar sebagai ‘The Godfather of Malaysian Book World’ dan menerima ‘Anugerah Tokoh pembangunan Buku Negara’ (2005). Beliau juga tokoh ilmuwan dan intelektual dalam pelbagai bidang malah ‘pejuang bahasa’ yang sangat berani. Dato’ Dr Hassan Ahmad pernah dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, (UNESCO) di Paris (1988) dan dipilih sebagai Presedin Kumpulan Elektoral Negara-Negara Asia-Pasifik di UNESCO (1990-1991).Sekembalinya dari Paris, beliau menubuhkan Yayasan Karyawan pada 30 Ogos 1996 dan terus menerajuinya selama 15 tahun. Anak Melayu pertama yang menerima ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Leiden ini sepanjang hayatnya telah mencurahkan ilmu dan keintelektualannya dalam memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia. Biografi yang ditulis daripada third view person oleh Nor Azuwan Yaakob ini mengisahkan berkenaan kehidupan Dato’ Dr Hassan Ahmad sejak zaman kanak-kanak beliau, kisah perjuangan beliau dalam memartabatkan bahasa Melayu dan pelbagai kisah hidup beliau sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 31 Ogos 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]