David Cassidy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
David Cassidy
Cassidy, 1974
Kelahiran
David Bruce Cassidy

(1950-04-12)12 April 1950
Meninggal dunia21 November 2017(2017-11-21) (umur 67)
Pekerjaan
  • pelakon
  • penyanyi
  • penulis lagu
  • pemuzik
Tahun aktif1969–2017
Kampung asalWest Orange, New Jersey, A.S.
Pasangan
  • Kay Lenz
    (k. 1977; c. 1983)
  • Meryl Tanz
    (k. 1984; c. 1985)
  • Sue Shifrin
    (k. 1991; c. 2016)
Anak-anak2, termasuk Katie Cassidy
Ibu bapa
Keluarga3 adik-beradik tiri; termasuklah Shaun Cassidy dan Patrick Cassidy; Shirley Jones (ibu tiri, 1956-1974)
Kerjaya muzik
GenrePop
Instrumen
  • Vocals
  • guitar
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
The Partridge Family
Laman sesawang
davidcassidy.com

David Bruce Cassidy[1](12 April 1950 – 21 November 2017) merupakan pelakon, penyanyi, penulis lagu dan pemain gitar Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi watak Keith Partridge, anak kepada Shirley Partridge (dilakonkan oleh ibu tirinya, Shirley Jones), dalam sitkom-muzikal, The Partridge Family, yang menjadikan beliau sebagai salah seorang idola reja dan penyanyi pop 1970-an. Beliau kemudiannya aktif dalam lakonan dan muzik.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Cassidy pernah berkahwin dengan pelakon Kay Lenzpada 3 April 1977,[2][3][4] dan bercerai pada awal 1980-an.[5][6] Beliau kemudiannya mengahwini Meryl Tanz pada tahun 1984.[7] Mereka bertemu pada tahun 1974 di Lexington, Kentucky.[3] Perkahwinan mereka berakhir pada pertengahan 1980-an.[7][6] Anak perempuan beliau yang juga seorang pelakon, Katie Cassidy, dilahirkan pada 1986 hasil hubungannya dengan Sherry Williams Benedon.[8]

Cassidy kemudiannya mengahwini Sue Shifrin pada tahun 1991. Ini merupakan perkahwinan ketiga Cassidy dan yang kedua buat Shifrin. Mereka dikurniakan seorang anak, Beau,[9][10] pada tahun 1991.[11][12] Pada Ogos 2013, Cassidy disahkan berpisah dengan Shifrin dan Shifrin menfailkan penceraian mereka pada Februari 2014.[11][12]

Cassidy berpindah ke Fort Lauderdale, Florida, pada tahun 2002.[13] Pada tahun 2015, beliau telah memfailkan muflis.[14][15][16]

Masalah alkohol[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Cassidy mengakui bahawa beliau mempunyai masalah alkohol.[17] Beliau pernah ditahan pada 3 November 2010 di Florida,[18] dan sekali lagi di Schodack, New York, pada 21 Ogos 2013 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Februari 2017, Cassidy mengumumkan beliau menghidap demensia, penyakit yang sama dihidapi ibunya sehingga membawa kepada kematian.[19] Disebabkan keadaan yang semakin teruk dimana beliau sering terlupa lirik dan berlaku masalah yang lain, beliau memutuskan untuk bersara dari melakukan persembahan pada awal 2017.[20]

Pada 18 November 2017, dilaporkan Cassidy telah dimasukkan ke dalam hospital apabila berlaku kegagalan hati dan buah pinggang dan berada dalam keadaan koma.[21] Beliau sedar dari koma dua hari kemudian, namun dalam keadaan kritikal namun stabil. Doktor mengharapkan agar beliau kekal stabil untuk pemindahan hati.[22] Cassidy meninggal dunia pada 21 November 2017 di usia 67 tahun.[23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "David Cassidy". Turner Classic Movies. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2017. Dicapai pada February 28, 2017. David Bruce Cassidy was born on April 12, 1950, at Manhattan's Flower Fifth Avenue Hospital (now the Terence Cardinal Cook Healthcare Center) on Upper Fifth Avenue. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Nevada, Marriage Index 1956-2005) and divorced on December 28, 1983 (California, Divorce Index 1966-1984
  3. ^ a b Vespa, Mary. "Now Back Onstage, David Cassidy Has a New Fiancée and a Confession; His Rock Days Were No Picnic". People.com. Dicapai pada March 14, 2016.
  4. ^ Park, Jeannie; Michael Alexander (November 20, 1989). "After Riding a Lifetime of Ups and Downs, Kay Lenz Hits Her Stride with a Role in Midnight Caller". People. 32 (21). Dicapai pada February 11, 2014. ...David Cassidy when they married in 1977, just 2½ months after meeting on a blind date.
  5. ^ California, Divorce Index 1966-1984
  6. ^ a b "David Cassidy Biography: Television Actor, Singer (1950–)". Biography.com (FYI / A&E Networks). Diarkibkan daripada yang asal pada January 5, 2017. Dicapai pada February 28, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ a b "David Cassidy Biography (1950-)". FilmReference.com. Dicapai pada February 11, 2014.
  8. ^ "Katie Cassidy: Biography". TVGuide.com. Dicapai pada February 11, 2014.
  9. ^ "David Cassidy & Wife Divorcing". People. Dicapai pada October 4, 2015.
  10. ^ Juliet Rix. "David Cassidy: My family values". the Guardian. Dicapai pada October 4, 2015.
  11. ^ a b Mike Clary and Tonya Alanez (August 25, 2013). "David Cassidy, despite spotlight from recent DWI arrest, known as low-key neighbor in Fort Lauderdale". Sun-Sentinel. Dicapai pada October 20, 2014.
  12. ^ a b "David Cassidy Wife files for Divorce". TMZ. February 11, 2014. Dicapai pada October 20, 2014.
  13. ^ South Florida Sun-Sentinel (October 2, 2015). "David Cassidy charged with I-595 traffic incident". Sun-Sentinel.com. Dicapai pada October 4, 2015.
  14. ^ WPLG. "David Cassidy says goodbye to 'place of refuge' in Fort Lauderdale". Local10. Dicapai pada October 4, 2015.
  15. ^ "Home of bankrupt ex-teen heartthrob David Cassidy auctioned". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-05. Dicapai pada October 4, 2015.
  16. ^ "David Cassidy Files for Bankruptcy". PEOPLE.com. Dicapai pada October 4, 2015.
  17. ^ Gardinier, Bob. "'70s teen star Cassidy meets Officer Tom Jones". TimesUnion.com (Hearst Communications Inc.). Dicapai pada August 22, 2013.
  18. ^ Martinez, Edecio. (November 4, 2010) David Cassidy Arrested: "Partridge Family" Star Accused of Drunk Driving in Fla. – Crimesider. CBS News. Retrieved on March 27, 2011.
  19. ^ "David Cassidy reveals he has dementia". NY Daily News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada February 21, 2017.
  20. ^ "Former teen heartthrob David Cassidy reveals dementia, quits touring".
  21. ^ Starkey, Adam (November 18, 2017). "David Cassidy in 'critical condition' with organ failure". Metro. Dicapai pada November 18, 2017.
  22. ^ Press, Brian Ballou, and the Associated. "David Cassidy 'critical but stable' in Fort Lauderdale-area hospital with multiple organ failure".
  23. ^ Chuck, Elizabeth (November 21, 2017). "David Cassidy, 1970s teen idol, has died at 67". NBC News. Dicapai pada November 21, 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]