David Marshall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari David Saul Marshall)

David Saul Marshall
דייוויד מרשל
Menteri Besar Singapura
Dalam jawatan
6 April 1955 – 7 Jun 1956
GabenorSir John Fearns Nicoll (1952–55)
Sir William Goode (1955)
Sir Robert Brown Black (1955–57)
Didahului olehBaru dicipta
Digantikan olehLim Yew Hock
Butiran peribadi
Lahir12 Mac 1908
Negeri-negeri Selat (Singapura)
Meninggal dunia12 Disember 1995(1995-12-12) (umur 87)
Singapura
Parti politikBarisan Buruh (1954–1957)
Parti Pekerja Singapura (1957–1963)
Calon bebas (1963–1995)
PasanganJean Mary Gray
Anak-anakJonathan Mark
Ruth Ann
Sarah Farha
Joanna Tamar.[1]
Alma materUniversiti London
ProfesionAhli politik dan diplomat

David Saul Marshall (12 Mac 1908 – 12 Disember 1995) ialah seorang peguam dan ahli politik dari Singapura yang telah menyandang jawatan Menteri Besar dari 1955 hingga 1956. Beliau juga merupakan pengasas Parti Pekerja Singapura, sebuah parti pembangkang utama di negara itu. Marshall berkhidmat sebagai president parti, jawatan tertinggi sebelum terciptanya jawatan Setiausaha Agung. Beliau juga terlibat dalam perundingan dengan British untuk meminta kemerdekaan untuk Malaya.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Marshall dilahirkan pada 1908 dalam sebuah keluarga Yahudi Baghdad di Singapura. Nama asal keluarganya ialah Mashal tetapi telah diinggeriskan menjadi Marshall.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Marshall telah dididik di Institusi Saint Joseph, Sekolah Saint Andrew dan kemudian di Institusi Raffles.[2]. Beliau menjadi minat dalam bidang politik dan gerakan kemerdekaan sejak usia yang muda. Marshall berkhidmat sebagai seorang peguam setelah lulus dari Universiti London pada 1937.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Marshall berkhidmat sebagai seorang askar British di Singapura secara sukarela sejurus selepas pendudukan tentera Jerman di Czechoslovakia pada 1938. Marshall menjadi tahanan perang setelah pihak British menyerah kalah kepada Jepun pada 1941.[3] Mengimbas kembali pengalamannya sebagai seorang tahanan perang, beliau berkata:

"Pendudukan Jepun telah mengajar saya sifat rendah diri... Tiga setengah tahun sebagai tahanan perang mengajar saya untuk rendah diri... Sebagai tahanan orang Jepun, saya sedar bahawa ada manusia yang tergamak melakukan perkara-perkara yang tidak berhati perut. Saya boleh berasa marah ataupun bersikap kejam selama lima, sepuluh minit. Tetapi, kezaliman Jepun tiada tandingannya. Sikap tidak berperikemanusiaan yang ditunjukkan begitu terserlah apabila saya menjadi tahanan perang. Saya akur yang saya kenal akan makna kekejaman sebelum ini. Namun, kekejaman yang bersifat kekal dan berpanjangan adalah sesuatu yang saya sendiri tidak pernah alami walaupun di tangan penjajah British. Perkara ini yang membuat saya begitu terkejut kerana sedar bahawa ada juga manusia yang bersikap tidak seperti manusia."

Marshall kemudian muncul sebagai seorang peguam jenayah yang terkemuka di Singapura sehingga mendapat jolokan "Marshall never loses" atau "Marshall tidak pernah kalah". Terkenal dengan kefasihannya berhujah dan keberanian menyampaikan kesnya, Marshal berjaya memenangi 99 daripada 100 kes pembunuhan dalam mahkamah yang pada masa itu mengikuti sistem perbicaraan dengan juri. Kaedah perbicaraan ini dimansuhkan pada 1969 oleh Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yang pertama kerana tidak percaya dengan kekuatan sistem itu sambil menggunakan Marshall sebagai contoh.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada April 1955, Marshall mengetuai parti politik sayap kiri, Barisan Buruh untuk memenangi dengan margin yang kecil pilihan raya umum 1955 untuk Dewan Undangan Singapura. Beliau menubuhkan pemerintah minoriti dan menjadi Menteri Besar. Namun, beliau mengetuai sebuah pemerintah yang goyah dan sering tidak mendapat kerja sama daripada pihak penjajah British mahupun parti-parti politik tempatan. Pada Mei 1955, Rusuhan Bas Hock Lee tercetus dan empat orang terkorban.

Pada April 1956, Marshall memimpin delegasi ke London untuk meminta hak memerintah sendiri namun perundingan dengan British gagal kerana pihak penjajah khuatir akan pergolakan pekerja serta pengaruh komunisme yang semakin berleluasa. Selepas mesyarat itu, Marshall meletakkan jawatan dan berkata "Saya telah gagal dalam misi Merdeka". Menggantikan Marshall sebagai Menteri Besar ialah Lim Yew Hock, yang telah bersikap tegas dengan kesatuan-kesatuan sekerja di negara itu.

Selepas bersara, Marshall melawat negara China selama dua bulan atas undangan Zhou Enlai, perdana menteri China pada masa itu. Di sana, Marshall berjaya meyakinkan Zhou dan pemerintahnya untuk melepaskan 400 orang Yahudi dari Rusia yang tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara itu.[4]

Selepas dia kembali dari China, Marshall kekal sebagai anggota barisan belakang di Dewan Undangan sebelum dia meninggalkan parti Barisan Buruh pada 1957 untuk menubuhkan Parti Pekerja Singapura.

Parti Pekerja Singapura telah ditubuhkan oleh Marshall pada 7 November 1957 dan beliau berjaya memenangi pilihan raya kecil di kawasan undi Anson pada 15 Julai 1961.[5]

Marshall tewas di kawasan undi Cairnhill setelah dikalahkan oleh Omar Lim Yew Hock, Menteri Besar, dalam pilihan raya umum 1959 sebagai kandidat Parti Pekerja tetapi memenangi pilihan raya umum di kawasan undi Anson pada tahun 1961. Selepas beliau kalah sekali lagi dalam pilihan raya umum 1963 sebagai calon bebas, Marshall kembali ke sektor guaman. Namun, beliau masih berkecimpung dalam bidang politik walaupun pucuk pimpinan partinya telah diambil alih oleh Joshua Benjamin Jeyaretnam pada 1972.

Patung dada Marshall, ciptaan Peter Lambda pada tahun 1956, di Universiti Pengurusan Singapura.

Dari 1978 hingga 1993, Marshall berkhidmat sebagai duta besar Singapura di Perancis, Portugal, Sepanyol dan Switzerland. Sebagai duta besar, Marshall sering mempertahankan kepentingan Singapura walaupun tidak bersefahaman dengan pemerintah Lee Kuan Yew. Beliau bersara dari bidang diplomatik pada tahun 1993.[6]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Marshall meninggal dunia pada tahun 1995 akibat barah paru-paru.

In 2011, estet Marshall telah mendermakan sebuah patung dada Marshall rekaan ahli pahat dari Hungary, Peter Lambda, kepada Sekolah Undang-Undang, Universiti Pengurusan Singapura (SMU). Balu Marshall melahirkan harapan agar patung ini dapat memberikan inspirasi kepada mahasiswa undang-undang di sekolah itu untuk mencontohi sifat-sifat ketekunan, keberanian dan integriti yang dimiliki mendiang suaminya.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "David Saul Marshall". Singapore Infopedia, National Library Board. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-18. Dicapai pada 2015-09-14.
  2. ^ "David Saul Marshall". Singapore Infopedia, National Library Board. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-18. Dicapai pada 2015-09-14.
  3. ^ Kevin Khoo (2008). "David Marshall: Singapore's First Chief Minister". Archives Online, National Archives of Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-03. Dicapai pada 2015-09-14.
  4. ^ Vadim Bytensky; P. A. (2007). Journey from St. Petersburg. ISBN 978-1-4259-9935-3. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  5. ^ "David Saul Marshall". Singapore Infopedia, National Library Board. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-18. Dicapai pada 2015-09-14.
  6. ^ "David Marshall: Singapore's First Chief Minister". Headlines, Lifelines, AsiaOne. 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-07. Dicapai pada 2015-09-14.
  7. ^ Leonard Lim (11 November 2011). "Bust of David Marshall to grace SMU court named after him". The Straits Times.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jawatan politik
Didahului oleh
Baru dicipta
Menteri Besar Singapura
6 April 1955 – 7 Jun 1956
Diikuti oleh:
Lim Yew Hock
Kerusi dewan
Didahului oleh
Baru dicipta
Ahli Dewan Undangan Singapura untuk kawasan SMC Cairnhill
1955–1959
Diikuti oleh:
Lim Yew Hock
Didahului oleh
Mohamed Ariff bin Baharuddin
Ahli Dewan Undangan Singapura untuk kawasan SMC Anson
1961–1963
Diikuti oleh:
Chiang Seok Keong