Pergi ke kandungan

Zhou Enlai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zhou Enlai
周恩来
Potret rasmi pada 1950-an
Perdana Menteri Republik Rakyat China pertama
Dalam jawatan
27 September 1954 – 8 January 1976
Timbalan perdana
menteri petama
Dong Biwu
Chen Yun
Lin Biao
Deng Xiaoping
Didahului olehMao Zedong
(sebagai Pengerusi Kerajaan Rakyat Pusat Republik Rakyat China)
Sendiri
(sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Kerajaan Rakyat Pusat)
Digantikan olehHua Guofeng
Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China pertama
Dalam jawatan
1 Oktober 1949 – 11 Februari 1958
PremierSendiri
Didahului olehHu Shih
(sebagai Menteri Luar Negeri Republik China)
Digantikan olehChen Yi
Naib Pengerusi Parti Komunis China pertama
Dalam jawatan
30 Ogos 1973 – 8 Januari 1976
PengerusiMao Zedong
Didahului olehLin Biao (1971)
Digantikan olehHua Guofeng
Naib Pengerusi Parti Komunis China
Dalam jawatan
28 September 1956 – 1 Ogos 1966
PengerusiMao Zedong
Pengerusi Persidangan Perundingan Politik China kedua
Dalam jawatan
25 Disember 1954 – 8 Januari 1976
Kehormat PengerusiMao Zedong
Didahului olehMao Zedong
Digantikan olehKosong (1976–1978)
Deng Xiaoping
Ketua Majlis Pentadbiran Kerajaan Rakyat Pusat
Dalam jawatan
21 Oktober 1949 – 26 September 1954
PengerusiMao Zedong
Didahului olehPejabat ditubuhkan
Digantikan olehSendiri (sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat China)
Butiran peribadi
Lahir(1898-03-05)5 Mac 1898
Huai'an, Jiangsu, Empayar Qing
Meninggal dunia8 Januari 1976(1976-01-08) (umur 77)
Beijing, China
Parti politikParti Komunis China (1921–1976)
Sekutu gabungan
politik lain
Kuomintang (1923–1927)
PasanganDeng Yingchao (k. 1925)
Anak-anakSun Weishi, Wang Shu[1][2]
PendidikanSekolah Menengah Tianjin Nankai
Alma materUniversiti Nankai
Universiti Meiji
Tandatangan
Laman web rasmizhouenlai.people.cn
Perkhidmatan ketenteraan
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Revolusi Nasional (1937–1945)
Tentera Merah Cina
Tentera Pembebasan Rakyat
PangkatLeftenan Jeneral daripada Tentera Revolusi Nasional
Pertempuran
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Ringkas周恩来
Tulisan Cina Tradisional周恩來
Nama kesopanan
Bahasa Cina翔宇

Zhou Enlai (Cina Ringkas: 周恩来; Cina Tradisional: 周恩來; pinyin: Zhōu Ēnlái; Wade-Giles: Chou En-lai) (5 Mac 18988 Januari 1976) ialah seorang pemimpin Parti Komunis China yang terkenal, serta Perdana Menteri (1949 - 1976) dan Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China (1949 - 1958).

Masa awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Huaian, Provinsi Jiangsu, Zhou Enlai merupakan anak sulung serta cucu lelaki sulung kepada keluarga Zhou. Walaupun keluarganya daripada golongan cendekiawan, mereka tidaklah kaya. Datuknya, seorang kakitangan Maharaja yang berpangkat serta bergaji rendah, manakala bapanya berulang kali gagal dalam peperiksaan empayar dan pada seumur hidupnya, bertugas sebagai seorang kerani rendah yang gajinya juga rendah.

Semasa Enlai masih kurang daripada setahun umurnya, beliau diambil sebagai anak angkat oleh bapa saudara bongsu sebelah bapa yang hampir mati, akibat batuk kering. Pengambilan anak angkat dilakukan supaya bapa saudara tersebut tidak akan meninggal dunia tanpa seorang anak lelaki, suatu skandal yang teruk bagi sebuah keluarga Konfusianisme tradisional yang bertaraf tinggi.

Chen, ibu angkatnya, mula mengajar aksara Cina kepada Zhou, sebaik sahaja beliau boleh bertatih-tatih. Ketika beliau mencapai empat tahun umurnya, beliau telah berupaya membaca dan menulis beberapa ratus perkataan.

Pada tahun 1907, ibu kandung Zhou meninggal dunia, akibat batuk kering, dan pada musim panas tahun 1908, Chen juga turut meninggal dunia. Zhou menjadi anak yatim piatu ketika berumur 10 tahun dan diatur untuk meninggalkan Huai'an ke kota Shenyang di Manchuria supaya dapat dijaga oleh bapa saudaranya, Yikang. Ketika Zhou berumur 12 tahun, beliau mendaftarkan diri di sekolah contoh Tung Guan yang mengajar "pembelajaran baru", iaitu matematik dan sains semula jadi, serta juga sejarah , geografi, dan kesusasteraan Cina. Para murid di sana juga didedahkan kepada terjemahan buku-buku barat dan oleh itu, Zhou mendapat tahu tentang kebebasan, demokrasi, serta revolusi-revolusi Amerika dan Perancis.

Pada tahun 1913 ketika berumur 15 tahun, Zhou tamat sekolah di Tung Guan dan kemudian pada bulan September dalam tahun yang sama, mendaftarkan diri di sekolah Nankai yang terletak di Tianjin. Selama empat tahun yang berikut, beliau merupakan seorang pelajar yang rajin di sekolah yang berprestij itu.

Pada sepanjang tempoh persekolahannya, China berada dalam keadaan kerusuhan yang teruk. Pada tahun 1911, Revolusi Xinhai yang dimulakan oleh Sun Yat-sen menggulingkan Dinasti Qing dan mengasaskan Republik China. Perang Agung di Eropah kemudian melegakan tekanan daripada para penceroboh Eropah, dan memberikan peluang kepada Jepun untuk menuntut penguasaan. Zhou sedar bahawa China telah dimusnahkan oleh campur tangan asing. Beliau berkongsi kemarahan dan bantahan terhadap keadaan pahit getir China.

Langkah yang berikut dalam pendidikan Zhou ialah untuk menyertai universiti di Tokyo. Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang guru supaya dapat mempengaruhi para pemuda dan pemudi China. Bagaimanapun, beliau tidak dapat menumpukan perhatiannya dalam pembelajaran dan penguasaan bahasa Jepunnya juga lemah. Semasa masih di Nankai, beliau pernah menulis dan bersuara tentang tekanan-tekanan ketenteraan dan politik ke atas China, serta kemerosotan China ke arah keadaan huru-hara yang tidak dapat disekat. Beliau mencabar rakan-rakannya tentang apa yang boleh dibuat oleh generasi mereka untuk menyelamatkan China. Jawapan rakan-rakannya adalah untuk belajar dan berilmu dalam bidang sains dan profesion. "China memerlukan golongan elit, para doktor, jurutera, dan guru yang berilmu", kata mereka. "Tetapi untuk apa?" Zhou bertanya, "Jika China akan hilang, apakah kebergunaan pembelajaran?" Keputusannya untuk meninggalkan Jepun juga sebahagiannya dipengaruhi oleh Tung Kwang Hsien (Cina Mudah: 童冠贤,Cina Tradisional: 童冠賢), rakan sekolahnya di Nankai.

Pada awal bulan Mei 1919, Zhou meninggalkan Jepun dengan berat hati, tanpa menghabiskan pendidikannya. Beliau tiba di Tianjin pada 9 Mei, sempat untuk menyertai Gerakan 4 Mei 1919 yang penting.

Sebagai perdana menteri

[sunting | sunting sumber]

Pada pengasasan Republik Rakyat China dalam tahun 1949, Zhou menjadi Perdana Menteri serta Menteri Luar Negeri. Kemudian pada bulan Jun 1953, beliau mengumumkan lima perisytiharan keamanan. Zhou mengetuai perwakilan Republik Rakyat China ke Persidangan Geneva (1954) dan Persidangan Bandung (1955). Dalam perjalanannya ke Bandung, Indonesia, Zhou terselamat dalam sebuah percubaan pembunuhan oleh para nasionalis Kuomintang melalui proksi dan dilakukan oleh kerajaan Presiden Truman. Sebutir bom MK7 buatan Amerika diletakkan di dalam Puteri Kashmir,  kapal terbang carter yang dijadualkan untuk perjalanannya. Secara rahsia, Zhou bertukar kapal terbang pada saat terakhir dan 16 orang anak kapalnya mati. Pada tahun 1958, jawatan Menteri Luar Negeri diambil alih oleh Chen Yi tetapi Zhou mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sehingga kematiannya pada tahun 1976.

Tumpuan utama Zhou dalam negeri ialah ekonomi China yang berada dalam keadaan yang teruk selepas berdekad-dekad berperang. Beliau bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran pertanian melalui pengagihan tanah yang rata. Pembangunan perindustrian juga dimasukkan ke dalam agendanya. Selain itu, Zhou juga memulakan pembaharuan-pembaharuan alam sekitar di China.

Pada tahun 1958, Mao Zedong memulakan kempen Lompatan Agung ke Depan yang bertujuan untuk meningkatkan tingkat pengeluaran industri dan pertanian, akan tetapi sasaran-sasarannya tidak realistik. Sebagai seorang pentadbir yang popular dan praktik, Zhou mengekalkan jawatannya semasa kempen tersebut. Revolusi Kebudayaan (1966-1976) merupakan sebuah tamparan yang besar kepadanya. Pada peringkat-peringkat terakhir dalam tahun 1975, Zhou mengajukan "empat pemodenan" untuk memperbaik kerosakan yang diakibatkan oleh kempen-kempen Mao.

Dikenali sebagai seorang diplomat yang berupaya, Zhou sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk menjalin semula hubungan-hubungan dengan dunia Barat pada awal dekad 1970-an. Beliau menjemput Richard Nixon, presiden Amerika Syarikat, ke China dan memeterai Kenyataan Shanghai pada Februari 1972. Selepas menyedari bahawa beliau menghidap barah, Zhou memberikan banyak tanggungjawabnya kepada Deng Xiaoping.

Pada peringkat-peringkat terakhir Revolusi Kebudayaan, Zhou menjadi sasaran baru kepada kempen-kempen politik Pengerusi Mao dan Geng Empat pada tahun 1975. Kempen-kempen tersebut yang mempromosikan cogan kata "Mengkritik Song Jiang, Menilai Hikayat Pinggir Air",  bertujuan untuk menonjolkan Zhou sebagai seorang tokoh politik yang kalah. Selain itu, kempen "Mengkritik Lin, Mengkritik Confucius" juga ditujukan kepada Zhou kerana beliau dilihatkan sebagai salah satu musuh politik Geng tersebut yang utama.

Kematian dan reaksi

[sunting | sunting sumber]

Zhou masuk hospital pada tahun 1974, akibat kanser pundi, tetapi beliau masih meneruskan kerjanya dari hospital, dengan Deng Xiaoping selaku Timbalan Perdana Menteri Pertama menangani kebanyakan hal-ehwal Majlis Negara. Beliau meninggal dunia pada waktu pagi 8 Januari 1976, lapan bulan sebelum kematian Mao Zedong. Semasa Zhou dalam keadaan yang genting, Mao enggan ke hospital untuk melawatnya, walaupun dipujuk oleh banyak orang. Pembelaan Mao adalah bahawa beliau bukannya seorang doktor. Selain itu, Mao juga enggan menyertai upacara pengebumian Zhou. Mengikut khabar-khabar angin, Mao mengarahkan sebilangan orang untuk bermain bunga api selepas beliau mendapat tahu tentang kematian Zhou.

Kematian Zhou menghasilkan banyak perutusan takziah daripada negara-negara berkecuali yang hubungannya telah dijalin oleh Zhou semasa merupakan diplomat dan perunding yang berkesan di pentas dunia. Banyak negara memperlihatkan kematiannya sebagai satu kerugian yang besar. Mayat Zhou dibakar dan abu-abunya diselerakkan melalui udara ke merata-rata bukit dan lembah menurut keinginannya.

Di dalam negara, pembantu-pembantu Mao, iaitu Geng Empat yang termasuk Jiang Qing, memerperlihatkan kematian Zhou sebagai suatu peluang yang baik untuk merampas kuasa dan memajukan politik mereka kerana halangan utama mereka yang terakhir kini telah hilang. Dalam upacara pengembumian Zhou, Deng Xiaoping menyampaikan eulogi rasmi, tetapi beliau kemudian disingkirkan dari arena politik sehingga selepas kematian Mao.

Oleh sebab Zhou amat popular di kalangan rakyat Cina, banyak orang berkabung secara spontan di seluruh China. Geng Empat melihatkan ini sebagai sesuatu yang berbahaya kerana mereka takut bahawa rakyat akan mempergunakan peluang ini untuk mengemukakan kebencian terhadap mereka. Pada masa Peristiwa Tiananmen dalam bulan April 1976, para pemimpin parti termasuk Mao mencuba menyekat perkabungan untuk "Perdana Menteri Yang Disayangi", dan mengakibatkan rusuhan. Puisi-puisi anti-Mao dan anti-Geng Empat ditemukan di sebilangan lingkaran bunga, dan semua lingkaran bunga kemudian ditiadakan di Tugu Peringatan Pahlawan Rakyat. Tindakan-tindakan tersebut hanya menerukkan kemarahan rakyat. Beribu-ribu askar-pekerja menumpaskan bantahan rakyat di Dataran Tiananmen dengan kejam, dan ratusan orang ditangkap. Pengerusi Mao menyalahkan Deng Xiaoping kerana pergerakan ini dan memecatnya daripada semua jawatan rasmi.

Selepas kematian Zhou, sebuah dewan peringatan di Tianjin telah didedikasikan kepada beliau dan isterinya, dan dinamai "Dewan Peringatan Zhou Enlai Deng Yingchao" (天津周恩來鄧穎超紀念館). Sebuah arca juga dibina di bandar raya Nanjing, tempat yang Zhou bertugas dengan Kuomintang pada dekad 1940-an. Setem-setem negara juga dikeluarkan pada tahun 1977 untuk memperingati ulang tahun pertama kematian Zhou, dan sekali lagi pada tahun 1998 untuk merayakan hari jadinya yang keseratus.

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Eldest Son,  oleh Han Suyin, sebuah biografi am.
  • There is a new book published in 2003 in Hong Kong, Zhou Enlai's Later Years,   sebuah buku baru yang ditulis oleh Gao Wenqian, dan diterbitkan di Hong Kong pada tahun 2003. Tidak adanya terjemahan bahasa Inggeris buat masa ini.

Lihat juga: Sejarah Republik Rakyat China

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Tiada
Perdana Menteri Majlis Negara
19491976
Diikuti oleh:
Hua Guofeng
  1. ^ 周恩來的一個鮮為人知的義子王戍. People.com.cn (Renminwang) (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 11 Ogos 2014.
  2. ^ 李鵬新書:有人傳我是周總理養子這不正確. Xinhua News Zhejiang (dalam bahasa Cina). 30 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2014.