Lim Yew Hock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Omar Lim Yew Hock
林有福
160px
Kedua Ketua Menteri Singapura
Dalam jawatan
8 Jun 1956 – 3 Jun 1959
Raja Ratu Elizabeth II
Gabenor Sir Robert Black (1955–1957)
Sir William Goode (1957–1959)
Timbalan Abdul Hamid bin Haji Jumat
Didahului oleh David Marshall
Digantikan oleh Lee Kuan Yew (sebagai Perdana Menteri)
Butiran peribadi
Lahir Lim Yew Hock
15 Oktober 1914
Singapura, Negeri-negeri Selat
Meninggal dunia 30 November 1984(1984-11-30) (umur 70)
Jeddah, Arab Saudi
Parti politik Parti Progresif (1947–1949)
Parti Buruh
Barisan Buruh (1955–1958)
Perikatan Rakyat Singapura (1958–1963)
Lim Yew Hock
Bahasa Cina: 林有福
POJ (Min Nan): Lîm Iú-hok
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lim.

Haji Omar Lim Yew Hock (15 Oktober 1914 – 30 November 1984), lahir Lim Yew Hock (Bahasa Cina: 林有福pinyin: Lín YǒufúPe̍h-ōe-jī: Lîm Iú-hok), merupakan seorang ahli politik Singapura dan Malaysia berketurunan Cina, yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Undangan dengan Dewan Undangan dari tahun 1948 hingga tahun 1963, serta Ketua Menteri Singapura yang kedua dari tahun 1956 hingga tahun 1959.

Semasa mudanya, Lim bekerja sebagai kerani setelah memperoleh ijazah daripada Institusi Raffles. Berikutan berakhirnya Perang Dunia II, beliau menyertai pergerakan pekerja dan kemudian memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai Parti Progresif (PP) pada tahun 1947. Pada tahun 1949, beliau menjadi ahli Parti Buruh. Beliau menubuhkan Barisan Buruh (LF) bersama David Marshall. Perlembagaan Rendel dilaksanakan pada tahun 1955 disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil dan permintaan tinggi terhadap kemerdekaan di Singapura pascaperang. LF memenangi pilihan raya Majlis Undangan, dengan Marshall sebagai Ketua Menteri. Lim dilantik sebagai Menteri untuk Buruh dan Kebajikan, serta berkhidmat sebagai timbalannya semasa tempoh menjawatnya.

Walau bagaimanapun, setelah perbincangan dengan Kerajaan di London untuk pemerintahan sendiri gagal, Marshall letak jawatan sebagai Ketua Menteri lalu Lim mengambil alih. Untuk memperoleh kepercayaan British, Lim menumpaskan gerakan politik haluan kiri. Beliau memimpini led an all-party delegation to re-negotiate in talks for self-rule, eventually reaching an agreement dengan British untuk perlembagaan baru yang memberi pemerintahan sendiri dalaman pada tahun 1959. Walau bagaimanapun, Lim hilang sokongan majoriti orang Cina disebabkan oleh penindasannya terhadap prokomunis, terutamnya tindakan keras terhadap guru dan pelajar di sekolah Cina yang berhaluan kiri. Ini menjurus kepada meningkatnya sokongan untuk Parti Tindakan Rakyat (PETIR), kemudian pembangkang, pimpinan Lee Kuan Yew.

Perikatan Rakyat Singapura (SPA) Lim telah dikalahkan oleh PETIR di pilihan raya 1959, menyebabkan beliau berundur diri sebagai Ketua Menteri manakala Lee menggantikannya sebagai Perdana Menteri. Sejak itu, beliau kurang melibatkan diri dalam politik Singapura dan meninggalkan Majlis Undangan pada tahun 1963. Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia oleh kemudian Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman. Walau bagaimanpun, beliau keluar daripada politik Malaysia lebih awal disebabkan oleh kehilangannya pada tahun 1966 semasa tempoh menjawatnya. Lim memeluk agama Islam dan menjalani kehidupan tidak menonjolkan diri di Arab Saudi pada saki-baki kehidupannya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lim mengahwini Chia Kim Neo pada tahun 1937. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan.[1] Setelah After melalui kehilangannya pada tahun 1966 dan peletakan jawatannya daripada Kerajaan Malaysia pada tahun 1968, perkahwinan Lim dengan Chia berpecah belah.[1] Apabila beliau memeluk agama Islam dan tinggal di Arab Saudi pada saki-baki hidupnya, beliau berkahwin semula dengan orang Cina Hajjah Hasnah Abdullah, pemeluk Islam juga. Kedua-duanya dikurniakan seorang anak perempuan dengan nama Hayati.[1]

Lampiran: Pengalaman hidup
  • Kerani Rendah, Imperial Chemical Industries
    (1934)
  • Kerani Rendah, Cold Storage; Kemudian dinaikkan pangkat Jurutrengkas dan Setiausaha Sulit; Bersara dengan menjual arang semasa kejatuhan Singapura
    (1934–1947)
  • Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Kerani dan Tadbir Singapura
    (1947–1950)
  • Ahli Parti Progresif Singapura
    (1947–1949)
  • Ahli tidak rasmi Majlis Undangan Singapura
    (April 1948 - April 1951)
  • Ahli Parti Buruh Singapura
    (Julai 1949 - Disember 1952)
  • Pengerusi Parti Buruh Singapura
    (Jun 1950 - Disember 1952)
  • Pengerusi Kesatuan Pekerja Kerani dan Tadbir Singapura
    (July 1950 – 1955)
  • Ahli Majlis Undangan Singapura untuk kawasan pilihan raya Keppel
    (April 1951 - April 1955)
  • Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Singapura
    (Mei 1951 – 1955)
  • Ahli Suruhanjaya Rendel
    (Julai 1953 - Februari 1954)
  • Ahli Barisan Buruh
    (April 1954 - November 1958)
  • Ahli Dewan Undangan Singapura untuk kawasan pilihan raya Havelock
    (April 1955 - June 1959)
  • Ahli Jemaah Menteri
    (April 1955 - Jun 1959)
  • Menteri untuk Buruh dan Kebajikan
    (April 1955 - Jun 1959)
  • Ketua Menteri Singapura
    (Jun 1956 - Jun 1959)
  • Pengerusi Barisan Buruh
    (Mac–November 1958)
  • Pengerusi Perikatan Rakyat Singapura
    (November 1958 - September 1963)
  • Menteri Singapura untuk Pendidikan
    (Mac–Jun 1959)
  • Ahli Dewan Undangan Singapura untuk kawasan pilihan raya Cairnhill
    (Jun 1959 - September 1963)
  • Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia
    (Januari 1964 - Julai 1966)
  • Timbalan Setiausaha (Tugas Khas), Kementerian Luar Negeri Malaysia
    (Ogos 1966 - Ogos 1968)

Senarai Menteri[sunting | sunting sumber]

Karya[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran asing[sunting | sunting sumber]

Ijazah kehormat[sunting | sunting sumber]

Gelaran[sunting | sunting sumber]

  • Lim Yew Hock (15 Oktober 1914 - Ogos 1958)
  • Tun Lim Yew Hock, SMN (Ogos 1958 - November 1968)
  • Lim Yew Hock (November 1968 – 1972)
  • Haji Omar Lim Yew Hock (1972–30 November 1984)

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan lau tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ss tidak disediakan
  3. ^ "FRANCIS THOMAS RESIGNS" (1 Februari 1959)
  4. ^ "Chew Resigns" (4 March 1959)
  5. ^ "A busy day for Lim" (7 Mac 1959)
  6. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF). 
  7. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan who01 tidak disediakan
  8. ^ "I knew it was coming says Yew Hock" (30 November 1968)
  9. ^ "Issue 42414", London Gazette, 18 Julai 1961, p.4.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "rmbsg" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "tan142" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Bahasa Cina[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
David Marshall
Ketua Menteri Singapura ke-2
Jun 1956 - Jun 1959
Diikuti oleh:
Lee Kuan Yew
(sebagai Perdana Menteri)