Pergi ke kandungan

Dawn (kapal angkasa lepas)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dawn
Konsep artis Dawn dengan Vesta (kiri) dan Ceres (kanan). Jarak Vesta ke Ceres tidak mengikut skala.
PengendaliNASA
Kontraktor utamaOrbital Sciences · JPL · UCLA
Jenis misiLintas terbang / Pengorbit
Lintas terbangMarikh (4 Februari 2009)
Satelit kepadaVesta (Julai 2011 – September 2012)[1]
Ceres (dirancang)
Tarikh Masuk OrbitVesta: 16 Julai 2011, 04:47 UTC[2]
(13 tahun, 2 bulan dan 27 hari lalu)
Ceres: Februari 2015 (dijangka)
Tarikh Berlepas27 September 2007, 11:34:00 UTC[3]
(17 tahun, 16 hari lalu)
Kenderaan PelancarDelta II| Delta II 7925H
Kawasan PelancaranSpace Launch Complex 17B,
Cape Canaveral Air Force Station
Tempoh misiSehingga Julai 2015
ID COSPAR2007-043A
Laman webdawn.jpl.nasa.gov
Jisim1,240 kg (2,730 lb) (basah)[4]
Kuasa1300 W (susunan suria) pada 3 AU[4]
Unsur orbital
KetaksepusatanHampir membulat
KecondonganKutub

Dawn ialah sebuah kapal angkasa lepas NASA robot yang bertugas menjelajah dan mengkaji Vesta dan Ceres, jasad terbesar dalam lingkaran asteroid. Dilancarkan pada 27 September 2007, kuar ini memasuki orbit Vesta pada 16 Julai 2011.[5][6] Dawn meninggalkan Vesta pada 5 September 2012 menuju Ceres, dan dijangka sampai ke sana pada Februari 2015.[7][1]

Diuruskan oleh Jet Propulsion Laboratory NASA, Dawn merupakan misi penjelajahan semata-mata NASA yang menggunakan perejangan ion. Kapal angkasa lepas ini dibina dengan kerjasama Eropah, dengan sebahagian komponen disumbang rakan di Jerman, Itali dan Belanda. Dawn merupakan kapal angkasa lepas pertama melawat Vesta, dan dijadualkan menjadi yang pertama melawat Ceres. Jika berjaya, ia juga akan menjadi kapal angkasa lepas pertama mengorbit dua jasad ruang angkasa berbeza.[8] Misi pelbagai-sasaran sebelum ini, menggunakan pacuan konvensional, seperti program Voyager, terhad kepada lintas terbang.[4]

  1. ^ a b "Dawn departs Vesta to become first asteroid hopper". New Scientist. 6 September 2012.
  2. ^ "NASA's Dawn Spacecraft Begins Science Orbits of Vesta". NASA. 2011-08-01. Dicapai pada 2011-08-06.
  3. ^ "Dawn Spacecraft Successfully Launched". NASA. 27 September 2007.
  4. ^ a b c Marc Rayman (5 April 2006). "Dawn: A mission in development for exploration of main belt asteroids Vesta and Ceres" (PDF). Acta Astronautica. 58 (11): 605–616. Bibcode:2006AcAau..58..605R. doi:10.1016/j.actaastro.2006.01.014. Dicapai pada 4 September 2011.
  5. ^ "NASA's Dawn Spacecraft Hits Snag on Trip to 2 Asteroids". Space.com. 15 Ogos 2012. Dicapai pada 7 September 2012.
  6. ^ "Dawn Gets Extra Time to Explore Vesta". NASA. 2012-04-18.
  7. ^ "DAWN — A Journey to the Beginning of the Solar System". Dawn Mission Timeline. Jet Propulsion Laboratory. Dicapai pada 2012-03-18.
  8. ^ "Dawn at Vesta Press Kit, m/s. 8". NASA. Julai 2011. Dicapai pada 6 September 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Dawn (kapal angkasa lepas) di Wikimedia Commons