Pergi ke kandungan

Dedi Mulyadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 H. Dedi Mulyadi, S.H. atau akrab disapa Kang Dedi (lahir di Sukasari, Subang, 11 April 1971; umur 53 tahun ) ialah seorang politik Indonesia. Ia ialah Ahli DPR RI tempoh 2019–2024 dari daerah pemilihan Kabupaten Purwakarta, Bekasi, dan Karawang. Sebelumnya, Dedi Mulyadi berkhidmat sebagai bupati Kabupaten Purwakarta yang dilantik pada tanggal 13 Maret 2008. Sebelum menjadi Bupati, Dedi Mulyadi berkhidmat sebagai ahli DPRD Kabupaten Purwakarta dan menjadi Timbalan Bupati Purwakarta pada tempoh 2003–2008 bersama Lily Hambali Hasan. Pada Pilkada 2008, Dedi Mulyadi terpilih menjadi Bupati Purwakarta untuk tempoh 2008-2013 berpasangan dengan Dudung Bachtiar Supardi, Pada Pilkada 2013 Dedi Mulyadi terpilih kembali menjadi Bupati Purwakarta untuk Tempoh 2013-2018 berpasangan dengan Dadan Koswara.

[1]Pada 23 April 2016, Dedi terpilih secara aklamasi sebagai Ketua DPD Parti Golkar Jawa Barat Tempoh 2016 - 2020 menggantikan Irianto MS Syafiuddin atau biasa yang dikenal dengan nama Yance. Pada pemilihan Gabenor Jawa Barat 2018, Dedi diusung sebagai Calon Timbalan Gabenor Jawa Barat oleh Parti Golkar dan Parti Demokrat, berpasangan dengan Deddy Mizwar.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

H. Dedi Mulyadi lahir di Kampung Sukadaya, Desa Sukasari, Kabupaten Subang, Provinsi Jawa Barat. Dia merupakan putera bongsu dari sembilan bersaudara. Ayahnya, Sahlin Ahmad Suryana merupakan pesara Tentera/Ketenteraan Prajurit Kader sejak usia 28 tahun akibat sakit yang diderita sebagai kesan racun mata kolonial. Ibunya, Karsiti yang tidak pernah mengenyam bangku sekolah ialah aktivis Palang Merah Indonesia. Dia sering membantu ibunya mengembala biri-biri dan berladang.[2]

H. Dedi Mulyadi menempuh masa SD sehingga SMA di bandar kelahirannya, Subang. Mula dari SD Subakti (1984), SMP Kalijati (1987), dan SMA Negeri 1 Purwadadi (1990). Selanjutnya pendidikan tingginya diselesaikan di Sekolah Tinggi Hukum Purnawarman Purwakarta dengan meraih gelar Sarjana Hukum (1999).[3]

  1. ^ "Pelantikan Bupati Purwakarta dan Wakil Bupati Purwakarta. "Kenduri Cinta Rakyat Purwakarta"". merdeka.com. 2013-03-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-03. Dicapai pada 2015-03-27.
  2. ^ "Profil Dedi Mulyadi". Merdeka.com. Merdeka.com. 2008.
  3. ^ "Profil - Dedi Mulyadi". Merdeka.com. Dicapai pada 2021-02-14.