Demam kepialu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Demam kepialu atau demam paratifoid (typhoid fever dalam bahasa Inggeris) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Demam kepialu biasa berlaku di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia.

Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang mengendalikan gerai makanan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang disyaratkan dalam lesan perniagaan makanan. Elakkan daripada membeli makanan daripada peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu dalam sesuatu kawasan.

Selepas membiak di dalam badan pesakit, antara gejala termasuklah demam panas 103° ke 104 °F (39° ke 40 °C), lemah, sakit kepala, hilang selera makan, dan sakit perut. Gejala lain pula termasuklah radang leper, dan tompok berwarna merah bunga ros. Demam kepialu mampu membawa maut. Gejala akut kebocoran usus kecil (intestinal perforation), berkhayal (delusions), dan menjadi keliru juga boleh berlaku. Antibiotik, seperti ampicillin, trimethoprim-sulfamethoxazole, dan ciprofloxacin biasa digunakan bagi merawat demam kepialu.

Seseorang itu mampu menjadi pembawa penyakit demam kepialu, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain. Pada 1907, Mary Mallon ("Typhoid Mary") menjadi pembawa Amerika Syarikat yang pertama dijejak dan dikenal pasti. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat dianggarkan 1 sehingga 20 orang yang dijangkiti demam kepialu masih membawa penyakit demam kepialu selepas sembuh.

Demam kepialu mungkin berlarutan selama tiga minggu sehingga satu bulan sekiranya tidak dirawat. Kematian berlaku antara setiap 1 dalam 9 ke 1 dalam 3 kes. Suntikan vaksin berserta pemilihan makanan yang baik merupakan cara utama mengelakkan terkenanya demam ini.

Demam kepialu telah meragut nyawa beberapa orang terkenal, termasuk Rudyard Kipling, Franz Schubert, Wilbur Wright, dan Putera Pengiring British Albert of Saxe-Coburg-Gotha.

Simtom[sunting | sunting sumber]

Pesakit yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala. Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, pesakit boleh mengalami gejala ini secara berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala. Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.

Jangkitan[sunting | sunting sumber]

Bakteria yang menyebabkan demam kepialu boleh disebarkan melalui tabiat yang kotor dan keadaan sanitasi awam yang kotor. Kadangkala bakteria ini juga disebarkan oleh serangga terbang yang hinggap pada najis. Kempen awam untuk menggalakkan orang membasuh tangan mereka selepas membuang membuang najis dan sebelum memegang makanan adalah komponen penting dalam mengawal penyebaran penyakit.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Secara umum, penemuan semula rawatan rehidrasi oral dalam tahun 1960-an memberikan cara mudah untuk mencegah kebanyakan penyakit yang menyebabkan cirit-birit. Apabila penyakit itu bukan penyakit biasa, pilihan rawatan ialah fluoroquinolone seperti ciprofloxacin. Rawatan juga boleh menggunakan ceftriaxone atau cefotaxime. Demam kepialu yang dirawat dengan betul tidak membawa maut. Antibiotik seperti ampicillin, chloramphenicol, trimethoprim-sulfamethoxazole, amoxicillin, dan ciprofloxacin, telah digunakan untuk merawat demam kepialu. Pembedahan biasanya dibuat dalam kes usus yang pecah atau bocor.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]