Tifus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Ini merupakan penyakit Tifus. Lihat Demam kepialu /Demam paratifoid untuk penyakit berlainan dengan nama Inggeris yang seiras


Tifus atau dalam bahasa Inggerisnya Typhus adalah nama yang diberikan kepada beberapa penyakit yang sama yang disebabkan oleh Rickettsiae. Ia berasal dari perkataan Yunani typhos, bererti asap atau kabus, menggambarkan keadaan fikiran pesakit tifus.

Terdapat tiga jenis Tifus:[perlu rujukan]

  1. Wabak Tifus ( epidemic typhus ), juga dikenali sebagai tifus bawaan kutu louse
  2. Tifus endemik, juga dikenali sebagai tifus bawaan kutu dan tifus Murine ( murine typhus )
  3. Tifus scrub,[perlu rujukan] juga dikenali sebagai tifus bawaan ( chigger )

Simptom yang biasa kepada semua penyakit adalah demam yang mampu mencecah 39 darjah Celsius dan sakit kepala. Di negara tropika, tifus sering disalah anggap sebagai demam denggi.

Wabak Tifus biasanya berlaku selepas perang atau bencana alam. Organisma pencetus wabak tifus adalah Rickettsia prowazekii, disebarkan oleh kutu badan manusia (Pediculus humanus corporis). Simptom termasuk pening kepala, demam, sejik, penat, dan keradangan. Bentuk tifus ini juga dikenali sebagai demam penjara atau demam kapal, kerana ia sering berlaku dalam keadaan sesak seperti di penjara dan di atas kapal.

Tipus endemik disebabkan oleh Rickettsia typhi, disebarkan oleh kutu tikus, dan, kadang-kala, Rickettsia felis, disebarkan oleh kutu kucing atau ( opossum ). Simptom termasuk pening kepala, demam, sejuk, sakit sendi, muntah, dan batuk.

Tifus scrub disebabkan oleh Orientia tsutsugamushi dan disebarkan oleh chigger, yang boleh di dapati di kawasan semak tebal. Simptom termasok sakit kepala, demam, otot sakit, dan simptom penghadaman ( gastrointestinal ).

Diagnosa definitif boleh diperolehi melalui ujian serologi. Rawatan biasanya menggunakan tetracycline atau antibiotik seumpamanya.

Terdapat juga beberapa penyakit lain disebabkan oleh Rickettsiae, termasuk demam berbintik gunung Rocky ( Rocky Mountain spotted fever ) (juga dikenali sebagai "Tifus kutu)"), Rickettsialpox dan Demam boutonneuse ( Boutonneuse fever ).

Demam kepialu / (paratifoid) ( Typhoid Fever ) adalah penyakit yang berlainan dan disebabkan oleh pelbagai jenis ( strains ) Salmonella, dan tidak sepatutnya dikelirukan dengan tifus walaupun mempunyai nama Inggeris seiras.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nature 396, 109 - 110 (12 November 1998) by Michael W. Gray