Desa KEDA Hujung Keton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Desa KEDA Hujung Keton[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dewan Aktiviti Masyarakat Desa KEDA Hujung Keton

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Hujung Keton merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah  Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada Tahun 2003. Penempatan Fasa 1 mula diduduki pada tahun 2004 dengan bilangan rumah sebanyak 50 buah rumah dan memberi manfaat kepada 250 orang penduduk di Daerah Pendang. Fasa 2 diduduki pada Tahun 2021 dan dikenali dengan nama Taman Desa Tawakkal Hujung Keton dengan bilangan rumah sebanyak 57 buah dan memberi manfaat kepada 285 orang penduduk.

Sejarah Kampung[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA Hujung Keton terletak di dalam Mukim Padang Kerbau, Daerah Pendang. Desa KEDA ini terletak kira-kira 33km dari Pekan Pendang. Kampung asal iaitu Hujung Keton adalah nama sebuah penempatan/kampung yang baru dibuka di sebuah tempat di mana terdapat satu kawasan air yang turun dari bukit seperti air terjun yang menghasilkan sebuah kubang (kolam) yang besar. Dalam Bahasa Thai dinamakan “Ton” yang bermaksud air jatuh (air terjun). Kampung ini dinamakan Hujung Keton bersempena air terjun yang terdapat di hujung kampung ini yang digelar “Plai Ton”. Nama tersebut diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan menamakan perkampungan ini sebagai “Kampung Hujung Keton”. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mewujudkan penempatan ini dan nama Desa KEDA diambil dari nama asal kampung tersebut.

Info Desa[sunting | sunting sumber]

Nama Desa Desa KEDA Hujung Keton
Mukim Padang Kerbau
DUN Sungai Tiang
Parlimen Pendang
Daerah Pendang
Negeri Kedah

Geografi[sunting | sunting sumber]

Map

Desa KEDA Hujung Keton terletak di dalam Mukim Padang Kerbau. Desa KEDA Hujung Keton ini terletak di kawasan tanah berbukit. Keluasan kawasan ini ialah 18.3 ekar meliputi kawasan perumahan, surau, padang bola dan dewan. Kawasan ini dikelilingi dengan tanaman getah dan hutan.



Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Paya Lipai. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu melaksanakan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 17 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 12 Biro  yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Hujung Keton[sunting | sunting sumber]

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Hujung Keton bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut:

Jawatan Penyandang
Pengerusi Ruslan bin Hassan  
Timbalan Pengerusi Rusli bin Basron
Setiausaha Faridah binti Awang Kechik
Bendahari Noh bin Hamid
Biro Pembangunan Prasarana Mohd Kifli bin Jaafar
Biro Ekonomi & Keusahawanan Karim bin Othman
Biro Kesejahteraan & Keceriaan Mohd Sharil bin Abd Wahab
Biro Belia, Sukan dan NGO Mohd Shukri bin Ramli
Biro Keselamatan & Kesihatan Md Isa bin Omar
Biro Pendidikan & Inovasi Norsyam bin Abdullah
Biro Kebajikan & Kesukarelawan Mohd Khirul Aswad bin Mat Noor
Biro Infrastruktur & Komunikasi Abd Ghani bin Itam
Biro Hal Ehwal Wanita & Keluarga Solehah binti Bahari
Biro Perpaduan Azizan bin Che Mid
Biro Agama Ahmad bin Mat Akhir
Biro Kesenian & Kebudayaan Halim bin Ismail

Maklumat Penduduk[sunting | sunting sumber]

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 535
Jumlah Keluarga 107
Bilangan Penduduk Lelaki 260
Bilangan Penduduk Perempuan 275

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Hujung Keton adalah seperti berikut:

Kelulusan Bilangan (Orang)
Diploma 7
Ijazah 6
Jumlah 13

Pendapatan Kasar Isi Rumah[sunting | sunting sumber]

Penduduk Desa KEDA Hujung Keton dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 18
RM531.00 - RM790.00 31
RM791.00 – RM1,319.00 57
>RM1,319.00 13

Kegunaan Tanah[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Hujung Keton ialah sebanyak 18.3ek yang merangkumi kawasan surau/dewan 0.89ek, tapak kediaman 13.3ek, padang bola 0.59ek dan tanah untuk kemajuan masa hadapan 3.52ek.

Hak Milik Penduduk[sunting | sunting sumber]

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut:

Jenis Kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 51
Motosikal 129
Van 2

Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada sepanjang 2 km. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 107 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid  sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada tetapi tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan kurang baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Hujung Keton dilengkapi dewan orang ramai/surau 1 buah, padang bola 1 buah dan tangki air 1 buah.

Golongan Khas[sunting | sunting sumber]

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
OKU Umur 18 tahun dan ke atas 3 (L)
Bapa Tunggal 3
Ibu Tunggal 6
Anak Yatim 6