Desa KEDA Sungai Semiar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Desa KEDA Sungai Semiar[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dewan Aktiviti Masyarakat Desa KEDA Sungai Semiar

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Sungai Semiar merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada Tahun 1997. Pada Tahun 1998, penempatan ini mula diduduki oleh Fasa Pertama dan Fasa Kedua pula pada Tahun 2002 dengan bilangan rumah sebanyak 95 buah rumah dan memberi manfaat kepada 475 orang penduduk di Daerah Sik.

Sejarah Kampung[sunting | sunting sumber]

Nama Kampung Sungai Semiar berasal dari pohon-pohon pokok yang banyak tumbuh di tepi-tepi sungai di kawasan tersebut. Kampung ini dibuka oleh Tuan Haji Fathil Abdul Rahman bin Ahmad (Imam) Sungai Semiar pada tahun 1946. Pokok Semiar juga merupakan pokok herba yang digunakan dalam proses perubatan pada zaman dahulu. Desa KEDA Sungai Semiar mengambil nama sebenar Kampung Sungai Semiar.

Info Desa[sunting | sunting sumber]

Nama Desa Desa KEDA Sungai Semiar
Mukim Jeneri
DUN Jeneri
Parlimen Sik
Daerah Sik
Negeri Kedah Darul Aman
Map

Geografi[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA Sungai Semiar terletak di kawasan tanah pamah berbukit yang dikelilingi dengan pokok getah dan kelapa sawit. Sebelum ini, terdapat kawasan pertanian yang diusahakan dengan tanaman sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, kawasan tersebut telah didirikan dengan masjid untuk kegunaan penduduk sekitar.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Projek (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 4, Sik yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Sungai Semiar. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu melaksanakan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro dan 2 orang pemeriksa kira-kira yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Sungai Semiar[sunting | sunting sumber]

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Sungai Semiar bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Ismail bin Osman
Timbalan Pengerusi Khamis bin Hussain
Setiausaha Nor Yana binti Iberahim
Biro Kewangan/Bendahari Abd Rahman bin Lateh
Biro Pembangunan Nazri bin Adnan
Biro Keselamatan Asri bin Hassan
Biro Ekonomi Rahani binti Omar
Biro Sosial dan Kebudayaan Norazein binti Hj Saad
Biro Pendidikan dan Inovasi Tiada
Biro Agama dan Sivik Mohd Sobri bin Shafie
Biro Kebajikan Shahana binti Hashim
Biro Belia, Sukan & Rekreasi Mizaz bin Dahlan
Biro Teknologi Maklumat Tiada
Biro Hal Ehwal Wanita Maznah binti Hassan
Biro Kesihatan, Alam Sekitar dan Keceriaan Mohd Nizar bin Abd Khalid
Pemeriksa Kira-Kira 1 Azhar bin Hashim
Pemeriksa Kira-Kira 2 Norzi bin Ahmad

Maklumat Penduduk[sunting | sunting sumber]

Perkara Bilangan (orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 396
Jumlah Keluarga 85
Bilangan Penduduk Lelaki 198
Bilangan Penduduk Perempuan 198

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Sungai Semiar adalah seperti berikut :

Kelulusan Bilangan (orang)
Sijil Kemahiran Bertauliah 2
Diploma 8
Ijazah 8
Jumlah 18

Pendapatan Kasar Isi Rumah[sunting | sunting sumber]

Penduduk Desa KEDA Sungai Semiar dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (orang)
<RM530.00 Tiada
RM531.00 - RM790.00 20
RM791.00 – RM1,319.00 131
>RM1,319.00 15

Kegunaan Tanah[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Sungai Semiar ialah sebanyak 8.9ha yang merangkumi kawasan surau/dewan 0.5ha, tapak kediaman 5ha, pertanian 2.5ha dan kawasan lapang untuk pembangunan masa hadapan seluas 1ha.

Hak Milik Penduduk[sunting | sunting sumber]

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut :

Jenis Kenderaan Bilangan (unit)
Kereta 82
Motosikal 154
Lori 1
Van 1

Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sediaada 2km, jalan tidak berturap 0.5km dan lampu jalan 8 unit.. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 95 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid  sediaada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada tetapi tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Sungai Semiar dilengkapi surau/dewan 1 buah, Pusat Komuniti Desa 1 buah, padang bola 1 buah, gelanggang permainan 1 buah dan tadika 1 buah.  

Golongan Khas[sunting | sunting sumber]

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Sungai Semiar adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (orang)
OKU Umur 7-17 tahun 1 (L) 2 (W)
Bapa Tunggal 2
Ibu Tunggal 13
Anak Yatim 1 (L)