Sik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sik
Kedah Darul Aman

سيك، قدح در ال-امان
Mohor bagi Sik Kedah Darul Aman
Mohor
Negara Malaysia Malaysia
Negeri Kedah Kedah
Diasaskan 1 Ogos 1975
Kerajaan
 - Yang di-Pertua MD Sik
Kepadatan (sehingga 2013)
 - Jumlah 71,261 [1]
Zon masa MST (UTC+8)
Laman web: http://www.mdsik.gov.my
Daerah di Kedah

Flag of Kedah.svg


Daerah
Kedah Darul Aman
Daerah Sik
Pejabat daerah Sik
Pegawai daerah
Kawasan
 - Jumlah 1,634.6 km²
Populasi
 - Anggaran 2010 63,865
 - Kepadatan 39.1/km²

Sik merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Keluasan daerah Sik ialah 1635 km persegi, iaitu 17.35% daripada keluasan Negeri Kedah. Daerah ini ialah daerah yang paling luas dalam negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, negara Thailand di sebelah utara, daerah Baling di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat. Kini, daerah Sik ditadbir oleh Majlis Daerah Sik.

Asal usul nama[sunting | sunting sumber]

Sejarah ringkas berkenaan asal usul nama Sik ini boleh didapati dalam dua versi. Versi pertama yang juga menjadi versi rasmi yang diketahui ramai adalah nama Sik diperolehi daripada perkataan "Syeikh" iaitu gelaran yang diberikan kepada sekumpulan pendakwah Islam dari Arab (Hadramaut) yang menyusuri Sungai Chepir (salah satu rangkaian sungai utama di daerah Sik) dan singgah di Kg Lubok Tok Keramat untuk menjalankan kegiatan dakwah dalam kalangan masyarakat Melayu Sik sekitar abad ke-17. Masyarakat Melayu Sik asalnya merupakan masyarakat Melayu Pattani yang datang membuka tanah di kawasan barat dalam wilayah penguasaan Kesultanan Kedah. Perkataan "Syeikh" yang digelarkan kepada para pendakwah Arab tersebut lama kelamaan berubah menjadi Sek atau Saik mengikut loghat lidah Pattani yang akhirnya diterima sebagai nama kepada daerah ini.

Versi kedua berkenaan asal usul nama Sik pula bermula lebih awal daripada versi pertama tetapi kurang diketahui umum kerana hanya disampaikan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain tanpa sebarang bukti catatan yang jelas. Kini versi ini hanya boleh didapati sekadar daripada hasil penceritaan orang tua-tua tempatan sahaja. Dikatakan pada suatu ketika dahulu, setelah Raja Bersiong (Raja Phra Ong Maha Perita Deria) yang bersemayam di Kota Aur digulingkan oleh Menteri Berempat hasil kerjasama permaisuri baginda sendiri, baginda terpaksa melarikan diri menggunakan pintu kecil menghala ke Timur (Pattani) untuk menyelamatkan diri. Kota Aur yang menjadi pusat pemerintahan dan persemayaman baginda pada ketika itu menurut kepercayaan generasi tua Sik bukanlah di Lembah Bujang atau Lembangan Sungai Muda di Daerah Kuala Muda mengikut versi rasmi tetapi Kota Aur yang dimaksudkan adalah di dalam Sik sendiri iaitu terletak berhampiran Kg Telaga Batu, lebih kurang 10km dari Pekan Sik berhampiran Empangan Beris pada hari ini. Suatu kebetulan di Kota Aur Sik sememangnya terdapat satu sungai yang dahulunya sangat dalam dan mampu dilalui oleh kapal tetapi setelah zaman berganti zaman, sungai tersebut kini telah menjadi cetek dan berkeladak. Sepertimana yang dicatatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, istana Raja Bersiong terletak berhampiran sungai besar dan berombak tetapi jauh daripada kawasan pantai dan laut. Namun begitu, sehingga kini masih belum terdapat sebarang kajian berkenaan dakwaan tersebut dan sejarah lisan golongan tua Sik tersebut masih belum dapat dibuktikan atau disangkal kesahihannya.

Berbalik kepada kaitan antara Raja Bersiong dan asal usul nama Sik, dikatakan bahawa ketika melarikan diri daripada hambatan angkatan pemberontak yang diketuai oleh Menteri Berempat, siong yang tumbuh di mulut Raja Bersiong mulai sakit sehingga berbunyi gemersik (bunyi ngilu adalah perasaan seriau yang dirasai apabila kita menggigit sudu besi😂). Hasil daripada perkataan "gemersik/gemersek" inilah akhirnya menjadi kepada punca nama daerah Sik. Ketika baginda sampai di suatu daerah lain pula kedua-dua siong beliau akhirnya berjaya dipatahkan lalu "dibaling" sejauh mungkin oleh baginda sehingga munculnya nama Baling pada daerah tersebut. Tempat di mana "siong" itu jatuh akhirnya dinamakan sebagai Kg Siong sempena memperingati peristiwa tersebut.

Mukim dan kampung[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa mukim di daerah Sik iaitu:[2]

  1. Mukim Teloi
  2. Mukim Jeneri
  3. Mukim Sik
  4. Mukim Sok
  5. Bandar Sik
  6. Pekan Batu Lima Sik
  7. Pekan Gulau
  8. Pekan Gajah Puteh
  9. Pekan Charok Padang


Daripada empat buah mukim ini terdapat lebih kurang seratus dua puluh lebih kampung yang boleh disenaraikan seperti berikut mengikut pecahan mukim.

Mukim Sik[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Sungai Batang
  2. Kampung Kuala Sungai Batang
  3. Kampung Ternas
  4. Kampung Telaga Batu
  5. Kampung Chong
  6. Kampung Paya Terendam
  7. Kampung Durian Burung
  8. Kampung Sik Dalam
  9. Kampung Tua
  10. Kampung Banggol
  11. Kampung Charok Kit
  12. Kampung Charok Kudong
  13. Kampung Taman Sri Enggang
  14. Kampung Dusun
  15. Kampung Kuala
  16. Kampung Tanjong
  17. Pekan Sik
  18. Kampung Sena
  19. Kampung Simpang Hospital
  20. Kampung Batu Lapan
  21. Kampung Titi Semang
  22. Kampung Kemelong
  23. Kampung Banggol Derdap
  24. Kampung Banggol Kiat
  25. Kampung Sadu
  26. Kampung Namek Tua
  27. Kampung Namek
  28. Kampung Tandop
  29. Kampung Lubuk Bedil
  30. Kampung Tanjung Belit
  31. Kampung Charok Damar/Gua
  32. Kampung Tanjung Setar
  33. Kampung Charok Puyoh
  34. Kampung Lubok Tualang
  35. Kampung Belimbing
  36. Kampung Bendang Tebal
  37. Kampung Jering
  38. Kampung Radek
  39. Kampung Charok Sireh
  40. Kampung Jelutong
  41. Kampung Bendang Man
  42. Kampung Charok Padang Dalam
  43. Kampung Charok Padang (Luar)
  44. Kampung Charok Kemuning
  45. Kampung Charok Tok Pong
  46. Kampung Balong Ayam

Mukim Jeneri[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Bukit Hangus
  2. Kampung Kura
  3. Kampung Dusun Pengapit
  4. Kampung Gajah Puteh
  5. Kampung Padang Besar
  6. Kampung Padang Chichar
  7. Rtp Padang Besar
  8. Kampung Kuala Temin
  9. Kampung Sri Aman
  10. Kampung Kubang Lintah
  11. Kampung Banggol
  12. Kampung Sungai Setar
  13. Kampung Betong Dalam
  14. Kampung Kenangan
  15. Kampung Padang Pulut
  16. Kampung Parit
  17. Kampung Pasir Puteh
  18. Kampung Kuala Hai
  19. Kampung Pokok Jerai
  20. Kampung Kota Bukit
  21. Kampung Kuala Ruman
  22. Kampung Kuala Jeneri
  23. Kampung Langgok
  24. Kampung Tanjung
  25. Kampung Mambong
  26. Kampung Masjid Jeneri
  27. Kampung Tala
  28. Kampung Tengah
  29. Kampung Kalai
  30. Kampung Tok Aris
  31. Kampung Sungai Semiar
  32. Kampung Carok Tala
  33. Kampung Desa Jaya
  34. Kampung Beruna Kanan
  35. Kampung Beruna Kiri
  36. Kampung Beruna Kiri Dalam
  37. Kampung Changhai
  38. Kampung Kuala Beris
  39. Kampung Sungai Senang
  40. Kampung Kura Melayu
  41. Kampung Relong (Tambahan)

Mukim Teloi[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Hujung Bandar
  2. Kampung Charok Tok Uban
  3. Kampung Bandar Hilir
  4. Kampung Tanjung Besar/Charok Pelandok
  5. Kampung Batu Lima
  6. Kampung Lubuk Pagar
  7. Kampung Merbau Kudung
  8. Kampung Teloi Tua
  9. Kampung Selamat/Joget
  10. Kampung Tupai
  11. Kampung Kerawai
  12. Kampung Sri Belukar
  13. Kampung Tanah Liat/Charok Lintah
  14. Kampung Charok Pasir
  15. Kampung Batu Besar
  16. Kampung Baru Sri Dacing
  17. Kampung Batu 2 Sungai Pau
  18. Kampung Charok Tualang
  19. Kampung Begia
  20. Kampung Simpang Tiga Begia
  21. Kampung Kuala Begia
  22. Kampung Baru Padang Ragut
  23. Kampung Lahar
  24. Kampung Chemara
  25. Kampung Kilang Ubi (Tambahan)
  26. kampung Charuk Kelian

Mukim Sok[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Batu Seketul
  2. Kampung Batu Seketul Dalam
  3. Kampung Carok Tenang
  4. Kampung Gulau
  5. Kampung Landai Dan Melaka
  6. Kampung Charuk Senduk
  7. Kampung Surau
  8. Kampung Belantik Luar
  9. Kampung Belantik Dalam
  10. Kampung Bukit Berangan
  11. Kampung Kota Aur
  12. Kampung Carok Pisang/Sedau
  13. Kampung Jurong
  14. Kampung Danglau

Alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan faunanya. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah".

Berikut adalah antara Hutan Lipur dan Rekreasi serta kawasan pelancongan popular yang terdapat di daerah ini:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 5°49′8″N 100°44′34″E / 5.81889°N 100.74278°E / 5.81889; 100.74278 -Artikel penulisan Mohamad Hafez Mohamad Ripin -Portal Rasmi Majlis Daerah Sik. -Portal Rasmi Majlis Daerah Baling. -Sejarah Kedah, Buyong Adil. -Hikayat Merong Mahawangsa. -Peta Daerah Sik Tahun 1970 -Temubual bersama Che Hassan bin Che Ismail@ Yaakob Tok Sa'ari.