Desa KEDA Wang Tok Rendong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan Aktiviti Masyarakat KEDA Wang Tok Rendong

Desa KEDA Wang Tok Rendong merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Kampung Tradisional oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1985. Pada tahun 1987, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 170 buah rumah dan memberi manfaat kepada 850 orang penduduk di Daerah Langkawi.

Sejarah Kampung[sunting | sunting sumber]

Pada suatu masa dahulu, seorang peneroka telah mendiami kawasan ini. Beliau merupakan individu terawal yang menduduki kawasan lembah tersebut. Beliau dikenali sebagai ‘Tok Rendong’ dan nama ‘Wang’ diambil bersempena lembah tersebut yang di kelilingi oleh bukit. Kebanyakan penduduk kampung yang mendiami di sekitar kampung tersebut mula masuk untuk meneroka kawasan ini untuk dijadikan sebagai kawasan penempatan dan pertanian. Kemudian pada tahun 1983, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mengenalpasti kawasan ini untuk dijadikan sebagai perkampungan tersusun.

Info Desa[sunting | sunting sumber]

Nama Desa Desa KEDA Wang Tok Rendong
Mukim Kuah
DUN Ayer Hangat
Parlimen Langkawi
Daerah Langkawi
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi[sunting | sunting sumber]

Map

Desa KEDA Wang Tok Rendong terletak di kawasan lembah yang dikelilingi dengan bukit. Terdapat juga kedudukan tanah yang landai menyebabkan kawasan seluas 21.16ha ini telah diusahakan dengan tanaman kontan seperti jagung, bendi dan pisang.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Wang Tok Rendong. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Wang Tok Rendong[sunting | sunting sumber]

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Wang Tok Rendong bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Puan Noridawati binti Md. Isa
Timbalan Pengerusi En. Mohtar Shabudin bin Ismail
Setiausaha Puan Nur Izatun binti Ibrahim
Biro Kewangan/Bendahari Puan Hayati binti Nayan
Biro Pembangunan Prasarana En. Mansor bin Omar
Biro Keselamatan dan Kesihatan En. Mohd Azri Hafiz bin Aslan
Biro Ekonomi dan Keusahawanan En. Mohtar Shabudin bin Ismail
Biro Kesejahteraan dan Keceriaan En. Shabudin bin Bakar
Biro Belia, Sukan dan NGO En. Azni bin Arshad
Biro Pengurusan Kewangan Puan Hayati binti Nayan
Biro Pendidikan dan Inovasi Puan Rasyidah binti Nayan
Biro Agama dan Kerohanian En. Mohd Alias bin Hassan
Biro Kebajikan dan Kesukarelawan En. Mohd Zuki bin Morat
Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi En. Muhamad Amin bin Salleh
Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Puan Siti Rogayah binti Che Daud

Maklumat Penduduk[sunting | sunting sumber]

Perkara Bilangan (orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 1,353
Jumlah Keluarga 170
Bilangan Penduduk Lelaki 742
Bilangan Penduduk Perempuan 611

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Wang Tok Rendong adalah seperti berikut :

Kelulusan Bilangan (orang)
Diploma 7
Ijazah 6

Pendapatan Kasar Isi Rumah[sunting | sunting sumber]

Penduduk Desa KEDA Wang Tok Rendong dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (orang)
<RM530.00 24
RM531.00 - RM790.00 300
RM791.00 - RM1,319.00 290
>RM1,319.00 111

Kegunaan Tanah[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Wang Tok Rendong ialah sebanyak 54.2ha yang merangkumi kawasan dewan 0.42ek, masjid seluas 1.81ek, tapak kediaman 3.56ha, lot bangunan IKS KEDA 3.96ha, kawasan pertanian seluas 21.16ha dan lot kosong seluas 5.66ha dan kawasan ternakan rusa seluas 0.5ha.

Hak Milik Penduduk[sunting | sunting sumber]

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut :

Jenis Kenderaan Bilangan (unit)
Kereta 98
Motosikal 129
Lori 1
Van 5
Lain - lain 82

Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 5km, lampu jalan 200 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 170 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Wang Tok Rendong dilengkapi masjid 1 buah, dewan orang ramai 2 buah,  lot permainan kanak-kanak 1 buah dan tapak perkuburan 1 buah.

Golongan Khas[sunting | sunting sumber]

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Wang Tok Rendong adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (orang)
OKU 9 (L) 3 (P)
Bapa Tunggal 5
Ibu Tunggal 24
Anak Yatim Tiada