Dewan Sri Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan Sri Pinang

Dewan Sri Pinang terletak berhampiran pantai Padang Kota, Pulau Pinang, Malaysia. Dewan serba guna ini boleh memuatkan kira-kira 2000 orang. Pelbagai acara diadakan terutama konsert. Ia berhampiran dengan Muzium Pulau Pinang dan Perpustakaan Pulau Pinang.

Tahun 1976, penyanyi Malaysia seperti Hail Amir, Uji Rashid dan D J Dave pernah mengadakan pertunjukan di dewan ini.