Uji Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai Uji Rashid. Untuk album studio eponim beliau, sila lihat Uji Rashid (album).
Uji Rashid
Album Mengapa Berjauhan Uji Rashid.jpg
Kulit album "Mengapa Berjauhan"
KelahiranFuziah binti Haroun Al Rashid
(1959-09-01) 1 September 1959 (umur 59)
Kediaman54 Jalan 2, Ampang Jaya, Selangor
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1973–kini
PasanganJamaluddin Jalil Harahap (berkahwin 2 Januari 1978)
AnakEezaq Farouq Harahap Jamaluddin (Cico Harahap)
Yazmeen Amir Al-Rashid

Uji Rashid (dilahirkan sebagai Fuziah binti Haroun Al Rashid) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita dari Malaysia yang terkenal. Beliau pernah menyanyi berpasangan dengan pasangan duet pertamanya di pentas iaitu Sudirman Haji Arshad, Latif Ibrahim, D J Dave dan Hail Amir. Insan seni yang bermata galak ini dikurniakan dengan suara semulajadi yang manja serta sinonim dengan gelaran "penyanyi bersuara manja" oleh peminat seni tanahair; terutamanya generasi 70an, 80an dan 90an. Bahkan suara manja ini juga menjadi signature beliau yang tersendiri dalam lakonan filem, drama tv dan pentas yang dijayakannya. Sehinggakan pada lewat 90an sendiri, Uji Rashid telah meminjamkan suara beliau untuk sebuah siri popular kanak-kanak antarabangsa yang dialihsuarakan ke Bahasa Malaysia.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula pada zaman persekolahannya iaitu pada awal 60-an. Ketika itu beliau sedang menuntut di sebuah sekolah di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam di mana beliau melibatkan diri dalam tarian ballet. Apabila beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau aktif pula dalam sukan, seni lukis, debat dan seni tari. Akhirnya, atas desakan rakan-rakan sekolahnya, beliau pun menyertai aktiviti tarian untuk pementasan akhir tahun sekolahnya. Biarpun sekadar suka-suka, beliau seterusnya tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan tarian dan pada masa yang sama mula berjinak-jinak dengan teater.

Boleh dikatakan apa jua cabang seni yang disertainya, sama ada tarian atau lakonan telah membuatkannya berazam untuk mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian yang berlangsung di Panggung Anniversary Kuala Lumpur dan beliau berjaya meraih tempat ketiga. Bersama rakannya, Fauziah Nawi, mereka memberanikan diri menyertai Pertandingan Bintang RTM tetapi tidak mencapai sebarang kejayaan.

Biarpun tidak berjaya, bakatnya dikesan oleh Datuk Ahmad Nawab dan berikutan dengan galakan yang diterima daripada penggubah lagu terbabit, beliau telah merakamkan empat lagu di sebuah studio di Singapura tetapi lagu-lagu berkenaan tidak diterbitkan.

Kerjaya Seni[sunting | sunting sumber]

Nasibnya berubah selepas itu sebaik sahaja bertemu dengan Jamil Sulong yang secara kebetulan mengajaknya untuk membintangi filem terbaru yang berjudul "Permintaan Terakhir" (1975) bersama Nozie Nani, Datuk Sani Abdullah dan Yusof Haslam. Tuahnya kemudian cukup menyerlah di layar perak. Apabila filem pertamanya itu mendapat sambutan hangat di pawagam dan namanya semakin menjadi sebutan, barulah lagu-lagunya yang pernah dirakamkan dulu diedarkan sekali gus meledakkan lagi popularitinya sebagai bintang baru.

Sama ada lakonan mahu pun nyanyian, kedua-dua bidang ini cukup sinonim dengannya. Dia dianggap sebagai bintang idola yang menjadi ikutan ramai, khususnya pada era 70an. Sebut apa saja, daripada fesyen pakaian, rambut, solekan mata hingga ke personalitinya yang begitu manja menjadi bualan hangat masyarakat pada ketika itu. Paling menarik dan unik, sampaikan ada sejenis ikan pun turut diberi gelaran Ikan Uji Rashid dek sepasang matanya yang besar dan bulat. Hingga saat ini, tidak ada seorang pun artis tersohor negara diberi gelaran sebegitu. Juga sempena popularitinya, tidak ketinggalan orang Melaka menggelar duit syiling 50 sen sebagai duit Uji Rashid. Seorang pengusaha kain batik pula mengambil kesempatan untuk mencipta Kain Uji Rashid; sejenis corak kain batik. Rasanya, Uji Rashid sendiri tidak pernah meraih apa-apa keuntungan daripada ini semua melainkan berasa cukup terharu. Kalaulah Uji Rashid berada di kemuncak popularitinya pada era milenial ini (dengan kegilaan masyarakat pada kecanggihan media sosial); bayangkan saja liputan berita mengenai beliau, peluang nyanyian dan lakonan yang bakal diterimanya serta barisan anugerah yang mungkin menjadi miliknya; sama ada berlandaskan bakat berkualiti atau impak populariti.[1]

Filem-filem lakonannya cukup meninggalkan kesan seperti Permintaan Terakhir, Jiwa Remaja, Menanti Hari Esok, Dendang Perantau, Langit Tidak Selalu Cerah, Yassin, Mistik, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Misteri Balan-Balan dan beberapa buah lagi. Uji juga merakamkan puluhan lebih piring hitam (EP), cartridge dan album termasuk album duetnya dengan Hail Amir dan bersama artis-artis lain secara beramai-ramai.

Semasa EMI mula serius dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1975, Uji Rashid merupakan salah satu artis yang pertama merakamkan album penuh. Empat album terawal Uji Rashid telah berjaya terjual melebihi 30,000 unit lantas menjadikan Uji Rashid sebagai salah seorang artis yang paling laris pada waktu itu.

Antara album yang dihasilkan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu ialah Semakin Hari Semakin Sayang, Antara Matamu Dan Mataku, Ku Kekosongan, Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu, Hujan, Mengapa Derita Yang Dicari, Ku Kejar Bayanganmu, Merpati, Bisikan Hati, Melayu Klasik dan Bukan Terpaksa.

Selepas menikmati kejayaan yang boleh dibanggakan melalui album Bisikan Hati 1988 sehingga lebih 3 lagu berentak kontemporari daripada album tersebut telah mencuri hati peminat; Peristiwa Semalam, Rinduku Semakin Mendalam, Sekadar Mengingati serta beberapa lagi, Uji terus berbakti pada dunia lakonan yang juga sudah sebati dalam dirinya. Sehinggakan pada sekitar Mei-Jun 1991, tatkala Penghibur No. 1 Asia, rakan seperjuangan beliau- Allahyarham Sudirman Haji Arshad sibuk mencari Uji Rashid untuk dipelawa merakamkan lagu-lagu baru, Uji tidak ditemui oleh Sudir. Sudirman bercadang menerbitkan album baru Uji Rashid di bawah label Sudir Records/ Production kerana berpendapat bahawa Uji memiliki suara yang manja dan lemak merdu; tiada penyanyi yang mampu meniru suara unik Uji. Sudir mengatakan adalah rugi jika Uji tidak terus menyanyi dan merakamkan album. Apakan daya, takdir menentukan yang Uji berada di luar Kuala Lumpur untuk jangkamasa yang agak panjang pada waktu itu kerana komitmen drama swasta yang dilakonkannya. Akhirnya, hasrat Sudirman tidak kesampaian kerana tidak berapa lama kemudian Allahyarham telah terlantar sakit selama lebih 7 bulan.[2][3].Bagaimanapun, 4 tahun selepas itu Uji Rashid telah merakamkan album duet kembali pada 1995- berjudul Melayu Klasik bersama Hail Amir. Album ini mencatat kejayaannya yang tersendiri sehingga tercalon ke peringkat akhir Anugerah Industri Muzik ke 3 dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Berkumpulan) dan juga Album Pop Tradisional Terbaik.

Penyanyi bukan Melayu terkenal tanahair- Francesca Peter juga pernah mengundang Uji Rashid merakamkan sebuah lagu dengannya sebagai tribute beliau buat Biduanita lagenda ini (Fran sendiri juga merupakan seorang peminat setia). Lagu tersebut karya Julfekar merupakan satu kolaborasi yang padu dan menyentuh jiwa (biarpun tidak ramai yang tahu) berjudul "Suatu Saat Dulu"; dimuatkan dalam album Fran- Masih Merindu (2005). Suara yang dilontarkan Uji Rashid selain kekal manja dan mersik, jelas begitu mendayu dan sayu dalam lagu tersebut. [4]

Ramai yang masih ingat bahawa Uji Rashid juga pernah terlibat dalam siri alihsuara kegemaran ramai Ultraman pada era 90an. Watak beliau adalah sebagai heroin/rakan setugas hero siri tersebut pada satu siri yang awal dan kemudiannya sebagai "Kapten Megumi Iruma" pasukan penyelamat bumi pada siri berikutnya Ultraman Tiga- membuktikan bahawa anugerah suara yang manja itu telah membawa beliau jauh untuk berkarya dalam bidang seni yang dicintainya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album EP[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album duet[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Kenangan Manis - Siri Mat Jimat EMI (1993) [Dirilis semula pada tahun 2014 bersama siri "24-bit Remastering"]
  • Asmara Bergelora (bersama Hail Amir) - Siri Mat Jimat EMI (1994) [Dirilis semula pada tahun 2014 bersama siri "24-bit Remastering"]
  • Kenangan Mengusik Jiwa - Selekta Emas WEA (1994)
  • 1975-1977 Vol. 1 & 2 - Siri Perdana EMI (1997)
  • Cerita Asmaraku (Bersama Hail Amir) Vol. 1 & 2 - Siri Perdana EMI (1997)
  • Memori Hit 2 - Warner Music (2009)
  • Siri Biografi - Warner Music-EMI (2011) [Mengandungi sebahagian lagu Uji Rashid dari 4 pihak syarikat rakaman iaitu EMI, WEA, CBS, dan Soundwaves]
  • Siri Lagenda Hit (2013)
  • Siri Bintang Pujaan (2014)
  • Koleksi Lagu-Lagu Terbaik - Warner Music (2015)

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

(dinyatakan beserta pelakon gandingan)

Teater[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Karya Keputusan
1980 Pelakon Wanita Terbaik Dendang Perantau Dicalonkan
1981 Langit Tidak Selalu Cerah Dicalonkan
1989 Yassin Dicalonkan

Anugerah Seri Angkasa[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Karya Keputusan
1984 Pelakon Terbaik (Wanita) "Kali Pertama Cintaku Bersemi" Dicalonkan
1986 "Jauh Pandangan" Dicalonkan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2004 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 Anugerah Biduanita Veteran (kini dikenali Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat) Menang

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1995 Anugerah Industri Muzik ke-3 (i) Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album- Berkumpulan (bersama Hail Amir)

(ii) Album Pop Tradisional Terbaik; kedua-duanya melalui Album Melayu Klasik

Dicalonkan

Anugerah MACP[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2007 Anugerah MACP 2007 Lagu Paling Popular 70an- Semakin Hari Semakin Sayang Menang

Anugerah Khas[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 ASEAN Outstanding Business Award Lifetime Achievement Award Menang

Lain-lain Anugerah (Acara/ Program Hiburan)[sunting | sunting sumber]

Tahun Program Kategori Keputusan
2011 Tiada Lama Tiada Baru..Satu-satunya Ikon Paling Popular Menang (melalui undian SMS). Calon-calon lain antaranya Aishah, Dato' Jamal Abdillah, Mas Idayu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sahidan Jaafar (11 Oktober 2015) [1] Utusan Online
  2. ^ BAM (9 November 2011) [2] Tribute to Allahyarham Sudirman
  3. ^ Uji Rashid (Facebook) (22 Februari 2012) [3] Tribute to Allahyarham Sudirman
  4. ^ youtube [4] "Suatu Saat Dulu" oleh Uji&Fran