Dewi Pertiwi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
{{{Nama}}}
Prithu chasing Prithvi, who is in the form of a Cow
Prithu chasing Prithvi, who is in the form of a Cow
Dewanagari:पृथ्वी
Mantra:Om Bhumhaya Namah
Planet:Earth

Dewi Pertiwi, juga dikenali sebagai Prithvi atau Prithvi Mata (Sanskrit: पृथ्वी, pṛthvī, juga पृथिवी, pṛthivī) "yang Luas" ialah nama Sanskrit bagi bumi juga nama bagi seorang dewi dalam anutan Hindu dan beberapa aliran Buddha. Pertiwi juga dikenali sebagai Bhūmi. Dia ialah pasangan bagi Vishnu danDyaus Pita.

Sebagai Pṛthvī Mātā ("Ibu Pertiwi") dialah pasangan bagi Dyaus Pita ("Bapa Angkasa").[1] Di dalam Rig Veda, Bumi dan Langit selalunya dipanggil dalam satu nama yakni Dyavapṛthivi.[2] Pertiwi dijelmakan sebagai lembu. Pertu, satu jelmaan Viṣhṇu, memerah susu Pertiwi dalam jelmaan lembunya.

Dia ialah personifikasi kebangsaan di Indonesia, dan dikenali sebagai Ibu Pertiwi.

Dalam anutan Buddha[sunting | sunting sumber]

Gaya mudra bumisparsa, bererti "saksi bumi"

Dalam kitab-kitab Buddha dan gambaran visual, Dewi Pertiwi dikatakan melindungi Gautama Buddha dan juga menjadi saksi kepada kesedarannya. Dewi Pertiwi muncul dalam agama Buddha Awal dalam Tipitaka, melenyapkan syaitan Mara dengan menjadi bukti kelayakan Buddha untuk mencapai kesedaran.[3] Buddha is adakalanya digambarkan dengan mudrābumisparsa atau "bersentuh-bumi" sebagai lambang berdoa kepada Dewi Pertiwi. [4]

Pṛthvī Sūkta[sunting | sunting sumber]

Pṛthvī Sūkta (atau Bhūmī Sūkta) ialah gita puja Atharvaveda (12.1).

Julukan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran Pertiwi Indonesia dalam pakaian serba indah sebagai Ibu Pertiwi di Monument Nasional Indonesia
Kategori Transliterasi Makna
Pemberi Bhūmi Tanah
Dhatri Ibu Penyusu
Dharitri Pemelihara
Janitra Tanah lahir
Medini Pemelihara
Prshni Ibu Tumbuhan
Vanaspatinam Grbhir Osadhinam Rahim Pohon Rimba dan Tumbuhan
Vishvadhaya Penyubur Segala
Vishvagarbha Rahim Dunia
Vishvamshu Penghasil Segala
Vishvasvam Sumber Segala
Penjaga Dhar Penyokong
Drdha Sang Tegap
Ksama Sang Penyabar
Sthavara Sang Stabil
Vishdava Pemelihara Segala
Vishvadharini Penyokong Segala
Vishvamhara Penguat Segala
Pemerkaya Ratnagarbha Penyimpan Ratna
Ratnavati Dipenuhi Ratna
Vasundhara Pembawa Harta

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Madhu Bazaz Wangu. Images of Indian Goddesses: Myths, Meanings, and Models. p. 35. "Prithvi is coupled with the sky god Dyaus.
  2. ^ Doniger O'Flaherty 2007, m/s. 201, 330.
  3. ^ Shaw 2006, m/s. 27.
  4. ^ Shaw 2007, m/s. 17.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Dictionary of Hindu Lore and Legend (ISBN 0-500-51088-1) by Anna Dallapiccola
  • Hindu Goddesses: Vision of the Divine Feminine in the Hindu Religious Traditions (ISBN 81-208-0379-5) by David Kinsley