Dhea Annisa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dhea Annisa
Dhea Annisa.jpg
KelahiranClaudia Anissa
(1996-02-29) 29 Februari 1996 (umur 23)
Jakarta, Indonesia
Nama lainDhea Imut
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2000–kini
Ibu bapaIndra Kusuma (bapa)
Masayu Chairani (ibu)

Claudia Annisa (lahir 29 Februari 1996) atau dikenali sebagai Dhea Annisa merupakan seorang pelakon wanita Indonesia.[1] Memulakan kerjaya hiburannya pada 2000, beliau terkenal dengan peranannya dalam sinetron seperti Tangisan Anak Tiri (2004), Mutiara (2008) dan Aliya (2011).[1] Pada 2013, Dhea membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem Malam Seribu Bulan.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dhea dilahirkan di Jakarta pada 21 Februari 1996 kepada pasangan Indra Kusuma dan Masayu Chairani.[2] Beliau berketurunan Palembang, Dhea pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki warga Colombia, Mateo Epalz Ramirez sekitar 2016/17, namun berpisah kerana tiada persefahaman, namun masih menjalin hubungan baik.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dhea memulakan kerjayanya di dunia hiburan Indonesia sejak berusia 2 tahun dengan membintangi iklan lampin bayi. Sejak itu, beliau menerima pelbagai tawaran sebagai bintang iklan.[2]

Beliau mendapat nama Imut selepas muncul dalam Tiga Bocah Imut dan sempat merakamkan sebuah album kanak-kanak. Dhea membuat kemunculan sinetron pertamanya menerusi Panji Manusia Millenium. Namanya dalam kerjaya lakonan semakin bersinar setelah membintangi sinetron Bidadari 3. Antara sinetron lain yang telah dibintanginya termasuk Tangisan Anak Tiri, Kehormatan, Penjaga Hati, Mutiara, Hamba-Hamba Allah dan Pacarku Seorang Pelari.

Kali ini, Dhea Imut menukar namanya sebagai Dhea Anissa. Beliau mempunyai pertikaian dengan syarikat penerbitan Indonesia, Sinemart diawal kemuculannya pada 2009 menjadi perbicangan di internet. Sebuah video yang menampilkan seorang wanita mirip Dhea sedang melakukan adegan jahat.[4] Di dalam video ini, beliau dikatakan beradegan seks dengan penerbit SinemArt, Leo Sutanto.[4]

Berita mengejutkan ini membuat ibu Dhea, Rany, kecil hati. Tidak terima dengan perbuatan ini. Akhirnya, Rany melaporkan peristiwa ini kepada pihak berkuasa. Sementara pihak SinemArt tidak menganggap peristiwa ini sebagai hal yang besar, sehingga tidak terlalu memperbesarkan hal ini.[5]

Pada 2016, Dhea menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari, di Korea Selatan.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Syarikat penerbitan
2013 Malam Seribu Bulan Aisyah 786 Productions
2014 Tak Kemal Maka Tak Sayang Dhea MD Pictures
2016 Gila Jiwa the Movie Blue Bird Film
Ghost Diary Marsha Prashanti Widya Sinema dan Max Anderson Production
Bintang di Langit Belitong Dinda Henson Productions dan Visitama Citra Sinema

Sinetron[sunting | sunting sumber]

  • Panji Manusia Millenium (1999)
  • Kehormatan (2000)
  • Tangisan Anak Tiri (2004)
  • Mutiara (2008)
  • Pintu Surga (2008)
  • Hamba-Hamba Allah (2008)
  • Rindu Milik Rangga (2009)
  • Inayah (2009)
  • Khadijah Dan Khalifah (2011)
  • Aliya (2011)
  • Aku Bukam Anak Haram (2012)

FTV[sunting | sunting sumber]

  • Dunia Cermin
  • Pembantuku Adalah Anakku (2015) sebagai Sakinah
  • Nasi Goreng Gila Pembawa Cinta (2015)
  • Lovepedia: Niki Si Jagoan Cantik (2016) sebagai Keisha
  • Lovepedia: Love Meter (2016) sebagai Tifani
  • Cermin Kehidupan: Cinta Ditolak Doa Bertindak (2016) sebagai Sinta
  • Aku Dipaksa Pilih Suami Dibanding Anak (2015) sebagai Tika
  • Pembantuku Adalah Anakku (2015) sebagai Sakinah
  • Dimana Kau Ayah, Saat Ibu Dikubur? (2015) sebagai Dea
  • Aku Mencari Ibu Yang Ternyata Bukan Ibuku (2017) sebagai Anissa
  • Aku Mendzolimi Anak Kandungku (2017) sebagai Bunga
  • Anak Konglomerat Jadi Pembantu (2017)
  • Suamiku Calon Suami Sahabatku (2017) sebagai Andini
  • Calon Suamiku Difitnah Sahabatnya Sendiri (2017) sebagai Sulis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]