Drama lipur lara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sinetron)
Jump to navigation Jump to search

Drama lipur lara merupakan karya drama atau sandiwara rekaan bersiri yang tersiar baik dalam wahana televisyen ataupun radio. Tempoh siri drama lipur lara biasanya panjang, kadang-kadang boleh menjangkau ratusan episod.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Nama bagi jenis drama ini berlainan mengikut negara. Dalam alam Melayu sendiri misalnya di Indonesia, drama bersiri turutan sebegini dipanggil sinema elektronik atau lebih singkat lagi "sinetron" [si-né-tron] dan ada juga yang menggunakan "teledrama" [té-lé-dra-ma][1]. Menurut hasil wawancara dengan Teguh Karya, sutradara terkenal asal Indonesia, istilah yang digunakan secara meluas di negara tersebut pertama kali dicetuskan oleh Soemardjono, salah satu pengasas dan bekas pengajar Institut Kesenian Jakarta.

Dalam bahasa Inggeris pula, drama jenis ini dipanggil "soap opera" (opera sabun) kerana asalnya drama-drama ini ditaja oleh syarikat sabun.[2] Dalam bahasa Sepanyol, drama lipur lara dipanggil "telenovela" [té-lé-no-vé-la].

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Sinetron pada umumnya bercerita tentang kehidupan manusia sehari-hari yang diwarnai konflik berpanjangan. Seperti layaknya drama atau sandiwara, sinetron bermula dengan perkenalan tokoh-tokoh yang memiliki ciri-ciri masing-masing. Berbagai watak yang berlainan menimbulkan konflik yang makin lama makin besar sehingga sampai pada titik klimaksnya. Akhir dalam suatu sinetron terdapat penamat gembira attaupun sedih, bergantung kepada jalan cerita yang ditentukan oleh penulis senario.

Tujuan komersial[sunting | sunting sumber]

Sintron dihasilkan sebanyak berpuluh-puluh episod yang kebanyakannya kerana tujuan komersial semata-mata sehingga dikuatiri akan menurunkan kualiti cerita, yang akhirnya membuat sinetron menjadi tidak lagi mendidik, tetapi hanya menyajikan hal-hal yang bersifat menghibur. Hal ini banyak terjadi di Indonesia yang pada umumnya bercerita seputar kehidupan remaja dengan intrik-intrik cinta segi tiga, kehidupan keluarga yang penuh kekerasan, dan tema yang akhir-akhir ini sangat digemari iaitu tentang kehidupan alam ghaib.

Sinetron Terpanjang[sunting | sunting sumber]

Hingga kini, sinetron Indonesia yang paling lama ialah sinetronTersanjung nukilan Multivision Plus dengan masa tayang selama 7 tahun sejak tarikh 2 Januari 1998 sampai 25 Februari 2005 dengan jumlah 370 episod dan 7 musim. Sedangkan untuk sinetron dengan episod terbanyak ialah sinetronCinta Fitri nukilan MD Entertainment yang mencapai 1002 episod dalam 7 musim (kini 21 musim) dengan masa tayang selama 4 tahun (2016 sekarang 9 tahun) sejak tarikh 2 April 2007 sampai 8 Mei 2011 dan bersambung semula tarikh 26 Januari 2015 hingga kini dengan berjumlah 1450 episod.

Sambutan dan kritikan[sunting | sunting sumber]

Sinetron sering menuai kontroversi dalam tayangannya. Kontroversi boleh timbul dari segi cerita, penokohan, sehinggalah nilai moral yang terkandung.

Cerita[sunting | sunting sumber]

Cerita yang diusung oleh sinetron secara umum serupa satu sama lain. Hal ini menimbulkan kritikan kritikal mengenai kreativiti dalam pembuatan sinetron.

Ini ialah tema yang menjadi latar umum cerita sinetron:

Keluarga Berada[sunting | sunting sumber]

Kritikan terhadap tema ini datang daripada pandangan bahawa konflik yang terjadi dalam suatu keluarga berasal daripada kebencian mendalam yang berlarut-larut. Dalam beberapa sinetron, konflik akibat kebencian tersebut justeru mencapai puluhan tahun.

Akibat konflik yang berlarut-larut tersebut, sinetron dengan latar keluarga berada biasanya banyak mengandungi redudansi (kelewahan) cerita.

Berkeagamaan[sunting | sunting sumber]

Kritikan terhadap sinetron yang mengangkat tema keagamaan biasanya berpusat pada cerita sinetron yang dianggap terlalu mendogmakan ajaran agama daripada pesanan-pesanan moral yang lebih bersesuaian dalam kehidupan sehari-hari.

Mistik[sunting | sunting sumber]

Sinetron mistik memuatkan cerita yang kental dengan unsur mistik dan mengabaikan logik penonton. Pengkritik sinetron ini biasanya menyoroti cerita yang dianggap merendahkan ajaran agama. Sementara pengkritik lain mengangkat tinggi cerita yang umumnya rendah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ soap opera (t.t.). Dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu, dalam Istilah MABBIM. Dicapai 13 Ogos 2019.
  2. ^ Bowles, Kate. Soap opera: 'No end of story, ever' dalam The Australian TV Book, (Eds. Graeme Turner and Stuart Cunningham), Allen & Unwin, St Leonards, NSW, 2000. ISBN 1-86508-014-4

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.