Pergi ke kandungan

Dilema Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku Dilema Melayu

Dilema Melayu (The Malay Dilemma) adalah sebuah buku yang dikarang oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1970. Mahathir menerbitkan buku ini setelah beliau kalah dalam pemilihan 1969 dulu. Selepas itu, beliau telah menuduh Tunku Abdul Rahman kerana kekalahan UMNO yang besar dalam pilihan raya itu.

Setelah diterbitkan, buku ini diharamkan oleh Tunku. Pemikiran Mahathir tidak selari dengan Tunku.

Pada tahun 1981, buku ini dibenarkan sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ia diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk Dilema Melayu oleh Ibrahim Saad pada 1982 dan diterbitkan oleh Federal Publication Sdn Bhd.

Isi kandungan

[sunting | sunting sumber]
  1. Pendahuluan
  2. Di mana silapnya?
  3. Pengaruh keturunan dan persekitaran kepada bangsa Melayu
  4. Dilema ekonomi Melayu
  5. Pengertian Persamaan Kaum
  6. Asas-asas Perpaduan Kebangsaan
  7. Pemulihan Bangsa Melayu dan Dilema Melayu
  8. Masalah Melayu
  9. Tatasusila dan Sistem Nilai Melayu
  10. Politik Perkauman dan Parti
  11. Malaysia dan Singapura.