Dingin (lagu Ziana Zain)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dingin
Ziana-Zain-Dingin.jpg
EP oleh
Dilancarkan pada
2007 (radio)
4 April 2008 (single)
Dirakamkan pada
April 2005, April 2006- 30 Januari 2007
Panjang17:23
Bahasabahasa Melayu
SyarikatEMI, Sony BMG, Zig Zag Beat
PenerbitAdnan Abu Hassan, Azlan Abu Hassan, Ajai, Azalea, & Ucu
Kronologi Ziana Zain
Keunggulan
(2005)
Dingin
(2008)
Single dari album Dingin
  1. "Dingin"
    Tarikh keluaran: 2007
  2. "Melara Jiwa"
    Tarikh keluaran: 2008

"Dingin" ialah single nyanyian Ziana Zain, yang keluar di corong radio pada akhir tahun 2007. Kemudian dikeluarkan dalam bentuk CD single pada tahun 2008 dengan memuatkan sebuah lagi lagu, Melara Jiwa. Lagu Dingin ciptaan Azlan Abu Hassan dan liriknya oleh Azalea ini pernah dicalonkan dalam kategori Balada dalam Anugerah Juara Lagu, dan Lagu Pop Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik pada tahun 2009. Lagu ini menguji kekuatan vokal Ziana dari julat rendah hingga ke nota tertinggi yang dimilikinya pada masa itu.

Maklumat am[sunting | sunting sumber]

Berikutan keadaan industri muzik Malaysia yang agak suram, Ziana Zain hanya termampu untuk mengeluarkan single yang bertajuk Dingin pada 4 April 2008 dalam bentuk CD dan muat turun digital yang menampilkan lagu Melara Jiwa pada tahun 2005 single pada 20 Julai 2005 sebagai B-side. Lagu ini bertahan agak lama di carta muzik radio, dan juga carta Muzik Muzik pada tahun 2008.

Di Separuh Akhir Muzik Muzik 2008, lagu Dingin pada mulanya tidak berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-23 dalam kategori Balada, tetapi diberi kelayakan secara mengejut pada saat-saat akhir melalui pengumuman di malam separuh akhir kategori Pop Rock.

Senarai runut single[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulisKomposer Masa
1. "Dingin"  AzaleaAzlan Abu Hassan 4:30
2. "Melara Jiwa"  Amran OmarAjai 4:05
3. "Dingin" (minus one)AzaleaAzlan Abu Hassan 4:30
4. "Melara Jiwa" (minus one)Amran OmarAjai 4:05
Jumlah masa:
16:83

Anugerah & pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
2009 Anugerah Juara Lagu ke-23 Balada "Dingin" Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-16 Lagu Pop Terbaik Tercalon

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2008) Kedudukan
tertinggi
Muzik Muzik #3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]