Anugerah Industri Muzik ke-16

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Anugerah Industri Muzik ke-16 diadakan pada 2 Mei 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, dengan menampilkan perubahan yang ketara dari pelbagai aspek, berbanding edisi tahun 2008 yang turut menyaksikan perubahan besar untuk memastikan kerelevannya dalam industri muzik Malaysia. Upacara penganugerahannya turut disiarkan secara langsung di saluran ntv7.

AIM 16 ini menerima pencalonan album yang terendah dalam sejarah penganugerahan iaitu cuma 55 penyertaan. Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia, Datuk Aziz Bakar dalam ucapannya menjelaskan, kemerosotan jumlah pencalonan album dipertandingkan ada kaitan dengan keadaan pasaran yang semakin mengecil sekarang, kerana keadaan pasaran yang lebih menjurus kepada penghasilan dan penjualan single menerusi muat turun di telefon bimbit di samping stesen radio swasta mengamalkan sistem format.[1]

Perubahan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Disember 2008[2], pihak penganjur yang diwakili Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Sandy Monteiro, dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran AIM ke-16, Freddie Fernandez, mengadakan sidang akhbar tidak rasmi untuk menerangkan perubahan-perubahan terhadap majlis penganugerahan ini dari segi kategori dan stail/genre, syarat kelulusan serta kriteria penilaian.[3] Kata Monteiro, "Kami inginkan orang di dalam industri muzik ini lebih terlibat dalam AIM. Kita hendak buka peluang dan bukannya sempitkan peluang mereka untuk berasa diiktiraf. Namun begitu, kita masih mengekalkan hala tuju AIM untuk mengalu-alukan para karyawan yang memberi sumbangan dan menaikkan nama industri."[2] Tambahnya pula, "Dua hingga tiga tahun kebelakangan ini adalah masa yang paling ketara berlakunya perubahan daripada segi jualan kaset dan cakera padat (CD). Perubahan dalam AIM16 merupakan langkah tambahan untuk mengemas kini industri muzik tempatan. Pada tahun-tahun akan datang kita akan buat lagi perubahan supaya semua yang terlibat dalam industri ada peluang untuk ambil bahagian dalam AIM. Jangan kerana peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan sebelum ini, ada lagu-lagu yang berkualiti tidak mempunyai peluang untuk dipertandingkan."

Kategori baru[sunting | sunting sumber]

Terutama sekali, AIM dan RIM menekankan fokus pada mutu muzik ke atas lagu, dengan memperkenalkan tujuh kategori baru yang mengangkat lagu semata-mata, memandangkan jualan album semakin merudum sementara media muat turun digital semakin penting kepada industri. Penyertaan calon berdasarkan lagu single digalakkan, dengan bayaran sebanyak RM50 setiap lagu yang didaftarkan – dengan syarat artis itu telah berdaftar sebagai ahli RIM, dengan bayaran minima sebanyak RM250. Penilaian dan pengadilan calon berdasarkan single tidak lagi bergantung kepada jualan dalam dalam bentuk CD semata-mata, malah jualan digital juga diambil kira.[3]

Monteiro menyentuh penerimaan jualan muat turun digital di kalangan peminat muzik dengan kata-kata berikut, "Kita telah lihat bagaimana lagu-lagu artis tempatan begitu cepat diterima disebabkan digital biarpun ketika itu album mereka masih belum siap. Malah, ada juga lagu-lagu yang dijual dalam bentuk digital mencecah ke angka ratusan ribu salinan seperti kumpulan Hujan, Misha Omar dan Aizat Amdan."[4]

Kategori-kategori berkenaan ialah:

  1. Lagu Pop Etnik Terbaik
  2. Lagu Nasyid Terbaik
  3. Lagu Rock Terbaik
  4. Lagu Pop Terbaik
  5. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  6. Lagu Cina Tempatan Terbaik
  7. Lagu India Tempatan Terbaik

Perubahan kategori[sunting | sunting sumber]

Tiada pencalonan untuk kategori Lagu Terbaik kerana pemenang akan ditentukan di kalangan pemenang kategori lagu mengikut genre masing-masing seperti yang dilakukan untuk kategori Album Terbaik.

Ketiga-tiga Kategori Vokal Terbaik (Lelaki, Wanita, Berkumpulan) juga diubah dasar penilaian dari album penuh ke lagu. Maka itu, sesiapa sahaja yang merakam walaupun satu lagu boleh meraih anugerah yang sama dipertaruhkan kepada pemuzik “serius” serta artis beralbum.[3]

Kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu yang sebelum ini terbahagi kepada dua iaitu lagu Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia digabungkan menjadi satu, iaitu satu kategori Susunan Muzik Terbaik tanpa mengira bahasa.

Kategori Artis Harapan Terbaik digugurkan. Sebelum ini, kategori ini diwujudkan untuk artis yang belum beralbum tetapi sekarang dengan adanya lebih penekanan terhadap lagu ataupun single, maka panel AIM/RIM berpendapat bahawa frasa 'Harapan' ini tidak lagi relevan.[3]

Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Senarai pencalonan akhir tahun ini mengusulkan bahawa tahun ini banyak band indie yang berjaya menempatkan diri dalam pencalonan ‘Top 5′ AIM 16, di’mana senario ini menunjuk’kan trend masyarakat Malaysia masa kini lebih menjurus kepada lagu-lagu berentak indie.

Sebagai contohnya, kumpulan Estranged mendapat 8 pencalonan bagi 6 kategori. Menerusi album Remain Unknownâ, Estranged tercalon bagi kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu. Hanya Misha Omar sebagai artis pop mainstream yang mengungguli dengan 7 kategori menerusi album solo ketiganya berjudul Misha Omar termasuk 3 lagunya dicalonkan dalam kategori lagi terbaik mengikut genre. Pun begitu sedikit kontroversi apabila Misha tidak dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Lagu biarpun dikatakan memberi persembahan vokal yang hebat dalam album tersebut.

Kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussain pula di’calonkan sebagai Artis Baru Terbaik. Butterfingers yang muncul dengan album terbaru tahun lagu berjaya menempat’kan diri dalam kategori Video Muzik Terbaik, (Mati Hidup Kembali, 1000 Tahun (Mahu Hidup), dan Album Rock Terbaik yang juga di’sertai oleh The Times dan Hujan. Masing-masing mempertaruh’kan album Kembali, Modern Minimals Glamour dan Hujan.

Perubahan kriteria[sunting | sunting sumber]

Definisi "album" sekarang dikurangkan daripada minimum lapan ke lima buah lagu. Biarpun tidak mempunyai album, seseorang artis masih boleh mencalonkan lima single terbaik nyanyian mereka sebagai sebuah album. Menurut Fernandez, artis-artis yang ingin mencalonkan penyertaan lima lagu single mereka kepada sebuah album boleh berbuat demikian dengan mencalonkan sebagai satu ikatan album.[4]

Acara[sunting | sunting sumber]

8.30 - 9.00: Live from the Blue Carpet diacarakan oleh Nazrudin Rahman, Sazzy Falak dan Awal Ashaari.

9.00: Majlis bermula

(rehat)

(rehat)

(rehat)

(rehat)

(rehat)

(rehat)

(rehat)

11.25: Majlis berakhir

Calon dan pemenang[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Mac 2009, senarai pencalonan AIM16 muktamad diumumkan di sebuah sidang media di Hotel Concorde, Kuala Lumpur[5], iaitu seperti berikut, dan para pemenang diumumkan pada majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC pada 2 Mei 2009 (sebahagian kategori diumumkan pada 1 Mei 2009).

(Senarai pemenang ditebalkan)

Artis Baru Terbaik
  1. Hujan
  2. Joe Flizzow
  3. Malique
  4. Meet Uncle Hussain
  5. Suki Low
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
  1. AizatLagu Kita
  2. Bob AF2Cinta Terhalang
  3. ReshmonuDoa Untuk Dia
  4. ReshmonuSayu
  5. Rithan (Deja Voodoo Spells)Rock ‘N’ Roll
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
  1. Ayu DamitHanya Di Mercu
  2. Dina NadzirSejauh Ini
  3. Shila AmzahMemori Tercipta
  4. Dato’ Siti NurhalizaDi Kayangan Kita
  5. Dato’ Siti NurhalizaDi Taman Teman
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
  1. Ajai & MarshaSayang
  2. All OneBilal bin Rabah
  3. Pop ShuvitMarabahaya (International Version)
  4. RabbaniBila Nur Melimpah Di Hati
  5. RaihanAssubhu Bada
Kulit Album Terbaik - Pereka
  1. Florence Lee – HawaNikki
  2. Nadia Jasmin – PresidentJoe Flizzow
  3. Nicholas Chong – TransitAltered Frequency
  4. Nizam Rahmat – SatuFerhad
  5. Vignes Balasingam – Remain UnknownEstranged
Rakaman Album Terbaik - Jururakam
  1. JD WongRemain UnknownEstranged
  2. Nick Lee, Greg Henderson & CL TohFinally / AkhirnyaSuki
  3. Paul MorissonSatuFerhad
  4. Puja, Edry, Bajai & Yudi – Adam 3Adam
  5. Reshmonu, Murali, Will Quinell & CL Toh – HarapanReshmonu
Video Muzik Terbaik – Pengarah
  1. Douglas LimHanya Di MercuAyu
  2. Douglas LimSampai SyurgaFaizal Tahir
  3. KerolMati Hidup KembaliButterfingers
  4. Kerol1000 Tahun (Mahu Hidup)Butterfingers
  5. ReshmonuOh Anok AnokReshmonu
Album Pop Etnik Terbaik - Artis/Penerbit
  1. Khazanah PujanggaSyura
  2. Lentera TimurSiti Nurhaliza
  3. Selagi Ada RinduPak Long (Shafie Ahmad)
  4. Zapin SuriHaziq
Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
  1. Di Kayangan KitaJohari TehKeon - Dato’ Siti Nurhaliza
  2. Di Taman TemanFauzi MarzukiHairul Anuar Harun – Dato’ Siti Nurhaliza
  3. DirgahayuRadeen SriHairul Anuar HarunRamlah Ram
  4. Nafas CahayaM. NasirLoloqMisha Omar
  5. Zapin SuriPak NgahSiso KopratasaHaziq
Album Nasyid Terbaik – Artis/Penerbit
  1. Allah HabeebiMawi
  2. Istimewa Tiada DuaNice
  3. Nasyid Nostalgia Memori The ZikirNazrey Johari
  4. Nostalgia NadamurniRabbani
  5. SetiaWildan
Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
  1. Allah HabeebiFarihinYasinMawi
  2. Bila Nur Melimpah Di HatiAsri IbrahimIto LaraRabbani
  3. Kemuliaan Al-QuranAmin InTeamAmin InTeamInTeam
  4. Serulah NamanyaM. NasirAD SamadMawi
  5. Teman HakikiKu ShamDr. Mohd AsriMawi
Album Rock Terbaik – Artis/Produser
  1. BongkarKristal – Kristal & Bong
  2. HujanHujanNoh Hujan
  3. KeamananNrocinuMus May
  4. KembaliButterfingers – Butterfingers/Faizal Shahrin
  5. Modern Minimals GlamourThe Times – Gizmo Records
Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
  1. 1000 Tahun (Mahu Hidup)Loque – Loque – Butterfingers
  2. AuroraEstranged – Estranged – Estranged
  3. Bila Aku Sudah TiadaNoh Hujan – Noh Hujan – Hujan
  4. Dugaannya – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
  5. Yang PernahEstranged – Estranged – Estranged
Album Pop Terbaik – Artis / Produser
  1. AlyahAlyah
  2. Arus QudusYassin
  3. HarapanReshmonu
  4. Misha OmarMisha Omar
  5. Percubaan PertamaAizat
Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
  1. Cinta Adam dan HawaAzmeerLoloqMisha Omar
  2. DinginAzlan Abu HassanAzaleaZiana Zain
  3. KetentuanAzlan Abu HassanAD SamadRamlah Ram
  4. Lagu KitaAizat AmdanAizat AmdanAizat
  5. Sampai DisiniAjaiSlenMisha Omar
Album Hip Hop Terbaik - Artis / Penerbit
  1. OK - Malique

(hanya 1 pencalonan untuk kategori ini)

Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
  1. BergerakJohan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri - Joe Flizzow feat Joeniar Arief
  2. Isabella – Johan Ishak, Iman Ishak & Search - Johan Ishak, Iman Ishak & Search – Joe Flizzow feat Hady Mirza
  3. Mengapa Harus Bercinta? – Johan Ishak, Terrytyelee & Hady Mirza - Johan Ishak, Terrytyelee & Hady Mirza – Joe Flizzow
  4. Mantera Beradu – Malique, D’Navigator & M. Nasir – Malique & M. Nasir – Malique feat M. Nasir
  5. OKDJ Fuzz, Malique & Cat Farish – Malique & Cat Farish – Malique feat Fabulous Cats
Album Inggeris Tempatan Terbaik – Artis / Produser
  1. Dark Sun Big RainKaren Nunis Blackstone
  2. PresidentJoe Flizzow
  3. Remain UnknownEstranged
  4. Take Five with Juita Suwito at AvantiJuita Suwito
  5. Tapestry of LifeShal Sagan
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
  1. All Around My WorldJohan Ishak & Ceza Mutyara - Johan Ishak & Ceza Mutyara – Joe Flizzow
  2. Dances of The Spirit – Estranged – Estranged – Estranged
  3. In No Time – Estranged – Estranged & Chow Ken ChungEstranged
  4. KL StreetsMalique & D’Navigator – Malique – Malique feat Lah Ahmad
  5. Marabahaya (International Version) – Pop Shuvit & DandeeSamsol Nahar, Dandee, Moots, Daly, Thaitanium & Jamir GarciaPop Shuvit
Album Cina Tempatan Terbaik – Artis / Produser
  1. Homely LifeRynn Lim – Ryan Lim
  2. Man Jiang HongMan Jiang HongAlex San
  3. Meet to ListenCheng Lee – Cheng Lee
  4. The Real Hou RenHou RenLee Nai Kong
  5. Will Be GoodWill Ng – Cheng Lee, Will Ng & David Koon
Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
  1. He, She & Me – Cheng Lee – Cheng Lee – Cheng Lee
  2. Man Jiang HongAlex SanAh GuanMan Jiang Hong
  3. Missy Missy – Will Ng – Will Ng – Will Ng
  4. Prisoner – Will Ng – Will Ng – Will Ng
  5. Zhong Du – Alex San – Yap Kah HengMan Jiang Hong
Album India Tempatan Terbaik – Artis / Produser
  1. AgaremAgarem
  2. EthirrpaarkirenAnbarasan & Anuratha
  3. Veera PuranamChakra Sonic
Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
  1. Enna VenumCoco Nantha – Coco Nantha – Agarem
  2. EthirrpaarkirenAnbarasanDivya SaraswathyAnbarasan & Anuratha
  3. Sottu Sotta RemixSundrra – Coco Nantha – Agarem
  4. Sudum Mannil – Sundrra – Coco Nantha – No Entry
  5. Tu Khendi SheGoldkartzArvinder RainaGoldkartz feat Arvin
Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
  1. Aku Dan DirimuAri Lasso & Bunga Citra Lestari
  2. Ayat-Ayat CintaRossa
  3. Bila Rasaku Ini RasamuKerispatih
  4. MataharikuAgnes Monica
  5. Menjaga HatiYovie & Nuno
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah
  1. Audi MokPada Cintanya – Dato’ Siti Nurhaliza
  2. Azlan Abu HassanTiada MaafDanell Lee
  3. EstrangedAuroraEstranged
  4. Fauzi MarzukiDi Taman TemanDato’ Siti Nurhaliza
  5. Sham KamikazeBukan MimpiFarhan
Lagu Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
  1. Nafas Cahaya - M. Nasir- Loloq - Misha Omar
  2. Bila Nur Melimpah Di Hati - Asri Ibrahim - Ito Lara - Rabbani
  3. Bila Aku Sudah Tiada - Noh Hujan - Noh Hujan - Hujan
  4. Cinta Adam dan Hawa - Azmeer - Loloq - Misha Omar
  5. Mantera Beradu - Malique, D’Navigator & M. NasirMalique & M. NasirMalique feat M. Nasir
Album Terbaik - Artis / Penerbit
  1. Misha Omar - Misha Omar
  2. Nostalgia Nadamurni - Rabbani
  3. OK - Malique
  4. Lentera Timur - Dato' Siti Nurhaliza
  5. Hujan - Hujan
Anugerah Wirama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rudy Imran Shamsudin (2009-03-11). "Pencalonan terendah". Harian Metro. Dicapai pada 2009-03-27. 
  2. ^ a b Siti Azira Abd. Aziz (2008-12-11). "Sandy: "Jangan tamak untuk calonkan semua lagu dalam AIM"". Dicapai pada 2008-12-20.  Parameter |publihser= tidak diketahui diabaikan (|publisher= dicadangkan) (bantuan)
  3. ^ a b c d Izuan Shah (2008-12-18). "AIM tak kolot lagi". gua.com.my. Dicapai pada 2008-12-20. 
  4. ^ a b Norliza Mohamad Zakaria (2008-12-17). "AIM16 bawa perubahan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-12-20. 
  5. ^ Budiey Isma (2009-03-27). "Senarai Finalis Anugerah Industri Muzik ke 16". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2009-03-27.