Divisyen Infantri Ke-9 (India British)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
9 Divisyen Infantri (India)
Aktif15 September 1940 - 15 Februari 1942 (Menyerah kalah)
NegaraIndia
KesetiaanTentera India British
CawanganTentera Darat
JenisInfantri
PertempuranPertempuran Malaya
Pertempuran Kota Bharu
Komander
Komander
terkini
Arthur Edward Barstow

Divsyen Infantri Ke-9 (India) merupakan ketumbukan di bawah Kor Ke-III India bersama-sama Divisyen Infantri ke-11 India dan beraksi dalam kempen Tanah Melayu sewaktu Perang Dunia Kedua. Kor Ke-III India diletak di bawah perintah Malaya Command sewaktu Kempen Tanah Melayu. Ia diperintah Mejar Jeneral Arthur Edward Barstow.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Divisyen Infantri ke-9 India ditubuhkan pada 15 September 1940 di Quetta, India sebelum dihantar ke Tanah Melayu. Pada 15 Septembet 1940, briged-briged asal Divisyen Ke-9 adalah Briged Infantri ke-15, Briged Infantri Ke-20, dan Briged Infantri ke-21.[1]

Pertempuran Kota Bharu[sunting | sunting sumber]

Rejimen ke-3/17 Dogra daripada Divisyen Infantri Ke-9 India merupakan unit British pertama yang beraksi menentang angkatan tentera Jepun dalam Pertempuran Kota Bharu pada 8 Disember 1941.[2] Divisyen Ke-9 secara amnya berjaya melakukan pengunduran sambil bertempur di pantai timur Tanah Melayu sehinggalah Briged ke-22 terpotong hubungan dengan divisyen di suatu jambatan kereta api yang musnah berdekatan kampung Layang-layang di Johor. Mejar Jeneral Barstow terbunuh semasa menyeberangi jambatan dalam usaha beliau menghubungi briged tersebut. Briged Ke-22 musnah sementara mencari laluan alternatif ke Singapura.[2]

Saki baki divisyen digabungkan dengan Divisyen Infantri India Ke-11 di Singapura.

Unit-unit komponen 1941 — 1942[sunting | sunting sumber]

Briged Infantri Ke-8 India - Brigadier Berthold Wells (Billy) Key

  • Rejimen 3/17 Dogra - Lt Kol George Alan Preston DSO (Tercedera di Kota Bharu)
  • Rejimen 2/10 Baluch - Lt Kol Col James Frith
  • Rejimen 2/12 Pasukan Sempadan (2 Sikh) - Lt Kol Arthur Edward Cumming VC
  • Infantri Pertama Mysore (Pasukan Negeri-negeri India) - Lt Kol KH Preston
  • Infantri Pertama Hyderabad (Pasukan Negeri-negeri India) - Lt Kol Charles Albert "Clive" Hendricks (Terbunuh di Kota Bharu)

Briged Infantri Ke-22 India - Brigadier George Painter

  • 2/18 Raifal Garhwal Diraja - Lt Kol LH Cockram/Lt Kol GERS Hartigan
  • Rejimen 5/11 Sikh - Lt Kol John Parkin/ MacAdam
  • 1/13 Raifal Pasukan Sempadan - Lt Kol Clarence Gilbert

Pasukan bantuan[sunting | sunting sumber]

  • Komander, Artileri Diraja - Brigadier EW Goodman
  • 5 Rejimen Medan - Lt Kol EWF Jephson, Artileri Diraja (16 x howitzer 4.5 inci)
  • 88 Rejimen Medan - Lt Kol Col Sylvain Claude D'Aubuz, Artileri Diraja (24 x meriam 25 paun)
  • 80 Rejimen Anti-kereta kebal - Lt Kol W Napier, Artileri Diraja (48 x meriam 2 paun / meriam Bredas 47mm)
  • 21 Bateri Gunung, Artileri India - Mejar JB Soper, Artileri India (12x Howitzer Gunung 3.7 inci)

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "9 Division units". Order of Battle. Dicapai pada 2009-10-22.
  2. ^ a b Smith

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Alan Jeffreys, Duncan Anderson (2005). British Army in the Far East 1941-45. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-790-5.
  • Colin Smith (2006). Singapore Burning. England: Penguin Books. ISBN 978-0-14-101036-6.
  • Tsuji, Masanobu (1997). Japan's Greatest Victory, Britain's Worst Defeat. New York: Da Capo Press. ISBN 1-873376-75-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]