Divisyen Ke-18 (Tentera Imperial Jepun)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Divisyen Ke-18
War flag of the Imperial Japanese Army.svg
Bendera Perang Tentera Imperial Jepun
Aktif1907–1945
NegaraEmpayar Jepun
CawanganTentera Darat Imperial Jepun
JenisInfantri
Nama samaran"Divisyen Bunga Kekwa"
PertempuranPerang Dunia Pertama
Perang China-Jepun Kedua
Perang Dunia Kedua
Komander
Komander
terkenal
Mejar Jeneral Renya Mutaguchi
Leftenan Jeneral Renya Mutaguchi, panglima Divisyen Ke-18 semasa pertempuran di Tanah Melayu dan Singapura

Divisyen Ke-18 (第18師團, Dai-juhachi Shidan) ialah sebuah divisyen infantri dalam Tentera Darat Imperial Jepun. Nama panggilannya ialah Divisyen Bunga Kekwa (菊兵團, Kikuhei-dan).

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Divisyen Ke-18 ditubuhkan di pulau Kyushu Jepun pada 13 November 1907 bersama-sama Divisyen Ke-17, sebagai sebahagian pembesaran tentera Jepun selepas Perang Rusia-Jepun. Ia diperkukuh dengan tambahan sebuah rejimen infantri (Rejimen Ke-29) sewaktu Perang Dunia Pertama dan terlibat dalam pengepungan Tsingtao (sebuah koloni Jerman) di China.

Divisyen Ke-18, yang dibubarkan dalam tahun 1925, ditubuhkan semula dalam bulan September 1937 dan ditugaskan di bawah perintah Tentera Darat Ke-10. Ia ditubuhkan semula kerana Perang China-Jepun Kedua dan sempat mengambil bahagian dalam Pertempuran Nanjing.

Dalam tahun 1941 divisyen ini di bawah perintah Leftenan Jeneral Renya Mutaguchi. Ia ditugaskan di bawah perintah Tentera Darat Ke-25 yang diperintah Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita. Ia mengambil bahagian dalam serangan terhadap Tanah Melayu dalam Kempen Tanah Melayu dan memainkan peranan utama dalam Pertempuran Singapura dan Pertempuran Pasir Panjang. Selepas itu ia ditugaskan ke Tentera Darat Ke-15 dan berkhidmat di Burma.

Rujukan dan bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Madej, W. Victor, Japanese Armed Forces Order of Battle, 1937-1945 [2 vols], Allentown, PA: 1981
  • Jon Latimer, Burma: The Forgotten War, London: John Murray, 2004 ISBN 0-7195-6576-6