Doh (slanga)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Doh atau dowh ialah sejenis slanga moden yang digunakan di kalangan rakyat Malaysia.[perlu rujukan]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkataan doh digunakan secara meluas di Semenanjung Malaysia barat dan selatan dalam pertuturan sehari-hari. Pada awalnya perkataan 'bodoh' digunakan sebelum ia disingkatkan menjadi 'doh'.[perlu rujukan]

Doh kemudiannya memasuki dunia maya melalui forum-forum, chatroom dan sebagainya. Di internet, ejaan doh ditambah dengan huruf 'w' dan menjadi 'dowh' yakni ejaan yang lebih biasa digunakan berbanding doh, namun kedua-duanya turut digunakan dalam pertuturan internet.[perlu rujukan]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Doh bukanlah kata makian walaupun ia berasal daripada perkataan bodoh. Doh digunakan sebagai kata penegas dalam perbualan pasar sama seperti perkataan "bah" yang digunakan di Malaysia Timur dan di Medan, Indonesia.[perlu rujukan] Slanga ini hanya digunakan di kalangan mereka yang rapat atau bersamaan jantina tetapi tidak digunakan untuk bertutur dengan mereka yang lebih tua kerana dianggap kurang ajar.

Walaupun begitu, dalam pertuturan seharian, terdapat juga segelintir individu yang tidak senang dengan penggunaan perkataan ini disebabkan oleh maksud awalnya. Golongan ini biasanya menggunakan kata penegas yang mempunyai makna sama iaitu "weh".[perlu rujukan]

Contoh penggunaan[sunting | sunting sumber]

Perbualan pasar Perbualan piawai
"Penat dowh!" "Penatnya!"
"Rumah budak tu besar dowh!" "Rumah budak itu besar!"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]