Dr. Sam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr. Sam
Nama lahirSalim bin Ibrahim
Juga dikenali sebagai
dR. Sam Rasputin
Kelahiran (1953-05-23) 23 Mei 1953 (umur 70)
Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop, R&B, rege, neo-soul, funk
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penulis lirik, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1973–1990
Syarikat rakaman
Polygram, EMI

Salim Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Dr. Sam (dieja dR. Sam atau Dr. Sam Rasputin; lahir 23 Mei 1953) merupakan seorang bekas penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau ialah antara artis terawal yang merakamkan album rege di Malaysia[2] dan mula dikenali umum menerusi lagu "Saya Anak Malaysia" yang diciptanya bersama M. Nasir dan sepanjang kerjayanya, beliau telah merakamkan sebanyak lima album. Di awal kerjayanya, beliau terkenal dengan imej rastafarian dan menyanyikan lagu-lagu rege.[3][4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan, bapanya bertugas sebagai anggota polis dan keluarganya sering berpindah tempat tinggal. Sam mendapat pendidikan di Sekolah Rendah St. John, Kuala Lumpur (darjah 1 hingga 6); Sekolah Menengah St. John, Kuala Lumpur (tingkatan 1 hingga 3); Sabah College, Kota Kinabalu (tingkatan 4 hingga 5); Institut Pendidikan, Kota Bharu (tingkatan 6 pada 1971). Pada tahun 1973, beliau menduduki A-Level di Kolej Teknikal Hutan Waltam di England. Dua tahun selepas menamatkan pengajian, beliau pergi ke Jerman di mana beliau menjadi pemuzik jalanan sepenuh masa.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Fauziah Yunus pada 8 Ogos 1981 dan dikurniakan dua anak—Siti Nabila dan Mohd Razali. Selepas pulang dari mengerjakan haji di Mekah, Arab Saudi, beliau bersara dari kerjaya hiburannya pada 1990. Sejak itu, beliau banyak bergiat aktif dengan kumpulan tabligh dan menekuni ilmu agama.[3][5]

Beliau pernah mengusahakan perniagaan khidmat penghantaran barangan di bawah nama dR. Express yang beroperasi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. dR. Sam kini menguruskan kedai menjual produk keagamaan dan kesihatan di Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Abu Nawas (1983)
  • Sayang Oh Sayang (1984)
  • Saya Anak Malaysia (1986)
  • Semarak Merdeka (1987)
  • Sinar Harapan (1989)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arina Azlan (9 Oktober 2018). "dR. Sam tidak sesal tinggalkan dunia seni". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-09. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  2. ^ dR Sam Rasputin (siapa Rasputin) dan Abu Nawas reggae Pustaka Reggae (15 Mac 2018). Dicapai pada 24 November 2018.
  3. ^ a b c d Zieman (13 September 2017). Forever proud to be Anak Malaysia The Star Online. Dicapai pada 24 November 2017.
  4. ^ Norhayati Nordin (18 November 2018). "Tak pernah menyesal jadi artis". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  5. ^ Dr. Sam: Saya Anak Malaysia kini jadi pendakwah[pautan mati kekal] Suara TV (26 November 2015). Dicapai pada 1 Disember 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]