KOSMO!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kosmo!)
Jump to navigation Jump to search
Kosmo!
Kosmo.jpg
Kosmo.gif
Atas: Logo Kosmo! sejak 2010.
Bawah: Halaman depan akhbar Kosmo!.
JenisAkhbar harian
FormatKompak
Diasaskan30 Ogos 2004; 15 tahun yang lalu (2004-08-30)
BahasaMelayu
Dihentikan penerbitan9 Oktober 2019; 58 hari yang lalu (2019-10-09)
Edaran35,000 (Harian; sewaktu Jun 2005)
PemilikUtusan Melayu (Malaysia) Berhad
Laman sesawangKumpulan Utusan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

KOSMO! ialah sebuah akhbar terbitan Kumpulan Utusan. Majlis pelancarannya dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 30 Ogos 2004. KOSMO! bercorak santai dan dalam bentuk yang paling mudah dibawa dan dibaca.

Akhbar Kosmo! dijual di seluruh negara dengan harga 80 sen setiap hari kecuali Ahad yang berharga RM1 dengan nama Kosmo Ahad di awal penerbitannya. Namun sejak April 2007, akhbar ini berharga RM1 bagi setiap hari penerbitannya.[1] Kosmo! bersama-sama akhbar kembarnya, Utusan Malaysia menamatkan operasinya pada 9 Oktober 2019 selepas 15 tahun diterbitkan.[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Ogos 2004,[4] Kumpulan Utusan pertama kali memperkenalkan pembaca akhbar harian Malaysia dengan akhbar bersaiz kompak KOSMO! yang mempunyai 64 halaman muka surat yang padat dengan pelbagai topik berita dan rencana selari dengan slogan "Suara Kontemporari" yang menyasarkan golongan generasi muda yang kontemporari, moden dan aktif dalam kehidupan seharian.

KOSMO! diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang menampilkan konsep akhbar harian dan majalah dalam motonya "Bukan Sekadar Berita" adalah unggul untuk semua peringkat umur pembaca. Ia turut mesra pembaca apabila mudah dipegang dan praktikal tambahan pula dengan saiznya yang kecil.

KOSMO! kini mengambil langkah seperti akhbar tabloid apabila berusaha mengubah persepsi masyarakat bahawa pembaca KOSMO! bukan terdiri daripada lingkungan pembaca Melayu sahaja malah merangkumi pelbagai kaum di Malaysia termasuk Cina dan India. KOSMO! turut mahu digambarkan sebagai platform akhbar silang budaya dalam memajmukkan masyarakat Malaysia.

Selepas dua tahun, akhbar terbitan Kumpulan Utusan ini menunjukkan potensi yang positif dan mendapat sambutan hangat daripada pembaca (jualan semasa di Lembah Klang, Edisi Utara dan Edisi Selatan : 120,000 naskah), KOSMO! pada 4 dan 6 Oktober yang lalu telah menemui pembaca baru mereka di negeri Melaka dan Pahang.

KOSMO! kini telah diiktiraf sebagai salah sebuah akhbar yang paling aktif mendapat sambutan pembaca di Malaysia.

Berikut kronologi perkembangan akhbar kompak KOSMO! :

  • 3 Januari 2005 – KOSMO! AHAD dilancarkan seluruh negara.
  • 10 September 2005 – KOSMO! Pulau Pinang dan Kedah dilancarkan.
  • 15 Februari 2006 – KOSMO! Johor dilancarkan.
  • 25 Mac 2006 – KOSMO! Negeri Sembilan dilancarkan.
  • 26 April 2006 – KOSMO! Terengganu dilancarkan.
  • 1 Ogos 2006 – KOSMO! Edisi Utara kini merangkumi Perlis dan Perak.
  • 4 November 2006 – KOSMO! Melaka dilancarkan.
  • 6 November 2006 – KOSMO! Pahang dilancarkan.

Walaupun masih baru dalam industri dan menerima saingan yang sengit daripada akhbar terkemuka tempatan seperti Berita Harian dan Harian Metro, KOSMO! tetap utuh memberikan pilihan terbaik kepada pembacanya. Langkah terbaru akhbar kompak itu bagi mengurangkan saingan adalah dengan rangka strategi menurunkan kadar harga daripada RM1.20 kepada RM0.80 untuk edaran harian dan KOSMO! Ahad pula daripada RM1.50 kepada RM1.00 pada 1 September 2005. Pada 1 Januari 2012, harga akhbar KOSMO! bagi hari Isnin hingga Sabtu bertukar kepada RM 1.20 dan pada hari Ahad pula harganya RM 1.30. Pada 1 November 2013, KOSMO! telah menghadiahkan pembacanya dengan menjual akhbar KOSMO! dengan harga RM1 setiap hari.

Serentak itu, untuk edaran dalam kampus dan universiti, KOSMO! diturunkan kepada RM0.40 dan RM0.50 untuk KOSMO! Ahad. Kemudian pada 1 Februari 2006, ditawarkan pula KOSMO! pada harga RM0.50 senaskah dan RM0.60 untuk KOSMO! Ahad kepada pasaran pembaca Institut Pengajian Tinggi (IPT). Namun pada 1 Februari 2007, ia dinaikkan harganya kepada RM0.70 senaskah dan RM1.00 untuk KOSMO! Ahad. Bagaimanapun, harga tersebut secara perbandingannya masih rendah berbanding harga pasaran di luar IPT.

Pada 10 Oktober 2019, tapak web KOSMO! telah tidak dapat dicapai.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Editorial". Utusangroup.com.my. Dicapai 11 September 2017. 
  2. ^ "Utusan, Kosmo! online tidak boleh diakses". Sinar Harian Online. Dicapai 10 Oktober 2019. 
  3. ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 Oktober 2019. Dicapai 9 Oktober 2019. 
  4. ^ "About Utusan". Utusan Group. Dicapai 20 August 2019. 
  5. ^ http://sinarharian.com.my/article/51355/BERITA/Nasional/Utusan-Kosmo!-online-tidak-boleh-diakses

Pautan luar[sunting | sunting sumber]