Drama Uri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Uri
Genre Drama
Pengarah Tengku Mona Riza
Dibintangi Beto Kusyairy, Fauziah Nawi, Tengku Norhanis, Dian P.Ramlee
Negara asal Malaysia
Penyiaran
Saluran asal Astro Box Office

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Uri mengisahkan tentang Rahmat (Beto Kusyairy) yang merupakan anak angkat yang akhirnya mengetahui hakikat sebenar perkara berkenaan ketika dia sudah meningkat dewasa. Bagi mencari asal-usul sebenar tentang dirinya, Beto telah menyeberangi Laut Cina Selatan menuju ke Sarawak bagi mencari identiti sebenar dirinya. "Apa yang diketahui Rahmat hanyalah dia berasal dari Sarawak tetapi siapa ibu bapa kandung dan tempat tinggalnya tidak diketahui. Jadi untuk mendapatkan kepastian berkenaan keluarga kandungnya, Rahmat terbang ke Bumi Kenyalang Sarawak. Perjalanan mencari identiti diri sendiri menemukan Rahmat dengan seorang gadis Sarawak yang bernama Miming iaitu lakonan Tengku Norhanis. Dengan pertemuan itulah satu per satu misteri yang sebelum ini terjadi ke atas dirinya seperti didatangi mimpi-mimpi aneh, simptom hidung berdarah dan sakit di bahagian perut tanpa sebab akan terungkai. Pertemuan selepas 23 tahun terpisah dengan ibu dan abang kembarnya Johnny yang menderita penyakit leukimia.

Telemovie Uri membawa penonton mengenali budaya dan masyarakat Sarawak kerana hampir keseluruhan cerita penggambarannya adalah di Sarawak.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Beto Kusyairy sebagai Rahmat dan Johnny
  • Tengku Norhanis sebagai Mining
  • Dian P.Ramlee sebagai Ibu angkat Rahmat
  • Fauziah Nawi sebagai kameo (pensyarah teater)

Lagu[sunting | sunting sumber]

Setia Menanti oleh Jerry Kamit

Kotak Hati oleh Hujan

Penulis Skrip[sunting | sunting sumber]

Jamil Mutalib