Tunku Hanis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tunku Hanis
Kelahiran (1991-05-24) 24 Mei 1991 (umur 32)
PendidikanPentadbiran Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2007–kini
Ketinggian175 cm 5 ft 9 in

Yang Mulia Tunku Norhanis binti Tunku Salman (lahir 24 Mei 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan pada 2007,[1] beliau terkenal dengan drama termasuk Memori Cinta Suraya, Suamiku Encik Sotong dan Papa Ricky.[2][3][4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tunku Hanis dilahirkan pada 24 Mei 1991 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua dari empat beradik dan mempunyai darah kacukan Melayu (Minangkabau), Pakistan serta berketurunan kerabat diraja Negeri Sembilan di sebelah bapanya dan turut mempunyai darah Cina (Baba Nyonya) di sebelah ibunya.[5] Beliau merupakan lulusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2007 ketika berusia 17 tahun,[6] dan muncul dalam beberapa drama TV termasuk Akademi Polis, Kasih Alia, Kerana Lelaki Itu, Suamiku Encik Sotong dan lain-lain. Beliau memulakan kerjaya filem menerusi Qadr lakonan Zahiril Adzim dan Beto Kusyairy arahan Faisal Ishak.[7] Hanis berlakon bersama Aaron Aziz dan Lisa Surihani dalam filem Suamiku, Encik Perfect 10 yang ditayangkan pada Januari 2015.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2018, Hanis terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Kuching. Beliau turut dirompak selepas kemalangan.[8]

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon, Fathia Latiff.[9][10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014 Qadr
Hantu Bukit Cina
2015 Suamiku, Encik Perfect 10! Nasmina

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Akademi Polis TV9
2011 Kasih Alia TV3 Slot Akasia
2012 Elit
Friday I'm In Love Helena TV9 Slot Aurora
Bonda Shira TV3 Slot Azalea
Rawan Mira TV9
2013 Debunga Lalang Rohiya TV3 Slot Azalea
Cinta Sate
Sedetik Cinta Elisya TV3 Slot Akasia
Kerana Lelaki Itu Hanis TV9 Slot Ratu
2014 Suamiku Encik Sotong Qarina Astro Ria
Jauh Dari Cinta Myza Astro Prima
Ammara Batrisya Rabecca TV9 Slot Ratu
2015 Ajaibnya Cinta Dania TV3 Slot Lestary
Cinta Iris Leya TV9 Slot Ratu
Masihkah Ada Kasih
Memori Cinta Suraya Rozana Astro Prima Slot Tiara
2016 Nasi Minyak Kuah Cinta Juliana TV3 Slot Iris
2017 Papa Ricky Maria Astro Prima
Raisha Tini TV3 Slot Lestary
Gempur Wira
Ikhlas
Coklat
Cerita Dari Mastika Episod: "Rumah Atas Kubur"
2018 Vila Ghazara Sofea TV3 Slot Akasia
Raisha 2 Tini TV3 Slot Lestary
2019 Hola Hermosa TV1
Leftenan Zana Leftenan Raz TV3 Slot Lestary
2021 Baby Tak Gila Tasha Hypp Sensasi
TBA Kebangkitan: Ertuğrul The Series Selcan Hatun

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Antara Garisan
2010 Duhai Bonda
2011 Uri Mining Astro Box Office
2014 Cerita Sebenarnya Mengenai Bibah
2015 Dia Imamku
2016 Sia Sia Cinta
Suamiku Bukan Tukang Masak Mira Astro Ria
2017 Jenayah Cinta Inspektor Nadia
2017 Mak Kari Mek Tomyam

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2012 "Kotak Hati" Hujan

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Sepahtu Reunion Dirinya sendiri Astro Warna Tetamu undangan
2017 Bas Stop Dirinya sendiri Astro Warna Tetamu undangan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jemang Rahman (10 Julai 2017). "Da 10 tahun, ramai tak kenal Tunku Hanis". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-25. Dicapai pada 8 Ogos 2017.
  2. ^ "Tunku Hanis selesa 'low profile'". Sinar Harian. 30 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-25. Dicapai pada 8 Ogos 2015.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (12 Julai 2017). "Jiwa kental Hanis". Harian Metro. Dicapai pada 8 Ogos 2017.
  4. ^ "Negeri 5". 19 Ogos 2018. Dicapai pada 9 Ogos 2015.
  5. ^ Hamizatul Maizan Mohamed (11 April 2019). "Tunku Hanis semakin manis berhijab, rupanya dulu pernah jadi mangsa ejekan berkulit gelap". Nona. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  6. ^ Nor Akmar Samudin (25 Oktober 2017). Hanis mahu lasak Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2017.
  7. ^ Ajami Hussain (17 Februari 2014). Qadr, kisah peluang kedua selepas kesakitan Astro Awani. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  8. ^ Tunku Hanis dirompak selepas kemalangan Utusan Malaysia (26 Mei 2018). Diperoleh pada 7 September 2018.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (31 Januari 2018). Beri Fathia ruang mulakan hidup baru: Tunku Hanis Berita Harian. Diperoleh pada 7 September 2018.
  10. ^ Zulqarnain Abu Hassan (7 Februari 2019). "ALLAH tengah duga kau Fatiya: Tunku Hanis". Nona. Dicapai pada 30 Mei 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]