Fauziah Nawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fauziah Nawi
Fauziah01 image.jpg
Kelahiran (1953-06-26) 26 Jun 1953 (umur 65)
Ipoh, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pekerjaan Juruhebah radio, pelakon, penyanyi, pengarah, penari
Tahun aktif 1970–kini
Anugerah Festival Filem Malaysia ke-12 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sayang Salmah)

Fauziah Nawi (lahir pada 26 Jun 1953 di Ipoh, Perak) merupakan seorang juruhebah, pengarah, pelakon, penyanyi, dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia musim keempat (2006) dan keenam (2008).[1][2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai juruhebah, Fauziah pernah mengendalikan program radio seperti Radio 4 - Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, "Non Stop Music and Before We Say Goodnite", Radio 3 Ibu Kota - Fascinating Malaysia, dan Radio 1 - Manis-Manis Garam.

Fauziah pernah mengarah teater Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana & Muzikal Tok Rimau 1, Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Jiwa, Pulang dan Tali. Di samping itu, Fauziah pernah menjadi pengarah drama bersiri Baju Kak Long, Sahabat, Azlina, Sebening Kasih & Pantai Berbisik.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Hitam Manis Berseri (1974)
  • Kasihku Kasihmu (1975)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1987 Mawar Merah Sharifah Filem pertama
1995 Sayang Salmah Dasimah
2004 Berlari Ke Langit
Cinta Luar Biasa Ibu Husin
2006 High School Musical Puan Darbus Ahli suara (versi bahasa Melayu)
The Red Kebaya Mak Cik
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Tijah
Diva Makcik Seri
High School Musical 2 Puan Darbus Ahli suara (versi Bahasa Melayu)
2008 Akhirat Kaunselor Kemunculan khas
Senario The Movie: Episode 1 Makcik Drift Kemunculan khas
2009 Maut Nenek JJ Kemunculan khas
2010 Kecoh Betul Emak Kemunculan khas
2011 Khurafat Ibu Johan
Rasuk Zaiton
2012 Hoore! Hoore! Nenda Zaimah
2013 Cinderella Mak Jah
2014 Kekasih Rozita Filem pendek
2015 Gangsterock Kasi Sengat Mak Shake
2017 Mencari Rahmat Aunt Normah

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Mak Teh Astro Oasis
2018 Cinta Bukan Kristal Opah Timah TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2002 Rumah Ditengah Sawah TV3
2004 Tak Sangka No!!! Mak Siah Terus ke VCD: Kemunculan khas
2006 Daun Ketupat Kering TV2
2008 Ombak Laut China Selatan Astro Ria
2014 Perjalanan TV3
2015 Aku Dia & Tong Gas TV9
2016 Ketupat Terakhir Mak Nen TV3
Terputusnya Sebuah Doa Astro Ria
2017 Bisik Pada Allah Astro Mustika HD
Kembalikan Syawalku Mak Chah @ Aishah
2018 Kerantung TV1

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Mendapat anugerah SMP, PPN, dan PPT.
  • Pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Sayang Salmah dan drama Mendung Tidak Berarak Lagi
  • Pernah digelar Most Versatile Broadcaster RTM
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]