Dryas Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Evolusi suhu dalam tempoh pasca glasier yakni tempoh selepas Maksimum Glasier Terakhir, menunjukkan suhu yang sangat rendah untuk sebahagian besar Dryas Muda, meningkat dengan cepat selepas itu untuk mencapai tahap kepanasan Holosen, berdasarkan teras ais Greenland.[1]
Imej ini menunjukkan perubahan suhu, ditentukan sebagai suhu proksi, diambil dari kawasan tengah lembaran ais Greenland semasa akhir epok Pleistosen dan permulaan epok Holosen.
Suhu yang diperolehi daripada Teras Ais Dome C EPICA di benua Antartika
Stadial Dryas

Dryas Muda yang berlaku sekitar 12,900 sehingga 11,700 tahun sebelum masa kini,[2] merupakan pengembalian keadaan glasier yang membalikkan sementara pemanasan iklim secara beransur-ansur selepas Maksimum Glasier Terakhir[3] yang berlangsung dari sekitar 27,000 hingga 20,000 tahun sebelum masa kini. Dryas Muda merupakan peringkat terakhir epok Pleistosen yang menjangkau bermula 2,580,000 sehingga 11,700 tahun sebelum masa kini dan ia mendahului epok Holosen terkini yang lebih panas. Dryas Muda merupakan antara beberapa gangguan pemanasan iklim Bumi yang paling teruk dan paling bertahan lama, dan ia didahului oleh Interstad Glasier Akhir (juga dikenali sebagai Interstad Bølling–Allerød) yakni julat masa kepanasan relatif yang berlangsung dari 14,670 hingga 12,900 sebelum masa kini.

Perubahan suhu pada tempoh tersebut agak mendadak, berlaku selama beberapa dekad, dan mengakibatkan penurunan suhu di Greenland sebanyak 4–10 °C (7.2–18 °F),[4] serta kemajuan glasier dan keadaan yang lebih kering ke atas sebahagian besar Hemisfera Utara yang sederhana suhunya. Beberapa hipotesis telah dikemukakan tentang puncanya, dan hipotesis yang paling banyak disokong oleh saintis mengikut sejarah ialah peredaran terbalik meridian Atlantik, yang mengangkut air laut yang suam dari kawasan Khatulistiwa ke arah Kutub Utara, telah terganggu oleh kemasukan air segar dan sejuk dari benua Amerika Utara ke lautan Atlantik.[5] Walau bagaimanapun, beberapa isu wujud dengan hipotesis ini, salah satunya ialah kekurangan laluan geomorfologi yang jelas untuk air cair. Malah, pencetus hipotesis air cair, Wallace Broecker, menyatakan pada tahun 2010 bahawa "Senario yang telah lama dipegang bahawa Dryas Muda hanya berlaku sekali dan dicetuskan oleh banjir yang disebabkan oleh air tersimpan di Tasik Agassiz proglasier, telah tidak disokong disebabkan oleh kekurangan tanda geomorfik yang jelas pada masa dan tempat yang betul pada landskap".[6] Sebab itulah, terdapat cadangan baharu yang mengaitkan Dryas Muda dengan cetusan dari gunung berapi,[7] dengan kehadiran tahap anomali aktiviti gunung berapi yang tinggi serta-merta sebelum permulaan Dryas Muda telah disahkan dalam kedua-dua teras ais[8] dan mendapan gua.[9]

Dryas muda tidak menjejaskan iklim sama rata di seluruh dunia, tetapi purata suhu di seluruh dunia berubah secara drastik. Contohnya, di Hemisfera Selatan dan beberapa kawasan di Hemisfera Utara, seperti tenggara benua Amerika Utara, terdapat sedikit pemanasan yang berlaku.[10]

Dryas Muda dinamakan sempena genus penunjuk, iaitu bunga liar alp-tundra Dryas octopetala, kerana daunnya kadangkala banyak terdapat dalam glasier terkini yang selalunya kaya dengan mendapan mineral, seperti mendapan tasik Skandinavia.


Pengakhiran Dryas Muda[sunting | sunting sumber]

Pengakhiran Dryas Muda berkemungkinan disebabkan oleh beberapa teori, seperti peningkatan paras karbon dioksida atmosfera, serta peralihan dalam Peredaran Terbalik Meridional Atlantik. Terdapat bukti menunjukkan bahawa kebanyakan peningkatan suhu antara Maksimum Glasier Terakhir dan Holosen berlaku sejurus selepas Dryas Tertua dan Dryas Muda, dengan terdapat sedikit variasi suhu global antara tempoh Dryas Tertua dan tempoh Dryas Muda serta dalam tempoh Pemanasan Bølling-Allerød.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zalloua & Matisoo-Smith 2017.
  2. ^ Rasmussen dll. 2006.
  3. ^ Clement & Peterson 2008.
  4. ^ Buizert, C.; Gkinis, V.; Severinghaus, J.P.; He, F.; Lecavalier, B.S.; Kindler, P.; Leuenberger, M.; Carlson, A.E.; Vinther, B. (5 September 2014). "Greenland temperature response to climate forcing during the last deglaciation". Science (dalam bahasa Inggeris). 345 (6201): 1177–1180. Bibcode:2014Sci...345.1177B. doi:10.1126/science.1254961. ISSN 0036-8075. PMID 25190795. Dicapai pada 18 September 2023. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  5. ^ Meissner, K.J. (2007). "Younger Dryas: A data to model comparison to constrain the strength of the overturning circulation". Geophysical Research Letters. 34 (21): L21705. Bibcode:2007GeoRL..3421705M. doi:10.1029/2007GL031304.
  6. ^ Broecker, Wallace S.; Denton, George H.; Edwards, R. Lawrence; Cheng, Hai; Alley, Richard B.; Putnam, Aaron E. (2010-05-01). "Putting the Younger Dryas cold event into context". Quaternary Science Reviews. 29 (9): 1078–1081. Bibcode:2010QSRv...29.1078B. doi:10.1016/j.quascirev.2010.02.019. ISSN 0277-3791.
  7. ^ Baldini, James U. L.; Brown, Richard J.; Mawdsley, Natasha (2018-07-04). "Evaluating the link between the sulfur-rich Laacher See volcanic eruption and the Younger Dryas climate anomaly". Climate of the Past (dalam bahasa English). 14 (7): 969–990. Bibcode:2018CliPa..14..969B. doi:10.5194/cp-14-969-2018. ISSN 1814-9324.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Abbott, P.M.; Niemeier, U.; Timmreck, C.; Riede, F.; McConnell, J.R.; Severi, M.; Fischer, H.; Svensson, A.; Toohey, M. (December 2021). "Volcanic climate forcing preceding the inception of the Younger Dryas: Implications for tracing the Laacher See eruption". Quaternary Science Reviews (dalam bahasa Inggeris). 274: 107260. Bibcode:2021QSRv..27407260A. doi:10.1016/j.quascirev.2021.107260.
  9. ^ Sun, N.; Brandon, A. D.; Forman, S. L.; Waters, M. R.; Befus, K. S. (2020-07-31). "Volcanic origin for Younger Dryas geochemical anomalies ca. 12,900 cal B.P." Science Advances (dalam bahasa Inggeris). 6 (31): eaax8587. Bibcode:2020SciA....6.8587S. doi:10.1126/sciadv.aax8587. ISSN 2375-2548. PMC 7399481. PMID 32789166.
  10. ^ Carlson, A.E. (2013). "The Younger Dryas Climate Event" (PDF). Encyclopedia of Quaternary Science. 3. Elsevier. m/s. 126–134. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 March 2020.
  11. ^ Shakun, Jeremy D.; Clark, Peter U.; He, Feng; Marcott, Shaun A.; Mix, Alan C.; Liu, Zhenyu; Oto-Bliesner, Bette; Schmittner, Andreas; Bard, Edouard (4 April 2012). "Global warming preceded by increasing carbon dioxide concentrations during the last deglaciation". Nature. 484 (7392): 49–54. Bibcode:2012Natur.484...49S. doi:10.1038/nature10915. PMID 22481357. Dicapai pada 17 January 2023. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)

Sumber petikan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]